Baru-baru ni (tak baru la juga..bulan 10 hari tu hehe) aku ada menghadiri (serta terlibat sebagai urusetia) sebuah majlis bual bicara bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad, siapa lagi kalau bukan mantan Perdana Menteri serta negarawan tersohor negara. Apa yang menarik perhatian, Tun M walaupun sudah berusia 80-an tetapi beliau masih lagi kelihatan sihat dan gagah, menawan dan mengujakan sesiapa sahaja melalui aura-auranya.
Bayangkan, beliau boleh terus berdiri selama lebih 2 jam di atas pentas ketika menyampaikan ucapan. Malah beliau juga berseloroh yang beliau boleh berdiri lebih lama lagi jika diperlukan. Ucapan beliau pula, tentulah tidak membosankan malah masa 2 jam setengah yang diperuntukan terasa sekejap sahaja berlalu. Butir bicara beliau sungguh cermat dan lembut walaupun perkara yang disampaikan itu kadangkala adalah isu yang sangat serius, apatah lagi beliau juga pandai berselang-seli dengan jenaka dan gurauan yang tentu sekali senang mencuit hati semua orang.
Hehehe...suka tengok gambar ni. Mungkin inilah rahsia disebalik kerukunan rumahtangga Tun M.
Moshuchi Kata : sayang Tun berdua....
Gambar ni diambil ketika Tun M dan Tun SH sedang berehat di bilik tetamu selepas selesai majlis, sebelum menikmati jamuan tengahari. Melihat Tun M dari dekat menyedari bahawa beliau seorang yang kacak dan menawan hehehe...
Mari ikuti kisah disebalik kejadian serangan jantung yang dihadapi oleh Tun M, yang dipetik daripada buku The Doctor In The House (Doktor Umum).
Saya
dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada malam 17 Januari 1989. Di sana,
Datuk Dr. Robaayah Zambahari mengesahkan yang saya diserang sakit jantung dan
memberikan satu suntikan bagi mengurangkan kesakitan. Beliau kemudian
memberitahu Hasmah agar menghubungi semua anggota keluarga kami dan ini
menyebabkan kami sedar betapa seriusnya keadaan waktu itu. Beliau juga
menghubungi Tun Ghafar Baba yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri untuk
memaklumkan apa yang sedang berlaku.
Selepas
selesai pemeriksaan biasa, mereka memutuskan bahawa saya perlu menjalani ujian
angiogram, iaitu pemeriksaan radiografi ke saluran jantung sejurus selepas
disuntik bahan radiolegap ke saluran darah. Kebetulan, Dr. Simon Stertzer, pakar
jantung dari California berada di rantau ini lalu beliau diminta hadir ketika
ujian angiogram dijalankan. D.r Stertzer dan Dr. Robaayah merumuskan bahawa saya
mengalami serangan jantung yang memerlukan pembedahan. Mereka memberi saya
pilihan sama ada mahu menjalani pembedahan di Amerika Syarikat atau Kuala
Lumpur.
Tanpa
ragu-ragu, saya memilih untuk menjalani pembedahan di dalam negara. Saya perlu
yakin terhadap doktor tempatan dan saya tahu, kalau saya sendiri tidak
menunjukkan contoh maka orang lain tidak akan percaya kepada perkhidmatan
perubatan kita. Sebelum itu, semua orang kenamaan Malaysia berubat di luar
negara, tetapi saya tahu yang Datuk Dr. Rozali Wathooth telah berjaya melakukan
pembedahan jantung di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Beliau
bagaimanapun sudah meninggalkan hospital Kerajaan dan bekerja dengan Pusat
Perubatan Subang Jaya atau Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Namun masih ada
pakar jantung yang lain di Hospital Besar Kuala Lumpur, termasuk Tan Sri Dr. Yahya Awang. Saya tahu Dr. Yahya mempunyai banyak pengalaman dan saya memutuskan
untuk menyerahkan nasib saya kepada beliau.
--------------------------
Ada
satu pilihan raya kecil waktu itu dan khabar angin tersebar luas mangatakan
saya sakit tenat. Malah ada yang berkata bahawa saya sudah mati. Hasmah tidak
pernah meninggalkan hospital dan berada di sisi saya sepanjang masa. Dr. Robaayah menawarkan untuk memberi beliau ubat tidur pada malam pertama saya
dimasukkan ke hospital, tetapi beliau bertekad untuk berjaga bagi memastikan
tidak ada sesiapa datang mengganggu saya.
-------------------------
Tun
Hussein Onn menjalani pembedahan pintasan koronari di London dan beliau tidak
pulih sepenuhnya selepas itu. Seorang lagi orang kenamaan yang turut menjalani
pembedahan seperti itu ialah Datuk Jaafar Hassan, bekas Menteri Besar Perlis.
Beliau meninggai dunia tidak lama kemudian. Saya bertanya Dr. Yahya bagaimana
beliau dan pasukannya akan membelah dada saya. Katanya, mereka menggunakan
gergaji elektrik. "Terima kasih
banyak-banyak," jawab saya, sambil menambah: "Tak perlulah saya tahu lebih lanjut lagi."
-------------------------
Selain
itu, kawalan pemakanan dan senaman boleh mengurangkan kemungkinan berlaku
aterosklerosis di mana saluran darah ke jantung menjadi sempit dan memungkinkan
serangan jantung. Ada pihak berpendapat bahawa amalan pemakanan yang sihat
boleh menyembuhan aterosklerosis, dan inilah perkara yang sedang saya cuba
amalkan sekarang.
Begitulah serba-sedikit kisah disebalik kejadian serangan sakit jantung dan pembedahan yang dihadapi oleh Tun M. Aku cuma tertarik dengan beberapa perkara dari kisah ini, antaranya;
"....saya memilih untuk menjalani pembedahan di dalam negara. Saya perlu yakin terhadap doktor tempatan dan saya tahu, kalau saya sendiri tidak menunjukkan contoh maka orang lain tidak akan percaya...."
dan
"Hasmah tidak pernah meninggalkan hospital dan berada di sisi saya sepanjang masa".
Hehehe...suka tengok gambar ni. Mungkin inilah rahsia disebalik kerukunan rumahtangga Tun M.
Ternyata, Tun SH adalah 'tulang rusuk kiri' Tun M yang sebenar-benarnya. Mudah-mudahan ia menjadi contoh terbaik buat semua isteri di luar sana.
Dapatkan buku The Doctor In The House (Doktor Umum) sebagai bahan bacaan dan rujukan kita, di sanalah tersimpannya banyak kisah yang jarang kita ketahui menegenai tokoh hebat ini.
Moshuchi Kata : sayang Tun berdua....
No comments:
Post a Comment