Tuesday, July 13, 2010

Cara Kita

Kita? Kita yang dimaksudkan aku ialah Melayu..orang Melayu. Aku Melayu dan kamu kamu yang membaca tulisan ini juga kebanyakkannya adalah orang Melayu. Tulisan ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan, memalukan atau mempersenda Melayu..tidak sama sekali tetapi mungkin sekadar untuk menyampaikan kekesalan dan rasa sedih terhadap orang 'kita'.

Contoh 1 : Aku menempah baju di sebuah kedai menjahit baju..kedai orang Melayu. Kenapa aku ke situ? Tentulah untuk menolong sesama Melayu, memberi pendapatan kepada Melayu, menguatkan ikatan sesama Melayu. Tetapi orang Melayu bila berniaga tidak mengamalkan konsep kepuasan pelanggan atau pelanggan diutamakan. Baju yang ditempah lambat siap. Terlewat beberapa hari dari tarikh sebenar pada kad tempahan. Kali ketiga aku ke kedai untuk mengambil baju, barulah dapat. Itu pun pada waktu itu masih dalam keadaan kalut itu dan ini. Tapi tak mengapalah.

Beberapa lama selepas tu, aku sekali lagi ke kedai yang sama untuk menempah baju. Tapi baju orang lain, sengaja di bawa ke situ. Sengaja untuk melihat apakah ada perubahan dan perkembangan. Malangnya perkara yang sama tetap berlaku. Aku sengaja pergi mengambil baju tersebut agak lewat dari tarikh yang tercatit dalam kad tempahan, dengan harapan bila ke sana baju telah siap. Tapi tidak, keadaan kalut-malut masih berlaku. "Saya dah agak mesti tak siap lagi, macam sebelum ni jugak..hrmmm" Itulah yang aku suarakan tanpa mempedulikan perasaan dia lagi. Dia berjanji esok baju siap. Sekarang aku sedang berkira-kira bila untuk ke sana lagi mengambil baju tersebut.

Itulah. Mungkin aku yang bodoh kerana masih ke situ lagi sedangkan sudah tahu situasinya begitu. Aku cuma sekadar ingin memberi peluang dan kepercayaan kepada dia, ingin membantu perniagaan dia. Tapi apa yang pasti, selepas ini aku tak akan menjejakkan kaki ke situ (kedai dia) lagi.

Contoh 2 : Aku rasa situasi ini mungkin kamu kamu yang lain juga pernah mengalaminya. Pernah tak kalau kita ke kedai-kedai runcit atau gerai-gerai makan, ketika untuk membayar kita akan ditanya/diminta duit kecil (syiling)? Contoh; bayaran RM4.30 atau RM5.50 dan sebagainya manakala kita pula memberi RM5.00 atau RM6.00. Mereka akan "ada 30 sen?" atau "ada 50 sen?". Ini memang menyakitkan hati kerana perkara yang sama tidak pernah berlaku di kedai-kedai mamak atau kedai runcit yang bukan orang 'kita' (setakat pengalaman aku). Apa salahnya sediakan syiling yang mencukupi khas untuk baki bayaran. Aku tak faham.

Jadi begitulah keadaannya, orang kita..cara kita. Apakah ianya sudah menjadi budaya, aku sendiri tidak pasti. Mungkin hanya segelintir saja (tidak secara umum) tapi ia tetap suatu amalan yang tidak baik jika ingin berniaga. Perkara-perkara begitu diambil mudah dan dianggap remeh. Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang baik. Aku tidak suka.

Moshuchi Kata : Susahlah bila orang menolong kita tapi kita tak menolong diri sendiri..

5 comments:

marmalade said...

yati setuju dengan contoh 2 tuh. kalau yati ada syiling, yati kasilah. tapi kadang2 yati memang sengaja nak syiling. suka sangat tanya untuk menyenangkan kerja dia sedangkan kita pelanggan, patut dia senangkan kerja kita. satu lagi, yati rasa macam bila dia tanya tuh, macam yati nih tak pandai kira je.

yati observed, masa yati kat uk dulu, tak penah diaorang tanya yati ada duit kecil atau tak. one thing, memang kat sana pakai debit card, tapi kalau kat kedai2 runcit tuh, seingat yati memang tak penah diaorang tanyalah.

customer service malaysians, rata2 memang sucks :(

Encik Moshuchi said...

betul..perkara ini mmg menyakitkan hati. sbb tu kalau ada syiling, akan bagi ngam2..kalau tak nanti sakit hati. tp andai takde syiling, terpaksalah menahan sabar..mahu je nak cakap "kalau nak berniaga buatlah cara nak berniaga". paling geram bila minta kita sediakan syiling dgn muka yg mencuka..mahu je bagi pelempang.

setakat ini, pengalaman makan di kedai mamak..blom pernah mamak tu minta sediakan syiling..blom pernah (mgkin bkn semua kedai mamak)..kalau bayaran RM4.10 pun dia tak akan minta syiling 10 sen tu tapi dia pulangkan balik 90 sen kalau kita bayar RM5.00.

itulah tabiat peniaga2 kita hari ini. mmg sedih. pernah terfikir apakah suasana begini akan berlaku :-

pelanggan : berapa?
peniaga : RM4.90
pelanggan : oh..takpe ambillah RM5.00 ni.
peniaga : terima kasih.

pelanggan : berapa?
peniaga : RM4.10..takpelah bagi RM4.00 je.
pelanggan : terima kasih

marmalade said...

ohhhh yati akan kata keep the change kalau naik teksi. setakat beza 10 atau 20 sen, malas nak berkira.

tapi jarang diberi ucapan terima kasih tuh. yati pulak yang beriya-iya cakap thank you.

entahlah.

Hasina Terebuzzu said...

aku setuju.. bila lah bangsa aku nk maju!

Encik Moshuchi said...

mengubah pemikiran/mentaliti dan tabiat mmg susah n ambil masa panjang..kecuali jika ia telah menjadi suatu budaya/amalan...

byk budaya/amalan yg baik yg kita tak boleh/lambat nak ikut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.