Monday, November 05, 2012

Jenis Pendengki, Kopak Je

Di kawasan rumah aku, ada banyak lot-lot parkir yang disediakan oleh pihak berwajib secara percuma. Kiranya siapa sampai dulu dia dapatlah. Blok rumah aku misalnya, selain ada dua aras parkir iaitu di aras bawah atau ground dan aras satu disediakan lot parkir (berbumbung - dalam bangunan), di sekeliling blok pula terdapat banyak sangat lot parkir. Tapi biasalah orang kita, tidak mahunya parkir kereta jauh-jauh.

Entah tak faham aku, mungkin takut kereta kena curi atau memang jenis malas nak berjalan jauh sikit. Maka jadinya, penuhlah kereta yang diletakkan berdekatan dengan lobi atau pintu masuk ke blok. Kalau boleh di depan lif pun nak diletakkan kereta. Selagi ada ruang yang dekat dengan pintu masuk, walaupun mungkin menyusahkan orang lain pula nak keluar masuk kereta selepas tu, lantaklah apa peduli. Maka banyaklah lot parkir yang agak jauh sedikit (bukan jauh mana pun) kosong belaka. Jadi inilah perangai orang kita. Bila lot parkir sikit/tak cukup, marah. Bila dah banyak, malas dan besar kepala tak nak ikut peraturan pula.

Aku ada dua buah kereta; satu aku punya dan satu lagi isteri aku punya. Kami selang-seli guna kereta ni, kadang-kadang guna kereta aku dan kadangkala guna kereta isteri untuk ke pejabat atau ke mana-mana. Lot parkir di aras bawah dan aras satu dalam bangunan tu sememangnyalah lot parkir yang menjadi rebutan. Kalau tak ada lot kosong (penuh) pun, selagi ada ruang walaupun depan lif, ada juga orang letak kereta.

Sikap atau prinsip aku mudah, kalau tak ada dah lot kosong di aras bawah atau aras satu, aku akan letak kereta di lot-lot parkir yang masih kosong biarpun kalau lot tersebut jauh sedikit. Itulah yang sepatutnya kita buat. Nak mematuhi peraturan memang sangat susah tapi itulah yang perlu kita lakukan.

Kisahnya, suatu hari ada lot parkir yang masih kosong di aras satu. Jadi aku letaklah kereta isteri (hari itu menggunakan kereta isteri) di lot kosong tersebut. Kebetulan pula kereta isteri mengalami sedikit masalah dan perlukan beberapa hari untuk membaikinya. Sementara tu kami menggunakan kereta aku untuk ke pejabat dan ke mana-mana.

Rupa-rupanya ada hamba Allah yang sakit hati dan sangat berdengki bila melihat kereta tu berada di lot parkir tersebut selama beberapa hari. Mungkin setiap kali dia naik ke aras satu tidak ada lot parkir yang masih kosong dan dia pula mungkin jenis yang tak suka berjalan lebih sikit. Dengan perasaan dengki yang teramat sangat, hati yang busuk-sebusuknya, tidak ada perasaan malu dan mungkin jenis yang suka melanggar peraturan, maka dia dengan senang hatinya mematahkan/mengopak papan plate depan kereta isteri aku tu. Entah dia buang kat mana pun aku tak tahu papan plate tu.

Bila dirisik-risik, rupa-rupanya seorang lagi kawan yang tinggal di blok bersebelahan (dalam kawasan apartment yang sama) juga mengalami situasi yang serupa. Malah apa yang dia alami jauh lebih teruk iaitu keempat-empat tayar keretanya dikeluarkan angin. Habis semuanya tayar kempis ke lantai. Aku macam tak percaya ada juga manusia jenis hati busuk dan pendengki macam ni. Tak tahulah manusia ni lelaki atau perempuan. Dunia sekarang lelaki atau perempuan sama naik saja jahatnya kalau hati tak baik.

Kalau betul hamba Allah ni dengki kerana benci melihat kereta tu berada di lot parkir tu beberapa hari, memang hati dia sangat busuklah. Hati dia penuh dengan najis-najis hitam. Tapi kalau dia ada perasaan dendam yang lain kat aku (mungkin aku ada buat silap atau salah kat dia tanpa aku sedar) aku tak tahulah. Kalau ya pun, banyak lagi cara yang berhemah yang boleh dilakukan, bukan buat perkara seperti seorang penjenayah yang terdesak macam tu.

Kepada hamba Allah tersebut, aku berharap insaflah. Sucikanlah hati. Apa yang dibuat tu sangat-sangat memalukan dan selayaknya hanya dilakukan oleh orang yang tak ada fikiran matang, seperti penjenayah saja. Orang yang berada di Putrajaya dan bekerja sebagai penjawat awam (kalau dia penjawat awamlah) sangat memalukan bila buat perkara-perkara seperti ni. Sangat memalukan.

Sebagai orang yang dianiaya, aku harap dia ni akan mendapat balasan yang setimpal. Tak kiralah bagaimana caranya yang Allah akan berikan samada di dunia atau di akhirat. Kalau cepat dia dapat di dunia mungkin dia akan patah tangan akibat kemalangan jalan raya, wallah hu allam. Sebagai pengajaran. Kalau dia terus-terusan buat benda bodoh ni, sepandai-pandai dia melompat suatu hari dia akan jatuh juga. Masa tu tahulah dia...

Haihhh ada juga manusia macam ni...

Moshuchi Kata : gerammmm.......

3 comments:

pae faizah said...

Wahai si pendengki, hari ini kau patahkan plat kereta ku. Ye, orang tak nampak. Tapi mungkin kau lupa yg Allah swt itu sentiasa nampak. Siapa pun kau..esok2 kau nak mati, aku taktau mcm mana kau nak minta maaf denganku.

Masa tu nanti aku serah pada Allah swt. Setiap makhluk yg hidup akan diadali sebaik-baiknya.

Plat yg patah boleh diganti. DOSA sesama manusia? :)

Hasina Terebuzzu said...

wahhh.. ko masih penyabar.. kalo aku, tangan dia tu dh patah riuk dh!

marmalade said...

seriously pendengki yang extreme!
jahat gile. emo pulak yati baca ni.

takpe bang, sabar banyak-banyak.
one day, dia akan dapat balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.