Thursday, January 27, 2011

Arrrggghhh...

beberapa hari lepas, sekarang...dan beberapa hari mendatang ni, mungkin seminggu dua ni atau mungkin sebulan dua ni adalah waktu yang sangat-sangat meletihkan fizikal dan mental. kesabaran mungkin teruji, emosi tak menentu, perasaan berbaur-baur dan segalanya yang semuanya memberi tekanan dan mengundang stress. walau apapun, semuanya mesti ditempuhi dan tak boleh mengelakkan diri. mesti hadapi.

semoga aku diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi. amin.

moshuchi kata : 'letih'...

Wednesday, January 12, 2011

Saya Merindui Kamu

aku selalu merindui dia, isteriku. setiap hari rindu ini adalah untuknya. sebab berjauhan? mungkin. tapi jika sentiasa di depan mata pun, aku tetap rindukan dia.

tapi hari ini perasaan rindu kepada dia sangat menebal sedari membuka mata di subuh hari. aku sangat-sangat rindukan dia. mungkin ia perasaan yang sepatutnya. mungkin kerana sekarang ini aku sedang berhadapan dengan situasi yang tidak menceriakan (bertekanan). merindui dialah ubat dihati.

moshuchi kata : ramai lagi teman yang bertekanan di luar sana, kita bersabarlah ye...

Thursday, January 06, 2011

Waktu Ini...

subhanAllah...
waktu ini adalah saat-saat yang cukup menguji kesabaran diri.
namun semuanya harus diselesaikan / dihadapi dengan penuh berhemah dan penuh etika profesionalisme.
ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku.

tak sabar untuk melihat semua ini selesai.
kerana ada agenda besar perjalanan kehidupan selepas itu.

moshuchi kata : sabarrr...

Sunday, January 02, 2011

Sambut Tahun Baru di Alor Setar

malam menjelang tahun baru 2011 baru-baru ini, pastinya di mana-mana akan ada puluhan, ratusan malah ribuan manusia yang berkumpul. tujuan berkumpul? entahlah.. mungkin nak tengok konsert nyanyian, tengok bunga api, tengok jam besar detik 00:01 pagi hari dan tahun baru atau apa-apa sajalah.

tidak ketinggalan juga di alor setar. ramai manusia berkumpul di perkarangan balai seni negeri depan masjid zahir, berdekatan menara alor setar. selepas memasuki hari baru dan tahun baru, kumpulan-kumpulan manusia beransur-ansur pulang. tidak ada konsert artis-artis, tidak ada kilauan bunga api yang besar-besar menerangi angkasa malah menara jam besar di situ pun tak bercahaya apatah lagi berdetik/berbunyi seperti jam besar di dataran merdeka. cuma ada letupan bunga api yang kecil-kecil nak melepasi paras pokok kelapa pun nazak.

tak mengapalah, itu cara alor setar menyambut tahun baru. mungkin ramai rakyatnya telah terbiasa begitu. dalam keramaian manusia itu pun ada sekumpulan manusia (dari sebuah parti politik) yang mengedarkan risalah tentang azab berzina/melakukan maksiat dan sebagainya. alhamdulillah. aku pun dapat. pasangan yang dah senior kat sebelah pun dapat juga hehehe.

tapi apa yang paling penting, aku sambut tahun baru di sini bersama isteri tercinta. detik-detik bersama adalah penting biar nak sambut apa sekalipun. tak perlu pancaran bunga api, tak perlu konsert hingar-bingar dan sebagainya. cukup bersama orang tercinta sambil berbual-bual tentang masa depan. itu sudah cukup.

moshuchi kata : polis trafik dan jpj juga 'berpesta' tahun baru malam tu..saman encik jangan tak saman...

Selamat Tahun Baru 2011

selamat datang tahun 2011. bergenjak lagi tahun nampaknya. bermakna usia juga akan bergenjak apabila bulannya tiba.

bila tahun baru, semua bercakap pasal azam baru dan segalanya yang baru (nak tinggal yang lama). boleh ke? apapun setiap orang ada azam masing-masing. paling 'koman' pun mesti ada satu azam baru sempena tahun baru. tak kisahlah walaupun azam tu akan pudar atau hilang sementara januari 2011 masih berbaki. hak masing-masing.

aku? aku juga ada azam baru. maklumlah sekarang ni aku bukan lagi bujang, bukan lagi seorang-seorang, bukan lagi boleh membuat keputusan seorang diri. aku sekarang seorang suami, ada tanggungjawab terhadap isteri dan rumahtangga, terhadap masa depan berkeluarga..pasti ada azam berhubung dengannya sempena tahun baru ni.

semoga tahun baru 2011 ini membawa banyak kejayaan, tuah, rezeki, rahmat kepada aku. kepada kerjaya dan juga kehidupan. kepada korang semua juga.

selamat tahun baru 2011.

moshuchi kata : zaman-zaman main bola dulu, suka jersi nombor 11....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.