Thursday, January 31, 2008

Permulaan Kata


Hari ini 31/1/2008, aku sudah ada blog sendiri. Ruang untuk aku mencurahkan, melemparkan, melontarkan (apa saja perkataan yang semaksud dengannya) idea-idea, pandangan, cerita, pendapat, pengalaman dan seumpamanya untuk kita semua berkongsi mengenainya, berdiskusi serta bertukar-tukar fikiran.

Ucapan terima kasih kepada sahabat seangkatan (Shah) yang membantu serta menarik aku ke arena ini. Sahabat-sahabat dalam angkatan ini sememangnya dalam minda mereka sarat dengan idea-idea serta buah-buah fikiran yang bernas dan ranum. Pemuda-pemuda yang lahir lewat 70-an dan awal 80-an ini seperti pemuda-pemuda moden lain, riuh-rendah dalam kehidupan muda yang serba mencabar dan penuh keseronokkan.

Tetapi dalam masa yang sama, mereka ini selalu memikirkan, selalu berdiskusi, selalu berbincang mengenai masa depan; negara (politik-UMNO,Pas, KeADILan, rasuah), bangsa Melayu (anak-anak Melayu yang 'hanyut'), agama, bahasa (bahasa kebangsaan), gejala sosial (dadah, seks, jenayah), sastera dan budaya, sukan, kemasyarakatan dan apa-apa saja.

Cakap-cakap mereka bukanlah cakap kosong dan mereka tidaklah berada di kerusi Dewan Rakyat, tetapi mereka adalah golongan profesional dalam profesion masing-masing. Terima kasih beb..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.