Tali pusat Ammara gugur genap dia berusia tujuh hari. Kata orang tua-tua atau mengikut pandangan Islam juga, hari ketujuh jika gugur tali pusat amatlah baik untuk dibuat kenduri kesyukuran seperti beraqiqah untuk anak tersebut serta turut mencukur rambutnya.
Namun setelah dibincang dan berbincang bersama, kami akhirnya bersetuju untuk mengadakan majlis kesyukuran serta mencukur rambut pada hari Raya ketiga. Ini kerana pada hari ketujuh umur Ammara tersebut, kita semua masih berpuasa. Jadi kuranglah sesuai untuk membuat majlis pada siang hari (tak boleh makan-makan)..jika dibuat pada sebelah malamnya pula, nanti dikhuatiri mengganggu waktu berterawih dan beribadat orang.
Jadi kenduri/majlis kesyukuran ni pun diadakan pada hari Raya ketiga. Kesyukuran kerana mendapat ahli keluarga baru, juga kesyukuran kerana kebun getah abah (bapa mertua) sudah boleh mengeluarkan hasil..disamping juga untuk mencukur jambul/rambut Ammara. Untuk beraqiqah kami bersetuju untuk mengadakannya pada hari Raya Haji nanti untuk mereka bertiga; Ammara dan dua orang kakak sepupunya.
Pada hari tersebut, majlis diserikan oleh alunan tasbih dan marhabban oleh kaum bapa (ahli qariah masjid termasuk alim ulama kampung). Sambil itu rambut Ammara telah digunting sedikit oleh setiap ahli marhabban sebagai tanda/syarat, memberi keberkatan kepada bayi kami. Mulut/bibir Ammara juga telah 'dibelah' dengan campuran madu serta doa-doa turut dibacakan kepadanya, dihembus dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Semoga anak kami mendapat berkat dari majlis tersebut.
Semasa menggendongkan Ammara pada ketika alunan marhabban nyaring kedengaran, aku bimbang juga kalau-kalau anak kecil aku ni menangis. Namun dia cukup baik, tidur dalam keadaan baik, diam dan tidak meragam sehingga majlis selesai. Budak baik hehehe.
Pada majlis ini, rambut Ammara hanya digunting sedikit sebagai syarat. Untuk membotakkannya (mencukur) akan dibuat pada hari lain (5 hari kemudian) kerana Tok Bidan yang bertanggungjawab untuk tugas tersebut balik beraya di rumah anaknya di Johor. Tak mengapalah.
Walaupun kenduri kecil-kecilan saja tapi jemputan rasanya 500 lebih orang ada la kot. Ini semua bapa mertua aku yang bertanggungjawab hehehe. Kiranya satu khemah jugalah kena didirikan. Iyelah saudara-mara saja pun dah banyak. Apapun aku bersyukur semuanya berjalan lancar.
Untuk majlis ni, aku sempatlah mencari dan membeli sehelai baju baru..baju raya lah kiranya untuk Ammara. Baju berwarna ungu tu walaupun bersaiz paling kecil namun sedikit besar untuk Ammara..tapi bila dah disarungkan nampak cantik dan padan pula. Si isteri sangat suka dan berpuas hati dengan pilihan aku tu hehehe..takpelah, lepas ni bila Ammara dah besar sikit cantiklah bila pakai baju tu.
Moshuchi Kata : Syukur alhamdulillah..segalanya dipermudahkan.
4 comments:
salam bro...sorry ari tu tak sempat gi rumah ko...raya ketiga kami aku dengan family aku berangkat ke Penang...raya kat kampung bapak aku...
ehhh bagusnya papa pandai cari baju untuk anak... untunglah bini...
Alhamdulillah...
Akmal - takde hal bro..mana yg dan la kan...
Sweet - bukan saja utk anak, utk mama dia pun boleh hehehe. semua tu proses pembelajaran utk menjadi seorang bapa yg baik...
Hadi - syukur...
Post a Comment