Sunday, August 22, 2010
'Ciwi' Anak
Pernahkah kamu semua melihat ibubapa atau bapa atau ibu atau mungkin datuk atau nenek yang membawa, mendukung atau menggendong anak kecil..bukan anak kecil tapi bayi, bayi yang masih merah, bayi yang baru beberapa bulan menyedut udara dunia, bayi yang masih sangat lemah dan kadangkala matanya pun belum selesa untuk terbuka bebas? Mungkin pernah kan?
Aku selalu dan dah banyak kali melihat perkara ini. Kali terakhir ketika sedang berbuka puasa di Kuala Perlis bersama seorang teman. Aku ternampaklah sebuah keluarga ni, ramai juga dan si bapa sedang mendukung bayinya yang masih merah. Aku asyik memandang gelagat si bapa bayi itu. Dia mengelak kiri dan kanan, menjaga langkah dan jalan bimbang kalau-kalau ada orang melanggar dia atau anak dia. Maklumlah orang ramai pada ketika itu berlaga-laga bahu jalannya. Dalam hati aku terus memaki-hamun si bapa tolol tu. Isterinya juga tolol.
Opps maaf. Sebelum tu, 'ciwi' itu adalah loghat orang utara terutamanya orang Kedah yang bermaksud terlalu teruja, terlalu suka dan ada sedikit perasaan ingin menunjuk-nunjuk apabila beroleh sesuatu yang sangat dihajati atau diingini. Begitulah maksudnya lebih kurang. Setiap orang akan ada perasaan seperti ini namun yang penting ialah bagaimana kita mengawalnya. Sebagai contoh 'ciwi', ada orang akan selalu menaiki kereta yang baru dibelinya walaupun ke tempat-tempat yang sangat dekat dengan rumahnya atau ke tempat-tempat tumpuan orang kampung atau sentiasa membasuh kereta barunya itu. Itu adalah orang-orang yang 'ciwi'.
Begitu juga halnya dengan ibubapa yang anaknya masih merah sudah dibawa berjalan-jalan di luar, berpanas berdebu, terdedah kepada bahaya dan sebagainya. Kenapa? Mungkin nak 'memberitahu' orang ramai yang mereka baru mendapat cahaya mata, mereka sudah bergelar ibu dan bapa, anak mereka comel atau apa saja. Pada aku, itu adalah tindakan yang bodoh, baik si bapa atau pun si ibu. Kedua-duanya bodoh dan 'ciwi'.
Kita boleh memahami perasaan pasangan yang berkahwin yang baru mendapat anak bagaimana, seronok. Kita juga faham bagaimana perasaan kasih dan sayang pada anak kecil tersebut. Tapi dalam waktu-waktu begitu, waktu-waktu si anak masih merah dan lemah, yang baru tiga empat bulan usianya, biarlah dia di rumah dan dijaga dengan baik. Tak usahlah dedahkannya terlalu awal dengan persekitaran yang kotor dan bahaya.
Aku pernah melihat ibubapa tolol membawa anak yang masih kecil ke stadium menonton perlawanan bolasepak, pernah melihat ibubapa tolol membawa anak yang masih merah lemah ke pawagam, ke pasar malam, ke pusat membeli-belah, bazar ramadhan dan terbaru ke tempat yang penuh sesak untuk berbuka puasa. Sambil tersenyum aku berkata dalam hati, "si bapa/ibu begitu teruja untuk memberi pengalaman hidup kepada si anak".
Tapi aku juga harus bersikap adil. Mungkin tidak ada sesiapa yang ingin menjaga bayi mereka jika mereka keluar rumah, tidak ada pengasuh atau penjaga. Ya betul. Tapi jika begitu halnya, tak usahlah menonton perlawanan bolasepak di stadium atau menonton wayang berdua buat sementara waktu, si bapa pergilah pasar malam, membeli-belah, bazar ramadhan seorang diri saja dulu buat sementara waktu. Dan si ibu menjaga bayi dengan sebaik mungkin di rumah. Biarlah bayi tersebut besar dan kuat dahulu seiring dengan usianya tujuh lapan bulan mungkin, waktu itu bolehlah didedahkan dengan dunia luar.
Aku hanya boleh menulis dan luahkan pendapat aku kerana aku belum mengalami situasi begitu, aku belum ada anak dan bergelar ayah. Tapi apa yang pasti, aku ada prinsip dan had-had yang ditentukan berhubung soal ini. Siapa yang tak suka bergelar ayah/ibu, mendapat anak dan siapa yang tak sayangkan anak, kan? Ilmu keibubapaan itu sangatlah penting, carilah dan pelajarilah ia sebanyak mungkin.
Moshuchi Kata : Aku tak mahu menjadi bapa tolol hehehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGHARGAAN
Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.
7 comments:
aku setuju ngn ko... anak dok merah..usung merata.. hinggap pnykt baru ada akai! bagus la ko.. ko ada calon bapa mithali.. hehehe
**aku org utara pon 1st time dgr ciwi weh!**
yang aku tak paham kalau satu family anak beranak pergi melepak tengah malam waktu malam merdeka/ malam new year kat gurney drive yang penuh dengan orang ramai...tanpa sebarang tujuan...siap kekadang tu nampak ada baby lagi...kalau orang muda melepak...biasa la...parents and baby...hurmm...patut dok rumah jer lah...
ohhhhh yati pula menggelar mereka "poyo" hahahahahahaahah
Kalau ko pergi Jalan TAR waktu ni, mesti ko leh nampak mak2 yang sibuk shopping, bawak baby merah2 ni letak dalam pram, berpanas2an.. Kesian aku tengok..
Nauzubillah, harap2 kami tak begitu..
dependsla kalau nak bawa anak kecik keluar. sometimes, no choice, tader baby sitter, or mak dier pun nak hirup udara luar. Terperam kat rumah pun kesian berbulan-bulan. Dah la tidur tak cukup. Stress woo...
alhamdulillah, anak aku lasak.
tader songel. paling kejam aku penah bawak dia layan Lord of The Ring kat cinema masa umur dia 4-5 bulan (3 jam woo). it needs careful planning and of course, kesabaran.....
tengok keadaan la..kalau bayi dah 4-5 bulan atau lebih lagi takpelah..pastu tengok tempat juga.
apa salahnya tahan/rileks dulu kejap..bila dah dua2 (ibu n bayi) semakin sihat/kuat..keluarlah nak pi mana pun.
kesian kat budak tu je...
Post a Comment