Sunday, August 29, 2010

Geram & Benci

Situasi macam ni memang aku jadi geram dan benci.

Pagi-pagi dapat panggilan suruh pergi mesyuarat gantikan bos (bos tak dapat hadir sebab ada hal tertentu). Yang hanginnya 'orang' yang sepatutnya gantikan bos pun tak boleh hadir juga (alasan yang tak bleh blahhh). Ini halnya.

Paling hanginnya, mesyuarat ni berkaitan dengan bidang tugas 'dia'. Lepas tu untuk menyelamatkan diri selalu bagi alasan kena pergi hospital periksa jantung/jantung rasa berat/jantung sakit dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan jantung (dia memang sakit jantung).

Sekali dua okeylah, kita pun bukannya nak berkira sangat kerja ni. Tapi bila dah selalu macam ni, asal mesyuarat sakit..mesyuarat sakit. Rasa kasihan dan simpati terus bertukar jadi geram dan kejam.."lepas ni biar betul-betul sakit, mati terus senang.."

Kita bukan nak berkira sangat lagipun anggap saja kerja kerana Allah. Tapi kalau selalu buat macam ni, lari dari tanggungjawab, lari dari takut kena tiaww...memang tak boleh terima la. Kalau bukan kerana fikirkan bos, nak jaga hati bos..mampus aku tak gantikan dah.

Moshuchi Kata : Inilah jenis manusia yang cakap berapi-api tapi harammmm....

3 comments:

papaYA said...

Weh, ni mcm kes aku...
tapi aku punye bukan sekadar 1 penyakit, dia jumpe gynae, ENT, Cardio, physio, ortopedik.. 1 minggu, mesti akan sekali dia pergi spital. Ko bayangkan lah.. Amazingly, time dia pergi spital, mesti time yang ada meeting, pelik kan? Sebagai manusia biasa, kadang2 aku takleh dah nak berfikiran positif...

Hasina Terebuzzu said...

huhu.. paham... paham... pe kata, ko mintak dia tukar tmpt ngn ko.. ko jd bos.. dia jd kuli.. tak yah riso jantung berat la..sakit la.. lemah ke... kan?

**menyampah dgn org yg lari dr tgjwb!**

Encik Moshuchi said...

bukan nak berkira sgt keja ni...tp kalau asyik dok hentam kita je..cakap pandai, jek boss pandai, dalam meeting hentam kita...itu ini dia yg buat, semua dia tahu...macam mana tu???

mati cepat lagi baguslah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.