Monday, October 06, 2008

Perihal Susu

Kecoh kebelakangan ni mengenai kandungan susu yang tercemar dengan bahan larangan melamine. Satu China menjadi gempar dan kerisauan mula menular ke seluruh dunia yang ada kaitan dengan produk susu dari tanah besar tersebut. Ibu-ibu di Malaysia tak perlu risau kerana Kerajaan awal-awal lagi telah menghalang produk susu China daripada memasuki Malaysia.

Namun, ramai ibu-ibu/wanita yang tak sedar (sedar tapi tak nak amalkan) bahawa kaedah terbaik dan selamat adalah mengamalkan susu badan kepada anak-anak. Mengapa anak-anak dibiarkan meminum susu tepung dan lebih dasyat lagi susu lembu? Biarlah anak lembu saja yang minum susu ibunya (lembu) kerana anak lembu akan terus membesar sebagai lembu. Anak manusia yang meminum susu lembu bila besarnya kadang-kadang menjadi manusia dan kadang-kadang seperti lembu juga.

Banyak kebaikan susu badan. Selain ia dapat mengekalkan ketegangan dan keanjalan payudara si ibu, ia juga dapat mengelak daripada risiko barah payudara. Percaya atau tidak, fikir-fikirkan. Orang perempuan dulu-dulu (tua-tua) memberi perumpamaan yang cukup mudah iaitu barah payudara terjadi kerana terdapatnya kandungan susu yang telah rosak/basi/tercemar dalam saluran buah dada. Mengapa susu tersebut menjadi basi? Ia terjadi kerana isipadu/kandungan susu dalam badan wanita tidak digunakan (diminum) oleh bayi mereka.

Setiap wanita yang melahirkan anak akan mempunyai susu dan ia diciptakan cukup untuk keperluan anak tersebut untuk membesar dengan sihat. Bayangkan jika seorang wanita itu mempunyai 5 atau 6 orang anak, tetapi tidak disusukan walau seorang pun anaknya. Berapa banyak isipadu susu rosak/basi yang terkumpul? Isipadu susu yang baru akan terhasil apabila anak baru dilahirkan.

Selain itu, pengamalan susu ibu memberi keuntungan kesihatan kepada ibu dan anak selain mengeratkan kasih sayang antara keduanya. Teringat seorang kenalan perempuan pernah berkata (dalam nada tak puas hati) "kenapa lelaki suka sangat tengok bahagian dada (payudara) wanita?". Jawapannya mudah, sejak dari kecil lagi hubungan lelaki (yang membesar dengan susu ibu) sangat rapat dengan payudara wanita. Betul ke? Mungkin ada benarnya.

Wahai wanita, fikir-fikirkanlah.

8 comments:

marmalade said...

heheheh seriously macam baca artikel dalam majalah "wanita" atau "jelita". ayat-ayat terakhir tuh telah membuatkan saya tersenyum kambing seketika =)

eh link ah blog kitaorang semua kat sini.

Badrulhafiz Hj. Sulaiman said...

susu ibu adalah anugerah yang amat bernilai buat seorang wanita..
hanya utk wanita.. lelaki tak dak kan?..
yang paling berkhasiat susu yang first sekali kuar.. aku xingat nama apa.. tapi memang utk daya tahan baby..
Allah Maha Besar..

Phoebus Athenos said...

shuko pervert!

leLabu said...

colestrum kot nama susu tu. warna dia kuning2 gitu. aku ada terminum gak dulu..hehe

jay jamil said...

artikel yang menarik.
frankly, I hate breastfeeding.
taktau la kenapa

Al Hadi said...

shukor pencinta buah dada.

then again... apa salahnya?

papaYA said...

Ibu kerja, macam mana nak breastfeed......

Encik Moshuchi said...

kalau ibu keja, sediakan/picitkan siap2 susu ke dalam botol susu anak untuk dia minum. malam pun bleh susukan anak (si bapak pun biasalah..nak menyusu gak)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.