Hoihh..lama betul tak kemaskini blog aku ni. Tahun baru 2013 dah masuk hari yang kesembilan baru nak tulis entri. Sebelum ni ada juga godek-godek kononnya nak tukar template biar nampak cun sikit tapi macam tak jadi la pulak. Jadi, template macam ni yang biasa-biasa sudahlah..nanti nanti kalau ada masa lagi sambil minta bantuan siapa yang pakar, kita tukar template baru yang cun eh.
Kenapa aku tulis tajuk Tahun Baru 2013 Yang Selamat? Sebab ramai manusia di seluruh dunia yang kata dunia akan kiamat pada 21 Disember 2012 lalu, ada yang sampai pergi bersembunyi di dalam gua dan sebagainya. Hahaha..hahaha.
Selamat Tahun Baru 2013.
Sebelum tu, walaupun dah terlambat aku masih nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Semoga tahun 2013 ni kehidupan kita semakin bertambah baik dari tahun tahun sebelumnya, semoga lebih bahagia, lebih berjaya dan lebih gembira. Semoga hubungan kita sesama manusia; dengan ahli keluarga, dengan rakan taulan, dengan rakan sekerja, dengan semua orang dan paling penting dengan Pencipta lebih baik berbanding sebelum ini. Amin.
Sambut tahun baru? Aku tak sambut pun. Sebenarnya tak pergi ke mana-mana pun untuk menyambutnya. Hanya duduk di rumah berdua denga isteri, makan malam, menonton tv, borak-borak, mesra mesra, lepas tu isteri masuk tidur sebelum detik 12 malam, kemudian aku dengar bunyi bunga api doomm doommm dari Dataran Putrajaya beberapa minit. Nak tengok tak boleh sebab rumah aku mengadap arah lain, tidak mengadap arah Dataran Putrajaya. Namun dapat jugalah aku tengok bunga api dari kejauhan dari kawasan Salak Tinggi dan Dengkil, bunga api yang kecil kecil saja. Tak lama lepas tu aku pun masuk tidur juga.
Memang kami dah rancang tak ke mana-mana pun untuk sambut tahun baru, biarpun Dataran Putrajaya tu cuma sekangkang kera je dari rumah aku. Saja malas nak beriuh-rendah dengan manusia yang ramai dan dalam suasana yang penuh bingit tu. Lagi pun tak ada perkara yang nak dikesalkan pun kalau tak pergi. Bukan wajib pun. Lepak depan tv layan ntv7 dapat juga tengok kemeriahan kat Dataran Putrajaya tu. Rasa nak tengok suasana kat Dataran Merdeka buka pula tv1, nak tengok keadaan kat iCity Shah Alam buka pula tv3. Syok tak payah nak bersesak-sesak berpeluh-peluh. Tapi iyelah, orang kata tak dapatlah nak tengok secara langsung atau live. Takpelah.
Azam? Semua orang akan berazam kan.. Tapi bagi aku azam tetap azam, bukan januari ni saja malah nanti bila Mei atau nanti bila September aku akan berazam lagi. Azam aku sepanjang tahun. Azam untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya dalam kehidupan, itu saja azam aku. Tak banyak dan tak kompleks.
Kenapa aku tulis tajuk Tahun Baru 2013 Yang Selamat? Sebab ramai manusia di seluruh dunia yang kata dunia akan kiamat pada 21 Disember 2012 lalu, ada yang sampai pergi bersembunyi di dalam gua dan sebagainya. Hahaha..hahaha.
Selamat Tahun Baru 2013.
mk : masa kecik dulu buat bunga api sendiri...
No comments:
Post a Comment