Wednesday, November 25, 2009

Perasaan...

Selepas seminggu berpening kepala dengan kursus berkaitan keganasan, pengurusan krisis dan ketenteraman awam kat Air Keroh, aku tak terus balik ke Kedah kerana emak dan ayah akan sampai dari Pahang untuk menghadiri upacara tamat latihan Harry kat Sungai Besi. Cerita pasal Harry akan aku tulis di lain entri sebab gambar-gambar berkaitannya belum dapat lagi (Cik Gobu tentu tengah menilai satu persatu agaknya...).

Ahad malam, aku meninggalkan Kuala Lumpur untuk pulang ke Alor Setar. Kekasih hati juga ditinggalkan buat sementara waktu. Pertemuan kali ini menciptakan beberapa episod menarik yang hanya kami berdua saja yang tahu hehe..jangan marah. Cukup manis.

Isnin pagi, masuk je ofis..fuhhh bertimbun kerja yang tak nampak timbunnya. Masa banjir sibuk dengan Bilik Gerakan Negeri, selepas banjir sibuk pula nak bagi bantuan kepada rakyat. Yang ni yang kadang-kadang buat poning kepala. Apapun, Rakyat Didahulukan... Takpe, sabar pakcik, makcik, abang kakak, bantuan tetap ada..semua dapat ya. Apapun semuanya hanya cabaran dalam kerja. Berkhidmat Untuk Negara..juga untuk rakyat.

Lepas tu ada Menteri pulak yang nak 'turun'..Datuk itu Dato' ini dan macam-macam lagi. Namun semuanya berjalan lancar, semuanya dalam 'suasana bencana'. Walaupun letih juga dibuatnya, tapi hati tetap puas. Namun kerja masih banyak. Untuk esok masih ada..juga lusa, tulat, kulat, mulat... Hal kerja sampai mati pun tak habis. Kerja kerana Allah, insyaAllah semuanya baik-baik saja nanti.

Dan kerana itu juga aku berkorban. Aidiladha disambut di sini, di Alor Setar. Cuti tidak disentuh. Cukup harinya, masuk kerja seperti biasa. Tak mengapalah. Tangan mak dan ayah telahpun aku sembah kucup. Mungkin juga tidak terasa kesyahduannya kerana pertama; Aidiladha tidak semeriah Aidilfitri, keduanya hati turut berbunga sebab dapat beraya dengan kekasih hati di sini. Malam ni dia bertolak balik. Semoga selamat sampai.

Perasaan aku ketika ini? Apa yang aku rasa...letih, pening kepala, syahdu. Dalam masa yang sama juga lega..dan gembira. Hidup kenalah gembira kan..carilah kegembiraan.

6 comments:

cik gObu said...

raya ngan pae??
hmm ni i jeles ni
:p

ok tempah tiket kapal terbang ke AOR sekarang :)

Encik Moshuchi said...

hehe..cepatlah datang sini raya sama2...

Al Hadi said...

Beberapa episod menarik?

Hmmmm...... aku dan Fariq akan bincang soal ni

j.e.j.a.r.i. said...

CK - aku tggu ko kt airport yerr :P

PM - selamat berbincang kwn2! :P

Encik Moshuchi said...

PM - ye..elok kita bincangkan bersama, tapi agendanya adalah mengenai fariq..itu lagi mustahak kerana dia je yg tengah pervert skrg ni.

IkraamSuarez said...

oih...mai melaka x habaq....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.