Monday, March 01, 2010

Tali Di Leher Lelaki

Semasa di zaman sekolah, bila tengok cikgu lelaki pakai tali leher..wahh bestnya. Mula la bercita-cita nak pakai juga. Tup tup bila dah senior sikit dan berkelakuan terpuji, dilantik menjadi pengawas perpustakaan. Dapat pakai tali leher. Seronok tak terkira walaupun tali leher tu tidaklah cantik warnanya dan tercongok seketul logo sekolah yang besar. Tapi tetap seronok.

Bila dah makin senior dan berada di tahap tinggi sijil pelajaran, tali leher juga adalah uniform wajib. Kali ni lebih cantik dan bergaya. Warna juga cantik. Sekali pandang macam cikgu muda. Maklumlah, uniform lain sikit..seluar warna hitam tak lagi hijau ala tentera tu. Fuhh apa lagi, selalulah menjadi perhatian junior-junior perempuan terutama yang menengah rendah. Selalulah sapaan 'abang' tu didengari sepanjang masa di sekolah.

Sekarang bila dah bekerja (bidang ni), umpama cita-cita zaman kecil untuk memakai tali leher seperti dalam filem-filem P.Ramlee telah tercapai. Hahh..tiap-tiap hari bekerja kena pakai. Apatah lagi kalau menghadiri mesyuarat atau program/aktiviti rasmi yang lain..memang wajib pakai. Kadang-kadang sampai terasa rimas dan tak selesa pula jadinya. Sebab tu ada masanya, belum sampai tengahari tali leher sudah berpisah dari bawah lipatan kolar baju.

Tapi bila mengenakan tali leher yang tepat kombinasinya dengan warna baju, dipakai dengan kemas ditambah pula bersama blazer yang sedondon, wahh memang terasa segak dan bergaya sekali. Sebab itu kombinasi tali leher dan warna baju sangat penting, bukan main redah saja. Dan walaupun aku dah ada berbelas tali leher dan berbagai warna serta corak, rasa macam tak cukup saja..nak tambah lagi. Mulalah bercita-cita nak simpan koleksi tali leher yang ada sekarang sehingga berumur 58 tahun (pencen), berapa agaknya tali leher yang ada.

Ermm inilah tali yang dok mengikat tengkuk kami (lelaki) selagi berjawatan ini, berada dalam bidang ini. Apapun cukup bersyukur dengan anugerah Tuhan ini berbanding ada sesetengah rakan di luar sana yang tengkuk-tengkuk mereka diikat oleh tali yang lain (hukuman tali gantung - jenayah dadah, bunuh dan jenayah berat lain). Selamat bekerja dan bertali leher.

Moshuchi kata : Dalam banyak-banyak tali leher, yang berwarna maroon lembut jalur-jalur yang paling cantik...

11 comments:

Resm A. said...

aku sekarang dok gile beli tali lehar...abis la...kalau aku boleh kumpul cam ko nak kumpul sampai pencen...hurmmm...ntah berapa banyak daaa....

papaYA said...

Zaman aku sekolah dulu, semua pelajar lelaki wajib pakai tie. Yang mana bagi aku macam tak best sebab kenapa kita mesti pakai tie. Kenapa nak ikut orang putih. Lagi pelik bila pakai tie dengan kemeja lengan pendek. Kelakar! Lepas tu, macam2 style tie diorang.

Sekarang, aku pening bila tengok lelaki pakai tie belang dengan baju belang. >_<

Bagi aku, paling selamat beli baju plain dan boleh match tie apa2 corak pun, kan?

Encik Moshuchi said...

hahahaa..itulah, walaupun dah banyak tp rasa cam tak cukup, rasa cam dah habis pusing dah.. ermm sajalah terpikir camtu, nanti dah pencen tengok berapa puluh/ratus tie yg dibeli/diguna sepanjang perkhidmatan..akan datang tak tau lagi fesyen tie macam mana, mungkin macam2 style kan..satu lagi tie tak semestinya mahal, yang rm20 rm30 pun kadang2 cantik dan sesuai...

yaya - ya betul, paling selamat baju plain tapi kombinasi warna juga kena jaga. camtu juga, baju belang n tie belang, asalkan kombinasi kena (macam dlm gambar), tak pelik pun..lagipun itu trend skrg. *boleh la fikirkan tie camne nak belikan kat abg wan hehehe*

Phoebus Athenos said...

MUAHAHAHAHAHA SHUKO LIBRARIAN!! MUAAAHAHAHAHAHA!!!

papaYA said...

Belang pada baju tu tak boleh terlalu menonjol. Nanti kontra dengan tali leher.

Macam perempuan pakai tudung, syarat dia, kalau baju dah bercorak, adalah menyalahi undang2 berpakaian (chey) tudung corak yang dipakai. Tapi bila baju plain, boleh pakai tudung corak atau tudung plain.

Wan tak suka tali leher kain tebal tapi tak bagi aku beli yang mahal. Masalahnya, yang tak tebal sume mahal macam tali leher silk.
Eh, haram tak lelaki pakai tali leher yang diclaimed sebagai sutera?

marmalade said...

tolong jangan pakai tie ada karekter kartun ok, kalau tanak kutuk =)

Encik Moshuchi said...

ghimau - hahahaa..aku kan suka buku, cuma baca je tak berapa nak suka hahahaa..

yaya - yelah tu, salah satu kena menonjol, baju atau tie..tak boleh kedua-dua menonjol..sbb tu kalau baju warna biru lembut, tie mesti biru gelap...
tie sutera eh? aku rasa tak salah/haram pakai, macam pakai baju batik sutera gak..cumanya haram kalau pakai semasa bersolat.

yati - hehehehe..tak pernah ada tie kartun, apatah lagi terlintas nak beli..tentu tie2 kat vietnam lawa2 kan hihihi :p

Al Hadi said...

aku belajar ikat tie masa kat Unggul. amacam?

Encik Moshuchi said...

kau memang UNGGUL...

IkraamSuarez said...

tie terlalu banyak...tak tau nak pakai yg mana....

sue said...

tie oh tie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.