Tuesday, August 28, 2012

Kenduri Kesyukuran & Majlis Cukur Rambut Ammara

Tali pusat Ammara gugur genap dia berusia tujuh hari. Kata orang tua-tua atau mengikut pandangan Islam juga, hari ketujuh jika gugur tali pusat amatlah baik untuk dibuat kenduri kesyukuran seperti beraqiqah untuk anak tersebut serta turut mencukur rambutnya.

Namun setelah dibincang dan berbincang bersama, kami akhirnya bersetuju untuk mengadakan majlis kesyukuran serta mencukur rambut pada hari Raya ketiga. Ini kerana pada hari ketujuh umur Ammara tersebut, kita semua masih berpuasa. Jadi kuranglah sesuai untuk membuat majlis pada siang hari (tak boleh makan-makan)..jika dibuat pada sebelah malamnya pula, nanti dikhuatiri mengganggu waktu berterawih dan beribadat orang.

Jadi kenduri/majlis kesyukuran ni pun diadakan pada hari Raya ketiga. Kesyukuran kerana mendapat ahli keluarga baru, juga kesyukuran kerana kebun getah abah (bapa mertua) sudah boleh mengeluarkan hasil..disamping juga untuk mencukur jambul/rambut Ammara. Untuk beraqiqah kami bersetuju untuk mengadakannya pada hari Raya Haji nanti untuk mereka bertiga; Ammara dan dua orang kakak sepupunya.



Pada hari tersebut, majlis diserikan oleh alunan tasbih dan marhabban oleh kaum bapa (ahli qariah masjid termasuk alim ulama kampung). Sambil itu rambut Ammara telah digunting sedikit oleh setiap ahli marhabban sebagai tanda/syarat, memberi keberkatan kepada bayi kami. Mulut/bibir Ammara juga telah 'dibelah' dengan campuran madu serta doa-doa turut dibacakan kepadanya, dihembus dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Semoga anak kami mendapat berkat dari majlis tersebut.

Semasa menggendongkan Ammara pada ketika alunan marhabban nyaring kedengaran, aku bimbang juga kalau-kalau anak kecil aku ni menangis. Namun dia cukup baik, tidur dalam keadaan baik, diam dan tidak meragam sehingga majlis selesai. Budak baik hehehe.









Pada majlis ini, rambut Ammara hanya digunting sedikit sebagai syarat. Untuk membotakkannya (mencukur) akan dibuat pada hari lain (5 hari kemudian) kerana Tok Bidan yang bertanggungjawab untuk tugas tersebut balik beraya di rumah anaknya di Johor. Tak mengapalah.





Walaupun kenduri kecil-kecilan saja tapi jemputan rasanya 500 lebih orang ada la kot. Ini semua bapa mertua aku yang bertanggungjawab hehehe. Kiranya satu khemah jugalah kena didirikan. Iyelah saudara-mara saja pun dah banyak. Apapun aku bersyukur semuanya berjalan lancar.



Untuk majlis ni, aku sempatlah mencari dan membeli sehelai baju baru..baju raya lah kiranya untuk Ammara. Baju berwarna ungu tu walaupun bersaiz paling kecil namun sedikit besar untuk Ammara..tapi bila dah disarungkan nampak cantik dan padan pula. Si isteri sangat suka dan berpuas hati dengan pilihan aku tu hehehe..takpelah, lepas ni bila Ammara dah besar sikit cantiklah bila pakai baju tu.

Moshuchi Kata : Syukur alhamdulillah..segalanya dipermudahkan.

Ammara Dengan Papa & Mama


Anak ini mungkin akan setinggi Papanya, dan yang pasti...
dia akan secantik Mamanya.



Moshuchi Kata : Episod baru sebagai seorang lelaki sudah bermula...

Hadirnya Orang Ketiga Dalam Hidup Aku dan Isteri

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T.

Tanggal 26 Julai 2012 jam 9.01 pagi bertempat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar..datang orang ketiga dalam hidup kami..seorang perempuan. Hadirnya orang ketiga ini amat dinantikan dan tentunya akan membahagiakan lagi hubungan kami suami isteri. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar tanpa sebarang kompilasi yang boleh memudaratkan isteri dan juga bayi kami.

Dengan berat sewaktu lahir 3.97kg dan panjang 51cm tentunya si comel ini mengujakan kami. Sewaktu pertama kali aku melihatnya pun, ermm bulat dan montel hehehe. Sambil mengucup dahinya aku melaungkan perlahan-lahan kalimat azan di telinga kanan dan iqomat di telinga kiri. Syukur kepada Allah kerana anugerahNya ini cukup sempurna.

Hari ini usianya sudah menjangkau sebulan lebih sikit. Beratnya dah bertambah kepada 4.5kg sambil tinggi/panjangnya turut bertambah 5cm kepada 56cm. Retina matanya juga sudah mula menfokus kepada objek-objek dan sudah tersenyum apabila diajak bermain..sambil tindakbalas seluruh pancainderanya cukup sempurna.

Anak ini sangat comel. Kulitnya putih gebu, mata yang cantik, bibir yang munggil seperti ibunya. Manakala rambutnya yang halus ikal, hidung yang terletak, telinga yang terserlah lebih mirip kepada aku. Rasanya dari segi ketinggian juga dia akan mengikut aku. Tapi nasib baik kulitnya mengikut kulit ibunya, kalau tak..hehehe.

Inilah anugerah tak ternilai buat kami, si comel Ammara Nageena (Ammara = wanita yang kuat imannya serta yang berjuang menegakkan kebenaran/kebaikkan. Nageena = sebutir mutiara/permata). Semoga kami menjadi ibu bapa yang terbaik buatnya dan dapat mendidiknya menjadi insan berguna seperti yang sepatutnya.

Ketika berumur 2 hari. Bulattt...hehehe


Minggu pertama; posisi tidur paling disukainya.


Minggu kedua; senyum-senyum ketika bermain dengan urinya.


Minggu ketiga; nyenyak betul tidur ye.. Pipi montelnya mula menyusut.


Minggu keempat; inilah anak comel kami..Ammara.


Moshuchikata : Syukur...

Cerita Berbaki Ogos 2012

Salam sejahtera. Salam Aidilfitri.

Ogos yang berbaki 3 hari ni aku akan cuba update beberapa cerita yang tertinggal sepanjang penghujung Julai sehingga Aidilfitri baru-baru ni. Ya, memang agak lama juga tak menulis.

Semuanya kerana memberi tumpuan yang lebih kepada persiapan menyambut kelahiran anak sulung. Alhamdulillah semuanya telah berjalan lancar dan selamat.

Ada juga kenalan blog yang mahu cerita-cerita terbaru terutamanya tentang anak gadis sulung aku tu. Ya aku akan ceritakan nanti mana yang termampu. Berita gembira harus dikongsi berama kan?

Moshuchi Kata : Maaf Zahir dan Batin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.