Akta Keselamatan Dalam Negeri / Internal Security Act (ISA)..kenapa orang/sesetengah pihak takut sangat? Berbagai tanggapan boleh didengar melalui berbagai sumber mengenai perihal ISA. Rata-ratanya menolak ISA..anggap ISA kejam, tidak relevan lagi yang hanya sesuai digunapakai semasa zaman memerangi Komunis dahulu dan banyak lagi.
Kita tak perlu takut sebaliknya perlu faham apakah tujuan ISA diwujudkan. Ia bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan rakyat melalui penahanan sementara ke atas individu/kumpulan yang menjadi punca/pencetus ketegangan/mempunyai niat tertentu untuk memberi tekanan kepada Kerajaan dan menggugat keharmonian rakyat. Apabila keadaan telah menjadi reda dan tenang, mereka akan dibebaskan semula.
Kita sebagai rakyat berhak memberikan pendapat dan sebagai rakyat yang cintakan keharmonian serta mempunyai jatidiri, kita boleh menilai dengan rasional dan bijak.
Fikir-fikirkanlah;
1. Jika kita tidak mempunyai niat jahat untuk memporak-perandakan keamanan serta keharmonian negara, mengapa perlu takut akan ISA?
2. ISA tentunya masih relevan kerana percaya atau tidak, 'Komunis' masih lagi banyak berkeliaran sehingga hari ini yang sentiasa mencari ruang untuk menggugat keamanan negara.
4 comments:
aku sokong..
cuma aku rasa kerajaan perlu terangkan kepada orang ramai maksud sebenar ISA.. kenapa perlu ISA.. kalau xdak ISA apa jadi.. rakyat perlu tahu semua tu.. pemimpin yg nak bagi komen tu bagi la yg betul2 ada kredibiliti..
betul..rakyat kurang faham tentang ISA terutamanya generasi baru. inilah yang Kerajaan sedang usahakan.
pegi BTN lahhhhhhh! selain dari ISA, kita patut educate the people pasal perlembagaan jugaklah. itu pendapat yati.
ISA tujuannya bagus tapi politikus itu yg menjadikan ia kelihatan buruk. jennngg!
Post a Comment