Wednesday, November 28, 2012
Huru-Hara Di Atas Katil
Baru-baru ni aku dapat satu email dari bos lama aku. Ingatkan ada urusan rasmi pasal kerja ke apa. Buka je email tengok..ehh terkejut aku. Rupanya email pendek dan ringkas dari dia tu cuma tertulis "nak jadi yang macam mana satu" berserta dikepilkan/attachment beberapa gambar dalam sekeping kertas A4. Gambar seperti kat bawah ni.
Syed Mokhtar Al-Bukhary; Ketahui Kisahnya
Entri tumpang promosi hehe. Baru-baru ni dah diterbitkan satu buku biografi seorang tokoh yang semua orang kenal. Bukunya ringkas saja, tak tebal sangat serta dihiaskan juga dengan beberapa gambar berkaitan. Harganya pun murah cuma RM19.90 saja. Promosi di atas adalah dari MPH Bookstores Sdn. Bhd., tapi kat mana-mana kedai buku pun ada dijual buku berkulit hitam ni. Bagus membaca buku-buku biografi tokoh-tokoh terkenal sebab banyak manfaat
Monday, November 05, 2012
Jenis Pendengki, Kopak Je
Di kawasan rumah aku, ada banyak lot-lot parkir yang disediakan oleh pihak berwajib secara percuma. Kiranya siapa sampai dulu dia dapatlah. Blok rumah aku misalnya, selain ada dua aras parkir iaitu di aras bawah atau ground dan aras satu disediakan lot parkir (berbumbung - dalam bangunan), di sekeliling blok pula terdapat banyak sangat lot parkir. Tapi biasalah orang kita, tidak mahunya parkir kereta jauh-jauh.
Entah tak faham aku, mungkin takut kereta kena curi atau memang jenis malas nak berjalan jauh sikit. Maka jadinya, penuhlah kereta yang diletakkan berdekatan dengan lobi atau pintu masuk ke blok. Kalau boleh di depan lif pun nak diletakkan kereta. Selagi ada ruang yang dekat dengan pintu masuk, walaupun mungkin menyusahkan orang lain pula nak keluar masuk kereta selepas tu, lantaklah apa peduli.

Friday, November 02, 2012
Falsafah Tentang Kehidupan
Foto : admya.blogspot.com
Cerita ini mungkin korang dah
pernah baca atau dengar. Entah berapa kali cerita ini diulangsiar atau
dihebahkan aku sendiri tidak pasti, malah siapa yang memulakannya pun aku tidak
tahu. Kisah ini aku perolehi melalui perkongsian maklumat sesama rakan di alam
maya. Oleh kerana ia adalah perkara yang baik dan manfaat, apa salahnya jika diulangsiarkan
untuk iktibar kita semua.
Kisahnya; Di dalam sebuah
kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah.
Thursday, November 01, 2012
Nama Eksklusif Untuk Anak
Pagi tadi dapat berita dari seorang teman baik, atau lebih tepat lagi rakan sebilik ketika sama-sama tinggal di Kolej Kediaman Kelima, Universiti Malaya dahulu iaitu beliau sudahpun bergelar bapa. Tahniah. Isterinya selamat melahirkan anak lelaki sulung mereka semalam di Hospital Kuala Lumpur. Esok lusa jika berkelapangan bolehlah nak pergi melawat. Soal nama anak tersebut, masih terlalu awal dan tak sepatutnya dipertanyakan langsung lagi.
Begitu juga seorang lagi sahabat, Yaya yang sudahpun juga bergelar ibu kepada seorang anak lelaki comel setelah sebelum ini agak lama menunggu. Tahniah kepada Yaya dan si suami, Wan. Katanya anak kecil tersebut bernama Kamil, nama penuhnya aku tak bertanya lanjut pula. Nanti-nantilah.
Seorang lagi sahabat, bro Hadi yang juga mempunyai seorang anak kecil perempuan bernama Cahaya Balqis.

Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGHARGAAN
Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.