Monday, December 07, 2009

Petua Hari Ini

Sakit Hati

i) Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.

ii) Sentiasalah menjadi orang yang baik dan budiman, bersyukur dengan kelebihan atau kekurangan diri, jangan iri hati hasat dengki, jangan berdendam, tidak mencari kesalahan orang lain malah sedia memaafkan orang lain dan mengamalkan semua sikap serta sifat yang baik dan mulia. InsyaAllah hati tidak akan menjadi sakit.

Moshuchi Kata : Selamat mencuba...

6 comments:

Resm A. said...

mungkin boleh try kot....insya allah...there's no harm in trying..

papaYA said...

Sedap ker?
Aku cukup taksuke minum benda macam ni >_< Kene tutup hidung n telan, lepas tu makan asam boi.

cik gObu said...

is it true??

mmg berkesan

sy sdg dlm proses untuk mejadi seorang yg positif

insyallah :)

Al Hadi said...

Terima kasih en Momo. petua ini mungkin akan diingat.

Encik Moshuchi said...

akmal - ya tidak salah mencuba

papaya - ini bukan petua utk diminum la, ditekap-tekap ke dada (hati) je..hehe

cik gobu - yang i) ntah la betul ke tak..tapi yang ii) mmg betul..cubalah

pm - ya terima kasih kembali

sekarang dah mudah nak dapatkan ubat utk sakit hati, dapatkan maklumat lanjut dari Al-Jabbar hehehe...

utk sakit hati yg lagi satu tu..ermmm pikir2 la sendiri...

nonvespa said...

ish2 mana dpt petua ni ... ^_^ tp bleh cuba kot2 menjadi ...

satu lg petua ... zikir byk2 .. sebyk yg mampu ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.