Wednesday, February 13, 2008

Selamat Tinggal Perlis


19 Mac 2007 aku mula berkhidmat di negeri paling kecil dan paling utara di semenanjung Malaysia, Perlis Darul Sunnah. Namun dua hari lagi, 15 Februari ini tugas aku di sini akan berakhir. Sedar tak sedar hampir setahun aku di sini, kurang sebulan.

Perlis bagi aku sebuah negeri yang cantik. Pemandangan (melalui jalan keselamatan) dari banjaran gunung yang menjadi tembok pemisah antara Malaysia dan Thailand cukup indah. Kawasan sawah yang juga luas (mana boleh lawan Kedah) dan petang-petang ramai orang memancing ikan puyu di tali air. Bab makan minum di sini memang best. Banyak kedai makan yang menyediakan pelbagai pilihan masakan. Paling best tentulah di Kola (Kuala Perlis). Orang di sini juga baik-baik walaupun berbilang bangsa, Siam pun. Kalau membeli-belah, Padang Besar lah tempatnya (pergi je Chow Kit kalau kat KL) Sama saja barangnya cuma di Padang Besar harga lebih murah dan jurujual cantik-cantik, orang Siam atau Melayu Siam.

Hampir setahun di sini, banyak yang aku pelajari bukan sahaja untuk bidang kerjaya aku tetapi juga pengalaman untuk hidup aku. Semua aspek; sosial, budaya apatah lagi politik di negeri ini banyak mengajar aku. Mana yang berguna aku simpan terus dan sebaliknya aku tinggalkan agar ia terus berada di negeri ini. Pengalaman cukup berharga. Tidak ada ruginya hidup merantau.

Betullah kata pujangga "jauh perjalanan luas pemandangan banyak pengalaman".
18 Februari aku akan melapor diri di INTAN Bukit Kiara untuk mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Awam selama 6 bulan.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.