Monday, November 30, 2009

'Belalai Anu' Telah Dipotong

1. Lucah ke tajuk entri aku tu? Ermm..tak kan? Apapun itulah ungkapan yang aku suka sebagai entri. Berkhatan, Masuk Jawi, Bersunat tu dah biasa sangat hehe. Tengahari tadi, upacara berkhatan beramai-ramai dan salah seorang dari budak-budak (yang muka masing-masing kecutt je) tu adalah anak buah aku, si Wan. Dia ni kategori lasak budaknya. Bila kena berkhatan..haa ambik kau muka dah macam itik nila sedut racun rumpai. Tahu takut. Tapi aku dok bagi semangat kat dia tak putus-putus. Dia okay (pada mulanya je).


2. Biasalah musim-musim cuti sekolah ni, selain abang-abang dan kakak-kakak (yang telah lama berkhatan) nak 'bersatu', budak-budak berusia seawal 10 tahun ni juga kebanyakkannya akan dikorbankan 'belalai anu' mereka. Menariknya majlis ni ialah ia upacara berkhatan secara tradisi..menggunakan Tok Mudim. Lepas tu ada marhaban dan takbir selawat ke atas Nabi lagi. Teringat zaman aku menjadi 'mangsa' dulu hehe..tapi masa tu aku cuma berdua saja, dengan sorang kawan. Majlis tadi pula hampir 40 orang budak. Dua orang lari dekat-dekat kawasan situ je dan seorang lagi lari sangat jauh. Tapi semuanya berjaya ditangkap dan dipotongkan 'belalai' mereka hehe.


3. Taktau dah nak tulis apa. Kepada budak-budak tadi, juga Wan..selamat datang ke dunia lelaki..cehhh hahaha. Mereka sudahpun melepasi satu proses untuk menjadi lelaki yang sebenar, bersedia untuk proses kedewasaan kerana selepas akil baligh (tentulah 'belalai anu' juga telah dipotong) tumbesaran mereka akan cepat/mendadak.


Wan, anak buah aku. Muka toyaa je (kecut perut sebenar tu..hehe) sebelum majlis dimulakan.


Tu dia..yang sudah dipotong, bergantungan. Aku dulu camtu gak. Pastu ada pula yang datang dok selak tengok2..siap komen itu ini lagi. Yang buat merah muka tu, kawan2 kakak aku pun tengok juga..hampehh betul.


Wan (kiri) sedang menunggu giliran. Muka makin cuak bila ada budak2 lain yang mula meraung..lari dan sebagainya.

Aahahahaa..akhirnya. Terputuslah 'belalai anu' kau Wan oiii. Selesai sudah.

Hahahahaa...menangis konon.


Moshuchi Kata : Masih tersilau cahaya pisau lipat Tok Mudim masa nak potong 'belalai' aku dulu. Boleh juga baca http://moshuchikata.blogspot.com/2009/02/kisah-burung.html

11 comments:

cik gObu said...

hahahaha
nampaknya telah dicabul oleh org lain sebelum pa'e

:o

tak pernah lg tgk event mcm gini

adik lelaki yg seorang saja dan bongsu tue pn
takde kenduri gini

kt klinik je

Khairul Amri Ishak said...

ahaha...

good entry shuko..

kg kampung2 masih ade lg majlis ni..

tu yg best tu..

Anonymous said...

pehhh.. bringing back memories.. ada lagi ye tradisi kain gantung ni skrg.. ingat semua main cantas kat klinik je.. great entry anyway!

j.e.j.a.r.i. said...

cuba habaq mai sini..sapa kwn kak yg pandai2 sgt nk tgk anu org nih...i pi sekeh dia na

CK - demmmm! :P

hehehe

IkraamSuarez said...

berendam dalam sungai sebelum potonng adalah best!

Al Hadi said...

oohhh aku masih teringat tatkala kilauan pisau mengaburi mata aku.

kenangan indah dan pedih :P

Encik Moshuchi said...

ya masih ada majlis2 camni..mmg mengimbau zaman kanak2 dulu...tu blom masuk bab diusung, diarak, dimandikan dll...kenduri berkhatan mcm kenduri kawin..mmg syiokkk.

teringat adik bongsu aku..demam seminggu bila tok mudim pegang anu dia..slps selesai kerjakan aku. "oh..ni kecik lagi ni" kata tok mudim. ayah aku la cite hehehe...

Naz said...

Org sekrang semua pakai Tara Klamp je. Lepas potong dah terus boleh berjalan/berlari/melompat macam biasa. Hehe... bagus gak la ada yg masih nak kekalkan tradisi begini!

papaYA said...

If aku ade anak lelaki, mase die kecik2 baby lagi aku nak sunatkan dia.. Aku taknak korbankan waktu cuti sekolah dia.. hehehe

Jari Emas said...

salam..

menarik cerita saudara..

ada tak lagi pic/info boleh share?

sila lawati blog saya khas untuk informasi berkhatan secara tradisional...

berkhatantradisional.blogspot.com

sW33tdARLiNG said...

masa anak first saya bersunat, masa tu umur dia 10 tahun.. pun malulah nak tengok walhal anak sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.