Friday, October 12, 2012

Kita Makan Fomilin Setiap Hari



Tahukah kita sebahagian besar ikan-ikan yang kita makan setiap hari adalah ikan yang diimport dari negara Thailand. Setelah ikan-ikan didaratkan, ia akan dimasukkan ke dalam kontena dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air batu supaya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia atau Singapura. Perjalanan biasanya mengambil masa selama enam, tujuh atau lapan jam. Apabila ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia, tentulah ia dalam keadaan lesu dan telah kurang segar.

Untuk mengelakkan berlakunya perkara ini, pihak pengusaha perikanan di negara Thailand kini menggunakan suatu teknik baru. Tahukah kita teknik baru yang digunakan itu? Sebelum dieksport ikan-ikan direndam dahulu di dalam air yang dicampur dengan bahan kimia bernama Fomilin. Ini bertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan lama, keras dan kelihatan masih segar atau nampak baru.

Fomilin merupakan sejenis bahan kimia yang kegunaannya disuntik ke dalam mayat-mayat supaya ia boleh bertahan lama. Dalam istilah Inggeris ia juga disebut 'embalm'. Bagi mayat Islam tentulah ia diharamkan disuntik dengan bahan kimia ini. Jadi, tanpa disedari ikan-ikan yang kita makan setiap hari mengandungi bahan kimia ini. Dari segi Islam, apa hukumnya pulak kan?

Ikan-ikan masin yang datang dari Thailand juga difahamkan turut direndam dengan bahan ini juga ketika proses penghasilannya.

Namun ada juga caranya untuk kita mengesan samada ikan yang ingin dibeli mengandungi Fomilin atau tidak. Kalau ikan-ikan yang dijual di pasar itu tidak dihinggapi lalat lansung, bermakna ikan-ikan tersebut telah direndam dengan Fomilin. Tentulah lalat-lalat lebih mengetahui.


Sebenarnya, produk dari Thailand ni semuanya ‘sedap’ dan nampak bagus-bagus. Sama juga dengan buah-buahan dari sana, buah yang jenis masam pun boleh jadi manis rasanya. Produk jeruk atau asam-asam pun sama, entah bagaimana mereka hasilkan. Jadi fikir-fikirlah apa benda yang mereka buat. Kita jangan asyik seronok membeli dan makan saja.

Moshuchi Kata : Suka makan ikan masin yang emak buat...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.