Wednesday, May 23, 2012

Nazmi Faiz : Sah Menjadi Milik SC Beira Mar

Kemasukan Nazmi sebagai ahli keluarga baru Beira Mar turut dimuatkan dalam laman web rasmi pasukan.
Nazmi sedang menandatangani kontrak selama 3 tahun/musim sehingga Jun 2015 bersama kelab Divisyen 1 Portugal, SC Beira Mar.

Tahniah kepada anak muda Malaysia ini.

Moshuchi Kata : Hebat...buktikan Malaysia Boleh.

Nazmi Faiz : Terpaksa Berjauhan Dengan Kekasih Hati



Demi memburu kejayaan dan mencipta nama di Eropah dan dunia, Nazmi terbang ke Portugal dan terpaksa berjauhan dengan kekasih hati buat sementara waktu. Sementara waktu je, lepas ni boleh bersama semula. Semoga elok-eloklah korang berdua.
Moshuchi Kata : Pandai ko cari ye hehe...

Nazmi Faiz : Mendapat Liputan Media Utama Portugal

Propinas por pagar quase chegaram aos dois milhoes. Beira Mar procura talentos = Fees to pay almost reached the two millions. Beira Mar looking for talents.
Alcancar o Sonho de Jogar na Europa = Achieve the Dream to Play in Europe
Moshuchi Kata : Anak Malaysia hebat...

Nazmi Faiz - Sesi Latihan Pemilihan SC Beira Mar

Inilah enam pemain yang diuji kelab SC Beira Mar dan hanya Nazmi Faiz sahaja yang berkelebihan kerana boleh bermain untuk kedua-dua pasukan iaitu pasukan bawah 19 dan juga pasukan utama.


Diberi jolokan Kaka Malaysia
Moshuchi Kata : Tahniah...Malayisa Boleh.

Tuesday, May 22, 2012

What To Expect...

Hujung minggu lepas, aku dan isteri sempat bersantai kejap sambil layan filem ni kat GSC Alamanda. Sebelum ni isteri ada cakap teringin nak tonton masa filem baru mula tayangan di pawagam-pawagam. Oleh kerana filem pun bersesuaian dengan 'suasana' kami pada waktu ni..jadi layan. Baby kat 'dalam' pun elok je tak meragam.

Filem ni bagus. Tak sarat/berat sangat tema penceritaannya. Hanya berkisar tentang beberapa pasangan yang cuba menyesuaikan diri apabila berlakunya kandungan. Memaparkan gelagat pasangan-pasangan; yang terlalu teruja, seronok, berasa takut untuk menjadi ayah, sangat berbangga menjadi ayah, terkejut, kecewa kerana keguguran dan tidak berupaya mengandung serta gelagat-gelagat si ibu semasa tempoh mengandung dan berbagai lagi parenting elemen yang membuatkan kita tak sabar untuk menjadi ayah dan ibu.

Sangat sesuai untuk pasangan-pasangan yang sedang menantikan kelahiran bayi mereka. Dalam panggung masa tu pun ramai jugalah si ibu 'berperut ke depan' dengan pasangan masing-masing yang menonton. Yang lain boleh je nak pi tengok hehehe. Kalau yang bercouple tu, bolehlah cepat-cepat kahwin lepas ni hakhakhak.. Para pelakon juga hebat-hebat.

Moshuchi Kata : Aku dah bersediaaa....

Orang Baru Nak Datang

Hahh tudiaa..banyaknya barang. Barang-barang bakal anak (baby) banyak sungguh bermacam-macam. Tu pun emaknya dok berkira-kira nak beli apa lagi entah..belum masuk ntah apa yang disediakan Tok (nenek) nya di kampung tu lagi. Cuma kereta (stroller) baby je belum beli sebab dia takdak lesen memandu lagi hakhakhak.

Pastu barang-barang emak dia pun boleh la tahan..ada lagi yang nak beli tu terutama untuk penggunaan semasa berpantang. Maklumlah emaknya kata dah lama dah baju-baju kurung, seluar jeans dan baju-baju lain tak dipakai..takut nanti 'diorang' merajuk pula hehehehe.

Tu nampak tak beg hitam tu? Haa yang tu la satu-satunya barang si ayah..beg aku la tu. Lepas ni aku menggalas la beg tu pegi mana-mana..bawa susu, lampin, baju dan lain-lain keperluan baby. Satu pun satu lah...hukhukhuk.

Untuk pengetahuan semua..sekarang isteri aku dah 7 bulan, insyaAllah pertengahan Julai nanti kami akan dapat orang baru bagi menyerikan rumahtangga. Ermmm seronoknya.

Moshuchi Kata : Dah tengok Youtube ibu bersalin live...ermmm bersedia.

Aku Pembancuh Cendol (APC) 2011



Bersama seorang teman dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (KPKK)


Salam. Oke hari tu dalam entri yang lepas aku ada katakan nak cerita pasal majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau APC ni kan..jadi sekarang aku cerita la sikit.

APC 2011 ni adalah bagi meraikan pekerja-pekerja cemerlang dari jabatan-jabatan yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi tahun 2011. VVIP yang datang bagi anugerah (juga ucapan..tentunya) adalah Ketua Setiausaha Negara (KSN). Kiranya jabatan-jabatan di bawah JPM ni dialah yang pegang. Jabatan/kementerian lain pulak diorang buat majlis APC diorang sendiri la masing-masing. Yang bagi anugerah tu diorang punya Ketua Setiausaha (KSU) atau bernasib baik Menteri diorang yang bagi. Majlis ni diadakan pada 08 mei 2012 lalu di PICC Putrajaya.

Sebenarnya bagi tahun penilaian 2010 aku dapat juga APC. Tahun penilaian 2011 dapat lagi..maknanya 2 kali berturut-turut la. Alhamdulillah lah syukur kepada Allah. Kalau ikutkan yang 2010 punya tu aku puas hati sangat, memang rasa layak sangat sebab tahun tu aku dah macam orang gila berkerja..menguruskan banjir besar yang melanda negeri Kedah (masa ni aku berkhidmat di Kedah). Daripada sebelum banjir, sedang banjir hinggalah selesai banjir..lepas tu uruskan pula bantuan ihsan kepada mangsa-mangsa banjir yang berjumlah hampir 65,000 orang (melibatkan wang berjuta-juta).

Manakala yang APC 2011 (tahun ni) pula bukan bermakna aku tak layak, cuma terkejut sebab dapat lagi. Kerja tetap kerja (pulun Kedah pulun) hehehe. Apapun aku menganggap anugerah tahun ni adalah rezeki anak..rezeki bakal anak aku (kami) yang akan lahir bulan julai nanti. Aku sangat bersyukur..dan ia juga memberi semangat untuk terus berkerja keras.


Sebenarnya ada banyak lagi gambar, tapi orang yang ambil gambar tu (tuan punya kamera) tak bagi-bagi lagi kat aku haihhhh... Ini saja gambar yang ada buat masa ni hehehe... Nanti dah dapat aku masukkan la gambar yang memperlihatkan suasana majlis tu. Dalam gambargambar tu aku pun hensem hakhakhak...puiiiii.

Sebelum tu, nak tanya korang. Apakah maksud APC yang sebenarnya? Bukan apa, pertamanya ada jabatan yang penerimanya mungkin orang yang sama setiap tahun atau tahun berdekatan..keduanya, ada pula jabatan yang buat secara pusingan/rotation. Maknanya setiap orang dalam jabatan akan merasai APC bila sampai gilirannya (walaupun mungkin dia tak cemerlang pun).

Kadang-kadang soal APC ni boleh buat orang tak bertegur sapa, buat orang mengalir air mata, berpestanya geng-geng 'kiah radio', fitnah dan sebagainya.


Moshuchi Kata : Ayuhh...berkerjalah bersungguh-sungguh semata-mata kerana Allah. Kalau dapat APC..bersyukurlah rezeki Allah.

Tuesday, May 08, 2012

APC JPM 2011

Pagi tadi berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Jabatan Perdana Menteri bagi tahun 2011.

Alhamdulillah syukur kepada Tuhan, aku salah seorang penerimanya. Rezeki anak.

...tunggu sambungannya serta paparan gambar2 berkaitan.

Thursday, May 03, 2012

Peribahasa Bulan Ini - MAIN

Baiklah murid-murid (hehehe..), kita bertemu lagi dalam segmen peribahasa. Kali ini, aku (aku? bunyi macam keras je kan bagi hubungan antara cikgu dan murid? takpe-takpe ini semua murid tua hehehe) akan mengambil peribahasa dari keluarga Simpulan Bahasa (SB).

Apakah SB? Bagaimana untuk memahaminya? SB merupakan ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-perkataan tersebut. Contohnya Hari Jadi = ulang tahun tarikh lahir, Lampu Hijau = izin untuk melakukan sesuatu dan Makan Gaji = mencari nafkah secara bekerja dengan majikan. Sekarang dah faham kan? Bagus.

Untuk itu, peribahasa (SB) kali ini adalah berkaitan dengan MAIN. Main bukan sebarang main, banyak SB yang bertemakan perkataan main kadangkala kita tak tahu maknanya atau kita jarang-jarang dengar/guna. Jom kita pelajari bersama-sama dan menggunakannya dengan betul dalam percakapan atau penulisan (bila perlu).

Main = Bersetubuh
Main Angin = Cakap dusta
Main Api = Berasmara
Main Perempuan = Berzina
Main Duit = Berniaga
Main Gajah-Gajahan = Main catur
Main Gampang-Gampangan = Asal buat saja, tentu tidak sempurna.
Main Gila/Main Kayu/Main Kayu Tiga/Main Sikut = Curang
Main Gila-Gila = Melakukan sesuatu secara berlebih-lebihan.
Main Hentam Kromo = Tanpa berfikir dahulu
Main Muda = Berseronok-seronok
Main Panas = Suka bermain di bawah cahaya matahari
Main Kartu/Main Pancing = Berjudi/bermain daun terup
Main Kong Kalikong = Tipu muslihat
Main Siku = Berlaku curang, menipu dan mencuri.
Main Kotor = Perbuatan tidak beretika.
Main Tubruk/Main Teka/Main Tembak = Agak-agak saja.
Main Tempel = Mencuri untung dengan mendampingi orang-orang yang berkuasa.

Akhir sekali (walau banyak lagi) ialah Mainan Hati = Anak kesayangan ibu bapa.

Sekian dulu untuk kali ini. Setiap peribahasa itu tiada lain hanya untuk menjadi teguran yang paling berlemah-lembut di atas setiap perbuatan kita. Yang baik jadikan teladan yang sebaliknya dijauhkan.

Moshuchi Kata : masa kecik2 dulu suka main tuju kasut...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.