Tuesday, December 14, 2010

Janganlah Jahat Sangat


sebenarnya gambar ni dah lama aku 'tangkap' kira-kira dua bulan lepas. pastu nak la tulis (maki) dalam blog tapi tak termaki-maki..tak sempat. akhirnya terbiar sekian lama. bahkan sekarang ni rasa bengang dalam hati aku pun dah lama hilang dah. tapi saja nak juga kongsi-kongsi bersama.

tengoklah tu, parking kereta macam tu je. dah la kawasan tu kawasan tumpuan dan nak dapat parking memang azab. bila dah dapat lot kosong, parking pulak macam tu. memang panas hati dibuatnya kan. dah rugi satu lot kosong. ada juga manusia yang jahat macam ni kan. takkan la dia tak tahu, tak perasan atau tak sedar apa yang dia dah buat? mungkin dia tahu, tapi.."ahh lantaklah". tapi dia jahat.

moshuchi kata : suka parking masuk 'bontot' dulu hehehe...

5 comments:

papaYA said...

No offense tapi kebanyakan, (ulang kebanyakan bukan semua) kereta yang plat bermula dengan huruf itu selalu buat orang sakit hati di jalan raya...

Ini adalah berdasarkan pengalaman memandu dari KL ke Putrajaya 5 hari seminggu selama 3 tahun..

Encik Moshuchi said...

huyyoooo...
mungkin...bayangkan sampai ke alor setar pun mau buat onar.
buat orang2 J...jangan ambil hati ya.
mungkin kebetulan...

nihadriz said...

owhhhh!!! baru2 ni je (hari ahad)kat hentian bas putra. kete plet J jugak parking kat bahu jalan sampai bas nak keluar pun takleh. habis jem simpang belakang hentian putra tu. huhuhuhuuh~

marmalade said...

patut park je kat belakang kereta tuh. hahahahaha.

Phoebus Athenos said...

http://www.youparklikeanasshole.com/gallery2/index.php

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.