Thursday, May 03, 2012

Peribahasa Bulan Ini - MAIN

Baiklah murid-murid (hehehe..), kita bertemu lagi dalam segmen peribahasa. Kali ini, aku (aku? bunyi macam keras je kan bagi hubungan antara cikgu dan murid? takpe-takpe ini semua murid tua hehehe) akan mengambil peribahasa dari keluarga Simpulan Bahasa (SB).

Apakah SB? Bagaimana untuk memahaminya? SB merupakan ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-perkataan tersebut. Contohnya Hari Jadi = ulang tahun tarikh lahir, Lampu Hijau = izin untuk melakukan sesuatu dan Makan Gaji = mencari nafkah secara bekerja dengan majikan. Sekarang dah faham kan? Bagus.

Untuk itu, peribahasa (SB) kali ini adalah berkaitan dengan MAIN. Main bukan sebarang main, banyak SB yang bertemakan perkataan main kadangkala kita tak tahu maknanya atau kita jarang-jarang dengar/guna. Jom kita pelajari bersama-sama dan menggunakannya dengan betul dalam percakapan atau penulisan (bila perlu).

Main = Bersetubuh
Main Angin = Cakap dusta
Main Api = Berasmara
Main Perempuan = Berzina
Main Duit = Berniaga
Main Gajah-Gajahan = Main catur
Main Gampang-Gampangan = Asal buat saja, tentu tidak sempurna.
Main Gila/Main Kayu/Main Kayu Tiga/Main Sikut = Curang
Main Gila-Gila = Melakukan sesuatu secara berlebih-lebihan.
Main Hentam Kromo = Tanpa berfikir dahulu
Main Muda = Berseronok-seronok
Main Panas = Suka bermain di bawah cahaya matahari
Main Kartu/Main Pancing = Berjudi/bermain daun terup
Main Kong Kalikong = Tipu muslihat
Main Siku = Berlaku curang, menipu dan mencuri.
Main Kotor = Perbuatan tidak beretika.
Main Tubruk/Main Teka/Main Tembak = Agak-agak saja.
Main Tempel = Mencuri untung dengan mendampingi orang-orang yang berkuasa.

Akhir sekali (walau banyak lagi) ialah Mainan Hati = Anak kesayangan ibu bapa.

Sekian dulu untuk kali ini. Setiap peribahasa itu tiada lain hanya untuk menjadi teguran yang paling berlemah-lembut di atas setiap perbuatan kita. Yang baik jadikan teladan yang sebaliknya dijauhkan.

Moshuchi Kata : masa kecik2 dulu suka main tuju kasut...

3 comments:

Kasih Salina said...

Salam, menjawap pertanyaan dari blog saya;

http://www.kasihsalina.com/

En. Moshuchi, maaf lambat jwb pasal laptop tu.
Kalau saya tahu apa yg keluar lepas on, mungkin boleh dpt sikit bayangan:

-adakah lepas tekan button, lampu button nyala? Dapat masuk boot skrin atau apa2 yang tunjuk jenama macam Toshiba, Acer, Asus..

- kalau semua di atas ada, mungkin ada error kat windows startup..kalau ada keluar error message..bolehlah bgtau kt komen di saya : http://www.kasihsalina.com/

sW33tdARLiNG said...

eerrrrr MAIN tu peribahasa baru erkk...? ker peribahasa moden cikgu?

Encik Moshuchi said...

ermmm soalan yang baik.

sy juga sedikit keliru dengan SB yang satu ni..tapi begitulah adanya sepertimana yang tercatit di dalam Kamus Peribahasa saya ini.

samada ia peribahasa lama, baru atau moden (atau diada-adakan)..saya tidak ada jawapan buat masa ini. penggunaan SB ni perlu untuk kita berhati-hati bila menggunakannya. maksudnya mungkin bergantung kepada situasi serta penggunaan ayat yang betul.

tapi itulah, agak janggal kan? bayangkan kita terbiasa menyuruh anak-anak kita .."pergi main kat sana atau pergi main kat luar".

tapi kalau penggunaannya di kalangan suami isteri, saya rasa ianya adalah tepat. contohnya...(ermm tak perlulah contoh hehehe).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.