Sunday, October 11, 2009

Perihal Merogol dan Dirogol

1. Setiap hari ada saja laporan mengenai kes rogol di dada-dada akhbar. Macam-macam ragam; datuk rogol cucu, bapa atau bapa saudara rogol anak, lelaki berumur rogol kanak-kanak, gadis dirogol beramai-ramai/bergilir-gilir, tok bomoh rogol pesakit dan ada juga satu kes tidak lama dulu, wanita yang dah mengandung pun dirogol. Bergegar janin di dalam perut tu, MasyaAllah.

2. Namun yang kerap didengari ialah kes rogol oleh lelaki dewasa yang peringkat umurnya melepasi satu abad terhadap kanak-kanak perempuan yang di bawah umur. Mangsa biasanya adalah ahli keluarga terdekat. Inilah yang dikatakan "harapkan pagar, pagar makan padi" atau "harapkan tin, tin makan biskut". Perkara begini memang sukar untuk diterima. Aku juga sama sekali tidak boleh terima, sama sekali tidak boleh.

3. Apakah setiap lelaki yang menjadi pemangsa tu sakit secara psikologinya? Mungkin ya. Pakar Seksologi atau Psikologi Dewasa mungkin ada jawapannya. Tapi bagi kita (lelaki) yang waras ni tentulah itu semua perbuatan gila. Bayangkan apa yang boleh kita dapat (kepuasan) terhadap kanak-kanak perempuan yang berumur 9 tahun atau 10 atau 11 tahun. Secara logiknya, berbaloikah melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak sekecil itu?

4. Kadang-kadang terfikir juga, banyak lagi cara kalau dah ketagih atau kuat seks yang terlampau. Pelacur-pelacur sedia memberi khidmat. Hentamlah puas-puas. Tapi kenapa itu tidak dibuat? Atau pun apakah si isteri di rumah itu sudah tidak berguna (bagi isteri yang masih muda)? Ini tidak, kanak-kanak perempuan yang farajnya masih lagi putik hendak ditojoh dengan zakar sebesar lengan. Memang tak boleh diterima langsung. Maaf sedikit kasar di situ.

5. Jadi memang patutlah pesalah rogol ini bukan saja dihukum penjara tapi juga disebat di punggung mereka. Patutnya 'tibai' sekali batang zakar yang jahat tu. Aku pernah melihat rakaman hukuman sebat dijalankan. Sayu saja bila melihatnya. Tapi itulah habuan yang patut diterima. Sekali sebat, menggelupur jadinya. Bayangkan pula kalau sekali sesi 3 atau 4 sebatan. Ada juga sampai terberak terkencing. Bersembur tahi keluar. Terimalah.

6. Sebenarnya banyak sebab mengapa kanak-kanak perempuan selalu menjadi mangsa. Mungkin kerana mereka mudah diperdaya ataupun mudah ditewaskan dalam pergelutan. Tapi yang pasti, mereka tentunya tidak mendedahkan bentuk tubuh yang mengiurkan, tidak membangkitkan syahwat lelaki, tidak berpakaian menjolok mata ataupun tidak menimbulkan dendam terhadap lelaki-lelaki jahat. Berbeza dengan perempuan dewasa yang menjadi mangsa.

7. Banyak jenis rogol kalau hendak dikupas lanjut. Aku cuma ingin memberi perhatian terhadap kes merogol kanak-kanal saja. Yang lain-lain tu mungkin di lain entri aku tulis. Merogol kanak-kanak sememangnya tidak boleh diterima walau apa juga alasannya kerana tiada faktor 'menarik dan menolak'. Hanya faktor sebelah pihak saja iaitu perogol. Berbeza dengan wanita dewasa, mereka mungkin mewujudkan faktor-faktor 'menarik' sehinggakan mereka dirogol.

8. Kepada lelaki, jadilah lelaki yang sebenar dan yang baik. Jangan jadi lelaki 'gila'. Jangan ada sekelumit pun nafsu terhadap kanak-kanak perempuan. Kalau 'kuat' sangat, minta izin isteri kahwin lagi. Ada banyak cara yang baik untuk lelaki yang ingin menjadi baik. Kepada wanita pula, berhati-hatilah. Kadangkala kita sendiri yang menjadi sebab/faktor mengapa kita diperlakukan begitu (dirogol/dicabul).

2 comments:

Al Hadi said...

Rogol kalo mengikut pendapat pakar bukan kerana seks. Bak kata kau sendiri, pelacur/bohsia/GRO ada dimana-mana. Rogol lebih kepada perlakuan ganas utk menunjukkan kuasa, atau sebagai senjata untuk memusnahkan psikologi org yg dirogol. Itu antara sebab utama byk banduan baru yg dirogol dlm penjara walaupun sesama lelaki atau wanita. Bukan kerana nafsu, tapi lebih kepada utk menunjukkan siapa yg lebih berkuasa. Ini juga antara taktik peperangan yg efektif utk melemahkan moral lawan.

Berbalik kepada perogol, mereka biasanya adalah lelaki2 yg rendah keyakinan diri, selalu dihina, dan merasa diri sebagai loser. Maka, rogol menjadi pilihan utk mengembalikan jati diri (!)

Tetapi jgn lupa juga faktor wanita sekarang yg berpakaian seperti minta dirogol. Atau mungkin fantasi mereka utk dirogol.

Tepuk dada tanya selera. Jgn tepuk dada bini orang sudah. Itu mungkin akan jadi kes bunuh :D

Encik Moshuchi said...

betul tu utk menunjukkan kuasa, tapi tetap ada kaitan dengan seks. cuba pikir kenapa kanak2 perempuan yg selalu menjadi mangsa? perihal banduan pulak, kalau nak tunjukkan kuasa biasanya diorang akan berlawan/bergaduh untuk membuktikan siapa kuat. yg selalu menjadi mangsa rogol/liwat di penjara ni biasanya mangsa tu mudah sangat ditewaskan/berperwatakan lembut..jadi liwat/rogol lebih sesuai berbanding berlawan. itu pun untuk kepuasan seks juga.

memang sedih kalau dirogol..apatah pulak secara bergilir-gilir, pastu dibunuh kejam. ermmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.