Saturday, December 05, 2009

Perjalanan Ini...Sampai Bila?

Perjalanan hidup ini. Aku tidak tahu sampai bila. Sampai bila aku akan terus berjalan. Aku juga tidak pasti sebanyak mana bekalan yang telah aku bawa bersamaku kini. Terasa sangat ringan. Kerana itu juga perjalanan aku seperti memijak batu-batu panas dibakar terik mentari. Aku sedar aku tersangatlah kerdil dan ada kalanya hanyut. Tetapi syukur aku masih ingat di mana permulaan langkahku. Aku sentiasa ingin kembali pulang malah sentiasa berusaha ke arahnya. Tapi aku juga sedar aku sangat lemah.

Ketika waktu kecil, ibu selalu berpesan. Sebelum tidur memejam mata di malam hari, ingat kembali perkara-perkara yang telah dilakukan sepanjang hari, baik atau buruk. Dan bermohonlah doa kepada Tuhan. Kemudian tidurlah dengan aman. Pesanan itu sentiasa di hati. Tetapi kadangkala ia hilang begitu saja, dan tidurku seperti kosong dengan memuaskan nafsu mataku.

Aku dilahirkan dari keluarga yang baik-baik. Aku diterapkan dengan didikan agama yang baik dan lengkap sedari kecil. Aku didedahkan dengan perilaku yang berperi dan manis. Ibu dan ayah telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Tetapi aku...aku tetap manusia biasa. Kadangkala tertewas.

Moshuchi Kata : Sentiasa ingin menjadi seorang yang budiman..kepada diri sendiri, orang-orang yang tersayang, orang di sekeliling dan paling penting kepada Tuhan.

8 comments:

Al Hadi said...

berjalan selagi larat. sebelum jadi baik, kena jadi nakal dulu. baru lengkap

papaYA said...

Hadi: Nakal takleh lama2 ;)

Shuko: Kalau semua orang tiap malam sebelum tidur fikir yang kita tak mungkin bangun esok hari, sure kita semua jadi orang baik2 belaka. (Tidak tertakluk kepada golongan Atheist)

Encik Moshuchi said...

PM - hehehe betul tu, tapi takut blom sempat jadi baik..dah 'piapp'.

papaya - ya betul tu..tp ramai org tak terpikir camtu sbb diorg masih je bangun tiap2 pagi...dok mikir hal keja je hehehe...

cik gObu said...

hmmm sebab kita manusia biasa
yg mmg tak sempurna

kalau sume org baik

POLIS takde keja

kita bg dorg makan gaji buta lah jwbnya

hahahahaha

*related kah dgn entry?

Resm A. said...

kita memang tak sempurna...
tapi kita berusaha untuk memperbaiki diri dari masa ke masa...sebab itulah kita dinamakan manusia biasa....
wah skemanya ayat aku....

IkraamSuarez said...

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

j.e.j.a.r.i. said...

CK - polis ada keje babe...keje ronda mlm2 hari pastu "boom2 pow" mangsa2nya.demmmm!!

Encik Moshuchi said...

boom booom poow...hehehe
mmg benci polis camtu...hurmmm teringat kembali suatu masa dulu...demmmnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.