sebenarnya aku ada tugasan khas yang diarahkan oleh pengurusan tertinggi di sabah pada 18 hingga 20 ogos lepas. aku terima tanpa banyak soal. pertamanya, aku faham sangat tentang tugasan tersebut. aku berpengalaman mengendalikannya sebelum-sebelum ni (mungkin salah satu sebab aku dipilih). keduanya, inilah peluang aku untuk menjejaki kaki buat pertama kalinya ke negeri di bawah bayu.
aku bukan nak bercerita pasal tugasan tersebut. korang tak payah tahu. cumanya sekadar nak berkongsi pengalaman singkat aku kat sana saja.
pukul 7.30 pagi pesawat berlepas dari klia. semasa pesawat nak mendarat di kkia, keadaan agak mencabar maklumlah hujan agak lebat, landasan basah dan pesawat berlegar-legar dulu (kalau pilot boleh hisap rokok macam pilot bas mini, kira habiskan sebatang rokok dulu la) sebelum mendarat. aku ni yang jarang-jarang naik kapal terbang, biasalah macam-macam dalam hati kan. akhirnya selamat. kkia cantik, tepi laut berbanding klia dalam ladang kelapa sawit (tapi cantik juga hehehe).
dari lapangan terbang kkia bergerak ke pejabat MKN Sabah. lepak, borak, bincang, ketawa, serius apa patut (nak makan tak boleh), lebih kurang pukul 2 petang kami (bersama pegawai-pegawai MKN Sabah) bergerak ke pitas dengan 4x4. masa/jarak lebih kurang 4 jam. jalannya pula makk oiii...memang patut la bung mokhtar dok bangkitkan selalu kat parlimen supaya jalan-jalan di sabah ditambahbaikan. akhirnya lewat petang sampai juga kat bandar kudat.
selepas daftar masuk hotel ala-ala asrama kat kudat, kami pergi tepi laut cari restoren makanan laut untuk berbuka. tapi kebanyakkannya tutup. memandangkan waktu berbuka dah dekat (kat sabah pukul 6 lebih dah berbuka hehehe...kiranya aku puasa pendek la hari tu, sahur lambat berbuka pula awal), kami berbuka la kat satu gerai yang bolehlah sekadar alas perut. apapun alhamdulillah.
keesokkannya, selesaikan tugas. selesai.
selepas selesai menunaikan solat jumaat kat masjid kampung pinggan di pitas, kami bergerak balik semula ke kota kinabalu. sepanjang perjalanan, di kiri kanan tak banyak jauh bezanya dengan kawasan pedalaman di semenanjung, cumanya di sini banjaran gunung-ganangnya banyak kelihatan. malah hajat nak tengok gunung kinabalu juga tak tercapai sebab hanya nampak 'separuh pinggang' saja. selebihnya hingga puncak tak kelihatan kerana diselaputi awan putih.
lewat petang juga baru sampai kk. daftar masuk di hotel grand borneo. wahh hotel ni best juga. terletak di 'bandar kedua', satu kawasan baru dibangunkan (nak wujudkan bandar satelit la ni) bagi mengurangkan kepadatan bandaraya kk. di kawasan ni ada pasaraya besar/pusat membeli-belah dan rangkaian hotel-hotel besar yang lain. malah hotel grand borneo ni juga sebangunan dengan pusat membeli-belah. kiranya tempat ni akan menjadi tumpuan utama budak-budak ums la.
aku berbuka ala kadar saja, beberapa ketul kuih sama air soya cincau di sebuah kafe dalam pusat membeli-belah. balik bilik mandi-manda (macam dalam akuarium plak) hehehe. bilik hotel kat sini okay. berbaloi la dengan kelayakan aku. semuanya selesa. kalau datang lagi ke kk, aku akan ke hotel ni lagi kerana kemudahan semuanya ada di sekeliling berdekatan.
akhirnya masa yang ditunggu, hantu ketam akan mengganas hehehe. datang kk kalau tak makan hasil lautnya tak syiokk la kan. bila aku utarakan hajat nak makan ketam je, rakan setugas kata okeh takde masalah, dia belanja semua. wahhh..apa lagi kan (tak malu hehehe). malam tu kami pekena ketam sama udang kapas di sebuah restoren (apa nama, lupa pulak). bestnya boleh pilih ketam-ketam yang masih segar/hidup untuk dijadikan korban..nak yang ni..yang ni..yang ni..
malam tu memang aku melantak tak hengat..siap dengan penukul kecik lagi di tangan tak lepas-lepas. puas makan ketam, udang, ikan sambil diselang-seli dengan kailan ikan masin. memang kenyang sangat malam tu. terima kasih banyak-banyak kepada rakan setugas. tebal juga la dia keluarkan malam tu. haii semua pelaburan tu, dia balik sini aku la pulak kena layan huhuhu. apapun terima kasih kepada mereka.
malam tidur mati, mimpi pun tak berani lintas. sahur pun tak terbangun (tentu marah staf hotel yang buat panggilan kejut sahur..sah tidur mati katanya mungkin). pagi-pagi lagi aku cabut ke lapangan terbang kkia. jam 8.00 pagi pesawat berlepas ke klia. mata asyik memandang bawah ke laut china selatan saja...(ermm taknak fikir yang bukan-bukan).
'akuarium' di bilik hotel
katil yang best
katil yang best
tv skrin rata melekat kat dinding
inilah dia...haiihhh terbaikkk
ermmm...
pusingan pertama....
akhirnya....
inilah yang menjadi ralat tapi memberi motivasi untuk datang semula ke sabah. aku tak berkesempatan nak datang ke sini kerana kekangan masa. kata orang kalau datang sabah tak ke sini umpama tak datang sabah je. ya..aku terima dan setuju. tapi tunggulah, aku akan sampai juga ke sini nanti, insyaallah.
moshuchi kata : aku akan kembali...
No comments:
Post a Comment