Friday, April 19, 2013

Pelik!!! 3 Orang Wanita Menjadi Harimau Belang

 
Inilah rupa kepala seekor harimau belang yang begitu menggerunkan. Tapi percayakah anda hidung harimau tersebut adalah punggung seorang wanita? Saksikan.

Wednesday, April 17, 2013

Kisah Benar Wanita Ahli Syurga

Anakku tolong pindahkan kuburku....

Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.

Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang memballut jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.

Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya. Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah dan penyabar.

Banyak hari ini isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun... namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri. Isteri tidak dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar melebehi sisuami. Suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas sebagai iktibar.
 
Anakku, tolong pindahkan kubur ibu.

Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kubur ibunya digali dan dipindahkan berdekatan dengan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar itu meninggal dunia pada tahun 1981.

Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang membaluti jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.

Thursday, April 04, 2013

Mengundi, Seperti Memilih Bakal Isteri Atau Suami

 
Semalam 03 April 2013 sekitar jam 11.30 pagi, akhirnya Perdana Menteri membuat pengumuman yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ia mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat terutamanya rakyat yang sudah layak mengundi.
 
Masing-masing sudah tidak sabar untuk 'membuang undi' bagi memilih pihak yang akan mentadbir negara ini untuk jangka masa lima tahun akan datang. Bagi mereka yang pertama kali akan mengundi, tentu semangat itu lebih berkobar-kobar.

Saturday, February 16, 2013

Tak Terasa MALU Ke Kita Dekat LEMBU & KERBAU???


Pernahkah kita tidak menggunakan jejantas atau jejambat yang disediakan untuk melintas jalan? Tentu pernah kan. Bagi sesiapa yang sentiasa menggunakan jejantas ketika melintas, tahniah kerana anda memang seorang yang baik dan sabar.

Friday, February 15, 2013

VALENTINE'S DAY - Perayaan Hari Cinta Sekular Yang Menyesatkan Ummah

Golongan gay paling suka Hari Valentine

Tanggal 14 Februari setiap tahun merupakan hari yang tidak pernah dilupakan oleh pasangan-pasangan bercinta untuk menyambut Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Hari Valentine. Pelbagai aktiviti diadakan bagi meraikan pasangan kekasih yang ingin melampiaskan perasaan rindu, cinta dan kasih sayang mereka yang akhirnya membawa kepada bibit-bibit kemaksiatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.