Monday, June 16, 2008

Macam-Macam Rasa

Sekarang seminggu Modul Protokol & Pengurusan Majlis. Lepas tu akan bergerak keluar ke Pulada untuk Modul Tentera. Aku dah dapat bayangkan apa yang akan dihadapi selama seminggu kat sana. Semua tu aku dah lalui dulu, rasanya taklah 'terkejut' sangat kalau kena buat itu dan ini di sana nanti. Bahkan pada aku Navy lagi 'ganas' dari Army.

Sekarang ni macam-macam rasa yang hinggap di hati. Walaupun kadang-kadang aku sendiri tak faham apa yang aku rasa dan bagaimana nak mengurangkan rasa tersebut, rasa-rasa yang adakalanya membuatkan aku terasa.

Memang pelik hati kita. Sesuatu (seseorang) yang kita dambakan amat sukar untuk digapai sedangkan yang tidak diinginkan memberi jalan ke arahnya. Tapi hati juga yang mengawal segalanya yang selalu membuatkan kita makan hati. Dengan demikian juga ada masanya rasa yang manis itu (yang sentiasa ditatang) beransur-ansur tawar dan payau.

1 comment:

marmalade said...

ehem ehem. satu entry yang cukup dalam dan penuh makna. sesuatu (seseorang) yang didambakan? hmmmm.... hahahahahaha.

=)

link blog aku, wahai moshuchi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.