Aku dan Harry dalam tahun 1985. Aku berusi 5 tahun dan Harry setahun (baru boleh duduk).
2. Teringat aku semasa menjalani latihan ketenteraan di Pulada dahulu. Tak sangka, aku terpilih sebagai pelatih terbaik keseluruhan (Sidang C DPA 1/2008) hanya setelah menjalani latihan selama 2 minggu (ehh seminggu je hehe). Tetapi Harry pula terpilih sebagai pelatih terbaik keseluruhan setelah menjalani latihan selama 8 bulan. Tentunya aku berbangga. Tentulah seperti langit dan bumi corak latihan yang Harry terima berbanding aku. Walaupun aku mengerti dan cukup faham bagaimana tatacaranya, tetapi menjadi pelatih terbaik keseluruhan bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula dalam situasi Harry, berada dalam sekelompok terbaik di antara yang terbaik. Tentulah persaingan sangat mencabar. Aku sendiri cuba-cuba bayangkan.
3. Harry, adik aku. Empat tahun lebih muda daripada aku. Seorang adik yang cukup baik. Aku masih ingat sewaktu kami ke sekolah dahulu. Waktu itu aku di darjah 5 dan dia darjah 1. Kami pergi ke sekolah dengan menunggang basikal tua yang maha besar (bayangkan basikal tu). Jarak ke sekolah lebih kurang 7km. Waktu itu kami sudah lali dengan ejekan rakan-rakan. Kami tak peduli. Aku percaya, dia juga mengerti apa yang dikatakan ayah suatu ketika dahulu. "Kalau ayah mati, takdak harta yang ayah tinggai kat hangpa semua, hanya pelajaran. Mengajilah sungguh-sungguh".
Harry dan Amy dalam tahun 1993
Aku dan Harry di sekolah sewaktu kejohanan sukan dwi-tahunan dalam tahun 1997. Aku di tingkatan 5 dan dia baru masuk tingkatan 1.
6. Semangat kami juga telah meresap ke dalam diri adik bongsu. Dia juga tidak mahu ketinggalan walaupun haluannya berbeza. Namun dia juga telah berjaya dalam bidangnya. Aku berbangga dengan adik-adik aku. Aku bersyukur kerana telah menjadi contoh yang terbaik buat mereka. Aku masih ingat, aku pernah berkata kepada mereka suatu masa dahulu "aku tak pernah hisap rokok, hangpa pun aku tak mau tengok sentuh rokok". Walaupun ia nampak remeh dan kecil, tapi ia tetap contoh yang terbaik. Sehingga kini, paru-paru dan bibir kami bertiga masih bebas tanpa dicemari rokok. Dan kami selesa begitu.
6 comments:
HAH??? abang ada adik lain selain yati???? OMGGGG!!! hahahahaha.
gambar tuh caption nya patut "amy, sherry dan harry" hahahahaha barulah cool! =p
ps. kita seminggu je kat pulada eh, jangan nak memandai tambah seminggu lagi. hahahahaha
tak sabar nk jumpa harry
sis mar - adik pompuan yati sorang je hehehe..
yela tu sherry..nanti marah plak si syariman tu hihihi..
yelahhh seminggu je kat sana..kalau INTAN buat 2 minggu..sebulan ke kan best hehehe..
jejari - ya, tak sabar nak jumpa dia n tengok dia terima keris dari Panglima Tentera Darat..tengok dia berkawat..
(rindu saat2 melakukan perbarisan tamat latihan..dada ni seperti ingin pecah ditumbuk oleh semangat patriotik yang tinggi)
good gen + tough childhood experience = gentleman.
tahniah buat anda semua.an honour to have friend like u.
aku tak tau pon ko penah join tentera darat dulu...cool...abang PTD...adik plak panglima tentera darat...
Presiden Tapai - thanks bro..me too.
Akmal - tentera laut daa..hehe
Post a Comment