Tuesday, March 30, 2010

Seks

Wahh..tajuknya sudah cukup menarik untuk korang singgah atau membaca entri ni hehe. Sebenarnya aku ingin membicarakan perihal cadangan pendidikan seks di sekolah..soal seks juga kan? Isu ini dah lama dibangkitkan, dibahaskan..tenggelam timbul tenggelam, dan sekarang timbul balik. Pada aku, pendidikan seks diperingkat sekolah perlu dilaksanakan sesuai dengan peredaran zaman serta perubahan cara hidup masyarakat yang semakin maju dan konsep keterbukaan sering dipraktikkan dalam kehidupan.

Konsep keterbukaan perlu dan bukanlah tidak bagus selagi ia tidak memberi implikasi buruk/mudarat kepada individu atau masyarakat dalam sesuatu perkara dan selagi tidak menyentuh hal-hal sensitiviti sesuatu masyarakat. Seks kini bukanlah sesuatu yang perlu dianggap taboo atau sensitif untuk dibicarakan dan ia melibatkan semua manusia; bangsa, agama, ras, jantina dan sebagainya.

Justeru itu, pendidikan seks kepada golongan muda/murid-murid sekolah dirasakan perlu/wajar kerana ia penting bagi melahirkan golongan muda yang memahami seks; tahu akan baik buruk hubungan seks, sistem reproduksi, gangguan seksual, jenayah seksual dan sebagainya yang berkaitan. Elemen seksual/naluri seks sebenarnya telah sedia ada dalam diri setiap individu dan ia memerlukan didikan yang baik untuk mengawalnya. Di peringkat awal remaja/kanak-kanak, pendidikan seks terutama berkaitan sistem reproduksi tubuh sangat penting sesuai dengan perubahan mereka untuk menjadi dewasa.

Ibubapa adalah guru yang terbaik untuk mendidik soal seksualiti di rumah. Ayah memberi tumpuan kepada anak lelaki dan ibu kepada anak perempuan. Tetapi tidak semua ibubapa berupaya melaksanakannya kerana ibubapa sendiri mungkin tidak pernah mengalami pengalaman didikan begitu oleh ibubapa mereka dahulu. Akhirnya anak-anak mendapat didikan seksualiti melalui rakan-rakan, bahan bacaan, video dan sebagainya. Tanggapan bahawa pendidikan seks kepada pelajar sekolah akan membuka ruang yang lebih luas (galakan) kepada mereka untuk melakukan salah laku seks adalah suatu tanggapan yang cetek/singkat.

Pendidikan seks di sekolah sangat bagus tetapi; pertama ia mestilah berlandaskan ajaran dan syariat Islam dan keduanya tugas ini mestilah dipertanggungjawabkan kepada guru-guru yang telah terlatih, mempunyai kepakaran, kelayakan dan kemahiran dalam bidang ini. Guru-guru terlatih ini perlu disediakan segera. Apa saja untuk kebaikkan jangka panjang wajar disokong.

Moshuchi Kata : Dulu semasa di universiti, pernah mengambil kertas Psikologi Seksualiti..bagus. Bidang Seksologi perlu diperkenalkan di universiti-universiti tempatan..

5 comments:

papaYA said...

Masa aku sekolah dulu, banyak kali ada road show ke sekolah2,ajar pasal perkembangan seks primer and seks sekunder. Lelaki dan perempuan diletak asing2 supaya tak malu2 untuk tanya soalan. Bagi aku pada ketika itu darjah 5-6 memang banyak yang aku belajar sebab parents aku jenis yang konservatif, jangan harap diorang nak bagitau pasal ni semua.

Sistem pembiakan belajar masa subjek sains PMR then lagi advance masa biologi dan matrikulasi.

Bagi aku, macam mana diorang nak buat pun, tak boleh pisahkan dengan pelajaran pendidikan Islam.

Dan porn. Macam mana nak jauhkan porn dari dunia anak remaja masa kini?

Encik Moshuchi said...

ya..itulah yang kita nak terapkan. biar mereka faham tentang seksualiti.

soal porn ke apa ke, itu kita tak boleh elak..malah akan datang entah macam mana rupa hiburan seksual pun aku tak dapat bayangkan.

Resm A. said...

tajuk itu memang menarik perhatian..tapi aku seorang yang pemalu...kat skolah dulu muka aku merah bila sentuh pasal soal pembiakan...serious tak tipu...

Phoebus Athenos said...

shuko mengelak daripada bercerita tentang kesedaran pertama mengenai seks beliau

Encik Moshuchi said...

akmal - hehehe...biasalah tu mal, pernah seorang pakar seksologi kata, pendidikan seks yg terbaik adalah melalui rakan-rakan rapat; berkongsi cerita, pendapat dll ttg seks.

athenos - hahahaa..sesuailah dengan gambar/watak SinChan ko tu, kecik2 dah terpengaruh dgn seksualiti... huhhh kata aku konon...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.