Monday, November 09, 2009

Banjiro..Banjiro..Banjiro

1. Ketika keringat para pemain Negeri Sembilan dan Kelantan sedang mencurah-curah di Stadium Nasional Bukit Jalil, hujan lebat juga mencurah-curah di kawasan pedalaman Kedah di Daerah Padang Terap. Jabatan Meteorologi mengatakan bahawa hujan lebat tersebut adalah lebihan/tempiasan dari Kelantan yang dibawa laju oleh tiupan angin monsun. Ada benarnya kerana Kelantan sekarang sedang mengalami banjir besar dan hujan berpanjangan. Mungkin juga hujan semakin lebat setelah pasukan Kelantan tewas kepada N9 3-0 malam tadi (jangan marah Rosli, jangan ko senyum Deham).

2. Semalam, Ahad hari pertama kerja. Jam 8.00 pagi terus buka Bilik Gerakan Negeri kerana banjir sudah merebak ke Daerah Kubang Pasu. Awal-awal pagi lagi suara merdu halus dah 'mengacum' yang rumahnya sudahpun dinaiki air. Di Daerah Kubang Pasu, air senyap-senyap memasuki rumah seawal jam 12.00 tengah malam. Maka sehingga subuhlah para penduduk berhempas-pulas menyelamatkan barang-barang/perabot ke tempat yang selamat/tinggi. Banyak jalan yang terputus dan dinaiki air. Banyak juga motor2 yang aku tengok tersadai kat tepi jalan. Enjin lemas.

3. Tengahari, aku turun padang melawat kawasan bencana. Aku ke kampung-kampung di Daerah Kubang Pasu. Sempat bertanya itu ini dan mendengar keluhan penduduk-penduduk. Kemudian balik ke Bilik Gerakan Negeri yang beroperasi 24 jam. Setiap 4 jam, laporan terkini akan dihantar ke Putrajaya. Jadual bertugas telah aku keluarkan. Giliran aku bertugas dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam. Tapi atas beberapa sebab, aku masih bertugas. Ayat yang terakhir aku tulis ini kira-kira jam 7.15 pagi, 9 November 2009 dan apabila pukul 8.00 pagi nanti, genaplah 24 jam aku kerja, tak tidur lagi, mata dah merah saga..huhuhu.




5 comments:

j.e.j.a.r.i. said...

owh rumahku...(sob sob)

cik gObu said...

pembetulan

N9 menang 3-1

kiteorg kasik ihsan kt indra putra satu goal

hobin jang hobin

p.s : rumah ni mcm kenal je hahahaha

Al Hadi said...

hujan membawa rahmat. Banjir membawa nikmat. Sickos membawa diri ke Haatyai.

Encik Moshuchi said...

jejari - jangan risau apa2, keadaan dah kembali pulih..rumah okay, mak abah pun okay, ayam itik..ehh mana abah ada bela itik, ayam pun sekoq dua ja hehehe...

cik gobu - aahh yolah..3-1..sori. cam konal umoh tu? hehehe cantik kan...

PM - aii..baru balik beijing, nak ke haatyai plak...sakan ko beb hihihi...

Resm A. said...

hadi : ko nak gi hatyai???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.