Thursday, January 31, 2008

Chinta (ejaan lama untuk cinta)


CHINTA

Gadis, bila tiba waktunya
tidak diundang tak jua dipinta
Walau ku lari namun kau tetap

datang jua kerana mu chinta
tak mampu menahannya

Oh Chinta
kau luluhkan hati ini
membuat segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba
oh Chinta terasa bahagia
hanya menunggu saat dan tika
Aku akan terus melangkah
walau tanpa mu Chinta
aku yakin akan adanya setia
ceritera yang tiada akhirnya

Oh Chinta
kau luluhkan hati ini
membuat segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba
oh Chinta terasa bahagia
hanya menunggu saat dan tika

Chinta
Chinta padaNnya
Chinta satu
Chinta selamanya

* Chinta ini adalah lirik sebuah lagu..lagu dan album ini sudah diperingkat akhir kerja-kerja penerbitannya..nantikan kemunculannya.

Hidup Ini Senang Jika...


1."Dah lima tahun saya di luar negara, tapi saya tak pernah lupakan yang lima tu"
2."Saya selalu mengamalkan yang lima tu"

Pernahkah anda mendengar dialog-dialog iklan tu di corong-corong radio? Semua tu menggambarkan tentang mereka-mereka yang mengamalkan Rukun Negara...nak menunjukkan yang mereka itu warganegara Malaysia yang baik. Baguslah...tapi lebih elok jika mengutamakan Rukun-Rukun yang wajib bersama-sama.
Sebenarnya hidup kita tidaklah susah. Kita akan senang 'di sini' dan 'di sana' jika mengamalkan tiga Rukun ini; Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.

Permulaan Kata


Hari ini 31/1/2008, aku sudah ada blog sendiri. Ruang untuk aku mencurahkan, melemparkan, melontarkan (apa saja perkataan yang semaksud dengannya) idea-idea, pandangan, cerita, pendapat, pengalaman dan seumpamanya untuk kita semua berkongsi mengenainya, berdiskusi serta bertukar-tukar fikiran.

Ucapan terima kasih kepada sahabat seangkatan (Shah) yang membantu serta menarik aku ke arena ini. Sahabat-sahabat dalam angkatan ini sememangnya dalam minda mereka sarat dengan idea-idea serta buah-buah fikiran yang bernas dan ranum. Pemuda-pemuda yang lahir lewat 70-an dan awal 80-an ini seperti pemuda-pemuda moden lain, riuh-rendah dalam kehidupan muda yang serba mencabar dan penuh keseronokkan.

Tetapi dalam masa yang sama, mereka ini selalu memikirkan, selalu berdiskusi, selalu berbincang mengenai masa depan; negara (politik-UMNO,Pas, KeADILan, rasuah), bangsa Melayu (anak-anak Melayu yang 'hanyut'), agama, bahasa (bahasa kebangsaan), gejala sosial (dadah, seks, jenayah), sastera dan budaya, sukan, kemasyarakatan dan apa-apa saja.

Cakap-cakap mereka bukanlah cakap kosong dan mereka tidaklah berada di kerusi Dewan Rakyat, tetapi mereka adalah golongan profesional dalam profesion masing-masing. Terima kasih beb..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.