Kalau anda perempuan, apa
pandangan anda; lelaki yang berjanggut lebih kacak (atau sekarang ni orang
selalu sebut macho..apa-apalah) atau tidak? Terpulang kepada anda. Ada yang
kata ya, tak kurang juga yang kata tidak. Penerimaan masing-masing. Aku pernah
simpan janggut (pendek dan rapi) tetapi dilicinkan bahagian atas bibir
(misai/kumis), isteri aku kata “okey, nampak
lebih hensem”. Hehehe.
Ada sesetengah pendapat
mengatakan bahawa Rasulullah SAW juga bergaya sebegitu iaitu berjanggut dan
tidak bermisai atau bermisai nipis. Ini bertepatan dengan Sabda Rasulullah SAW
antaranya;
”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.”
(Hadith Riwayat Muslim)
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang
Musyrikin dan peliharalah janggut kamu”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai)
orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur)
janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Jelaslah
bahawa hadith-hadith di atas bukan sahaja Rasulullah SAW menyuruh kita supaya berjanggut,
tetapi menegah kita dari menyerupai orang-orang kafir iaitu mereka yang
memelihara misai dan mencukur janggut.
Malah menurut Islam juga,
menyimpan janggut (ada pendapat ahli agama mengatakan menyimpan segenggam
janggut) merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW. Jika sunnah, tentulah
mendapat pahala jika diikuti atau diamalkan. Sebenarnya, menyimpan janggut
mempunyai fadhilatnya yang tersendiri. Ia bukan sunnah yang biasa-biasa
sebaliknya mempunyai manfaat yang tersembunyi setelah diselidiki secara saintifik.
Menurut Dr. Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor
perubatan dan pendakwah, satu kajian telahpun dijalankan oleh saintis dari
Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body (pernah
disiarkan dalam rancangan National Geographic) dan kajian itu mendapati bahawa
janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi
kesuburan wanita.
Buktinya? Bagaimana caranya? Hanya melalui sentuhan
saja. Dengan hanya membuat sentuhan-sentuhan ‘janggut’ ke tubuh isteri semasa
bersama, ia mampu merangsang dan meningkatkan tahap kesuburan isteri. Ia mampu
menstabilkan kitaran haid isteri selain menggalakkan pertumbuhan telur (ovum) wanita
yang aktif dan banyak.
Oleh itu, ia sangat berguna bagi sesiapa yang menghadapi masalah kesuburan (belum mempunyai anak) atau yang mengalami jarang anak dan ingin mendapatkan anak lagi. Kalau yang suami tidak menyimpan janggut, isteri bolehlah minta suami simpan janggut dan belailah selalu janggut suami tu. Tapi kalau suami jenis yang tak berjanggut (ada juga lelaki yang sukar tumbuh janggut atau janggut nipis), janganlah pula memaksa suami membuat itu dan ini agar janggut suami tumbuh atau panjang. Janggut bukanlah segala-galanya.
Hari ini ramai lelaki yang berjanggut dan ramai juga yang tidak. Berjanggut kerana apa? Jika kerana mengikut fesyen, baik tak payahlah. Atau membiarkan janggut penuh di dagu kerana malas nak menguruskannya, itu lagi sedih. Jika menyimpan janggut kerana niat mengikut sunnah Rasullullh SAW, nescaya akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Sebab itu ada juga lelaki yang jenis tak subur janggut, tetapi tetap ingin menyimpan walaupun janggut boleh dibilang sehelai-sehelai, kerana nak ikut sunnah Rasulullah SAW.
Menurut Dr. Jamal Al-Din Ibrahim,
Profesor Toksikologi dari Universiti California pula, menyimpan jambang dan
janggut menggalakkan penghasilan hormon testosteron. Apabila seseorang yang
menderitai masalah impoten dan ereksi, menyimpan janggut dan jambang akan
menyebabkan kandungan testosteron akan bertambah. Mereka mengukurnya dalam
ukuran mikrogram dan mendapati testosteron meningkat di kalangan lelaki yang
menyimpan janggut dan jambang.
Walaupun begitu, ini tidaklah bermakna..diulangi ya, ini tidaklah bermakna lelaki yang tidak berjanggut itu; tidak kacak dan menawan, tidak subur dan gagah, tidak hebat hormon testosteronnya, tidak dapat menyuburkan isterinya, tidak mendapat zuriat atau ramai anak, tidak hebat ketika bersama isterinya atau pun lelaki yang tidak berjanggut ini telah menyerupai orang musyrikin/kafir, orang Majusi/Yahudi atau orang yang telah mengingkari suruhan Rasulullah SAW.
Begitu juga halnya, janggut si suami
bukanlah penentu mutlak untuk menyuburkan si isteri. Ini mungkin salah satu
kekuasaan Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Hanya Dia sahaja yang Maha
Mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.
Moshuchi
Kata : bagaimana dengan bulu dada, mungkin boleh buat kajian lepas ni…lagi
power tu hehehe…
1 comment:
Salam Kenal..
Artikel yang menarik. Kebaikan janggut suami ni.
Hahaha kelakar part akhir tu.
DONE FOLLOW!
Take Care Bro!
Post a Comment