Tuesday, April 03, 2012

Peribahasa Bulan Ini

Segmen Peribahasa kembali lagi. Ermm agak lama entri Peribahasa ni tak ditulis. Harapnya selepas ni segmen (hehe segmen konon..macam rancangan tv la pula) Peribahasa akan ditulis setiap bulan.

Peribahasa bulan ini aku akan ambil daripada keluarga Pepatah. Sebelum tu, untuk pengetahuan semua, Peribahasa adalah tergolong dalam Bahasa Kiasan yakni ungkapan-ungkapan yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri ataupun daripada susunan tatabahasanya. Peribahasa pula dipecahkan kepada 4 keluarga iaitu Simpulan Bahasa, Perumpamaan, Pepatah dan Bidalan.

Jadi, Peribahasa (Pepatah) kali ini adalah :-

Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair
Orang jahat walaupun diberi kesenangan, kalau ada peluang akan mengulangi perbuatan jahatnya.

Hanya air dingin yang dapat memadamkan api
Kata-kata yang lemah lembut dapat menyejukkan hati yang sedang marah.

Hari baik dibuang-buang, hari buruk dikejar-kejar
Masa ada kesempatan dibiarkan berlalu, bila tiada baru tergopoh-gapah.

Begitulah, salah satu keistimewaan Bahasa Melayu ialah kekayaan bentuk-bentuk bahasa kiasan yang terdapat di dalamnya yang mana kadangkala ia sangat aktif digunakan hari-hari.

Moshuchi Kata : Cintai bahasa kita...

3 comments:

Anonymous said...

Wahh bagusnya..jarang2 dengar semua ni..mana kau dapat peribahasa2 ni?

Encik Moshuchi said...

Terima kasih. Saya ada sebuah Kamus Peribahasa Kontemporari susunan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Memang banyak peribahasa dalam tu..yang indah2 termasuk yang jarang/tak pernah kita dengar sebelum ni. Sebab tu saya nak kongsi dengan semua orang..

marmalade said...

wahhhh menarik! lama betul abang tak menulis ya.
samalah, yati pun takde mood sejak kebelakangan ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.