Thursday, October 08, 2009

Cerita Hari Raya Aidilfitri

1. Hari Raya Aidilfitri tahun ni biasa-biasa je. Tapi tetap disambut meriah dan gembira. Cuti pun tak dapat panjang macam tahun lepas. Cuma dua hari saja. Raya ke-4 aku dah balik Alor Setar kerana raya ke-5 dah masuk bertugas. Tapi bagus juga, selain dapat beraya di kampung halaman di Pahang, dapat juga beraya di sekitar Kedah. Masih ramai sanak-saudara kat sini.

2. Beraya di kampung, ketupat daun palas memang special. Wajib tu. Pastu ada pulak laksa. Menu special orang utara la tu. Yang lain-lain tu macam lemang, ketupat nasi dan macam-macam lagi yang bukan kepakaran mak aku pun ada juga. Semua tu kakak-kakak ipar 'orang Pahang' aku yang sediakan. Belum campur segala macam lauk tradisi Pahang lagi. Mak aku rileks je, biar menantu-menantu yang 'berperang' kat dapur.

3. Balik kampung memang best. Jumpa orang-orang kampung yang boleh menceritakan perihal kita semasa kita kecil atau zaman-zaman nakal, sehinggalah kita besar. Seronok bila dengar dari perspektif orang kampung. Laut di depan rumah cantik menghijau. Ombak-ombak kecil melibas pantai yang luas tu. Aku teringin nak mandi seperti dulu. Tapi terpaksa biarkan dulu. Nanti 'terbakar' pulak badan ni, dah nak raya pulak tu hehe. Takpe, tak kemana pun pantai tu. Nanti aku boleh mandi puas-puas.

4. Tengok pantai dan laut tu, pokok-pokok ru yang melampai tu, teringat aku kepadanya. Dia juga pasti teringatkan saat-saat itu. Sungguh indah. Walaupun bersama Asyraff waktu itu, tapi tentu sekali Asyraff tidak mengerti apa-apa. Ermm Aysraff tahun ni beraya sakan. Entah berapa pasang baju yang dia pakai. Tapi baju Melayu biru itu yang paling cantik bagi aku. Baju Melayu lengkap bersamping, walau siapapun yang memakainya pasti anggun. Paling suka tengok Tan Sri P.Ramlee pakai baju Melayu.

5. Aku balik beraya bersama kakak yang tinggal di Alor Setar. Penuh la satu kereta dengan anak-anak buah. Suami dia tak balik sama, kena kerja. Balik dari Pahang tu sempat la aku singgah Suria KLCC sebab nak beli barang sikit. Barang yang dah lama aku 'peram' untuk dihadiahkan kepadanya. Sambil-sambil tu nak penuhi juga permintaan anak buah yang kecik tu, nak tengok KLCC dari dekat katanya. Maklumlah, kalau tengok/naik Menara Alor Setar tu biasalah diorang.

6. Di Alor Setar aku sambung beraya pula di rumah sedara-mara dan rumah staff aku sorang dua. Juga beraya di rumahnya dan sanak-saudara disebelahnya. Seronok beraya bersamanya. Dan apabila memegang beg plastik merah tu, sememangnya mengejutkan. Terukir senyum di bibir. Hari raya ini cukup indah walaupun serba sederhana.

Asyraff (anak buah aku)..baik budak ni.


Bergaya tak ingat tu, 'ciwi' baju Melayu baru la tu..


Di rumah aku yang masih belum siap sepenuhnya..Harry, Harris, Mak dan BangLong


Kakak dan anak-anak di Suria KLCC

6 comments:

Phoebus Athenos said...

sokong. amat suka tengok p. ramlee pakai baju melayu lengkap

Al Hadi said...

aku sampai skang x tau camana P ramlee ikat sampin dia

Encik Moshuchi said...

PA - ya, sangat setuju..beliau mmg seorang lagenda, dari segi berpakaian pun dialah yg paling smart. bila dia berpakaian baju Melayu lengkap, mmg melambangkan betapa indahnya pakaian kebangsaan tu.

PM - ya siapa2 pun tak tau. kalau perhatikan dlm semua filem beliau yg berpakaian Melayu/pahlawan/hulubalang..dia mmg menggunakan ikatan yg hampir sama. agaknya dia mmg suka ikatan camtu..trade mark.

marmalade said...

tengok madu tiga, scene dia tengah bersiap pakai baju melayu... dia ikat samping... perghhhhhh! gempak seh. hahahahahahah.

Phoebus Athenos said...

"butang baju aku mana pahhh..."

"dah tua pon bodoh..."

Encik Moshuchi said...

hehe..kesian Pah tu kan. nak pegi makan kenduri konon, bersiap punya la lawa..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.