Saturday, February 16, 2013

Tak Terasa MALU Ke Kita Dekat LEMBU & KERBAU???


Pernahkah kita tidak menggunakan jejantas atau jejambat yang disediakan untuk melintas jalan? Tentu pernah kan. Bagi sesiapa yang sentiasa menggunakan jejantas ketika melintas, tahniah kerana anda memang seorang yang baik dan sabar.

Kenapa aku kata baik dan sabar? Kerana hanya orang yang baik saja yang sentiasa mengikut peraturan dan arahan demi keselamatan diri sendiri manakala hanya orang yang kuat sabarnya saja yang berjaya menyempurnakan tuntutan peraturan atau arahan tersebut.

Bahasa mudahnya, kita jangan anggap kita baik sangat kalau selalu saja langgar apa jua peraturan. Kemudian, hanya orang yang kuat sabar saja sanggup guna (naik) jejantas walaupun terpaksa ambil sedikit masa. Orang yang tak sabar dia main redah lintas macam tu saja, menggadai nyawa. Kalau silap hari bulan kena langgar dan mati di situ juga.



Sebenarnya sudah banyak kes kemalangan jalan raya yang berlaku berdekatan dengan jejantas. Kerana apa? Kerana yang menjadi mangsa semuanya adalah nereka yang tidak ikut peraturan, tidak menggunakan jejantas untuk melintas walaupun sedar patut menggunakannya, kerana aliran kenderaan (lalu lintas) di jalan atau laluan tersebut adalah sibuk, padat dan laju. Ia boleh mengundang kecelakaan.

Sebab itu tujuannya jejantas dibuat kerana kebanyakkan lokasi jejantas adalah di laluan yang aliran kenderaannya sibuk dan laju. Ini merupakan suatu kemudahan supaya menjamin keselamatan kita semua. Jadi kita disarankan untuk menggunakan jejantas.

Untuk memberi lebih kemudahan lagi kepada kita sebagai rakyat ni, Kerajaan berusaha menyediakan jejantas yang lebih canggih dengan menggunakan kaedah tangga bergerak (escalator) di beberapa lokasi terpilih. Salah satunya di jejantas Pekan Rabu, Alor Setar. Semuanya demi memberi kemudahan kepada kita.


Tapi biasalah, kita selalu endah tak endah dengan peraturan yang ada. Kita tak bersabar. Kita nak cepat dan mudah saja. Walaupun kemudahantelah disediakan, kita masih nak yang lagi mudah. Kita kena ubah budaya dan apa jua tabiat serta sikap yang tidak menguntungkan diri sendiri yang ada dalam diri kita.

Jadilah warga yang elok di budi pekertinya, yang indah di budaya dan sikapnya, yang berkelas pertama di mindanya, barulah hidup kita hebat. Janganlah pula kita rendahkan martabat diri kita menjadi lebih teruk dari lembu dan kerbau. 



Kerana lembu dan kerbau pun tahu menggunakan jejantas. Apakah lembu dan kerbau yang sudah bersedia untuk memasuki tahun 2020, tahun menjadi negara maju dan berminda kelas pertama? Tak malu ke kita???

Moshuchi Kata : perkara paling susah..nak ikut peraturan, kan. 

1 comment:

alhadihamzah said...

Mungkin gambar2 lembu menggunakan jejantas itu boleh ditunjukkan kepada mereka-mereka yang enggan. Biar terasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.