Seperti sebelumnya, sementara menunggu keputusan STPM diumumkan, aku kembali bekerja di bangunan bersejarah itu, bangunan bekas Istana Kota Beram, bangunan yang pernah menjadi kediaman Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang ke-4. Kali ini aku bertugas pula sebagai Pembantu Muzium. Tapi dalam masa yang sama, kerja-kerja grafik dan artwork masih aku melakukannya. Kemudian, keputusan STPM diumumkan dan aku mendapat 5P dengan gred A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
Masa berlalu selama beberapa bulan, sehinggalah permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) diterima. Aku pun meninggalkan muzium walaupun pada waktu itu jiwa dan hati sudah semakin sebati dengan dunia pemuziuman yang penuh dengan elemen kesenian, kebudayaan dan persejarahan. Di universiti, aku mengikuti jurusan Antropologi dan Sosiologi; bidang yang masih tidak lari dari ilmu sejarah, budaya, kesenian, arkeologi, etnografi, ketamadunan dan sebagainya yang melingkari kehidupan manusia sejak dari zaman Paleolitik sehinggalah ke zaman globalisasi kini.
Ketika di tahun akhir pengajian, aku menjadikan muzium sebagai subjek kajian untuk penulisan tesis sebagai memenuhi syarat untuk melengkapkan penganugerahan ijazah pertama. Keputusan daripada tesis tersebut juga amat memuaskan, syukur. Selepas tamat pengajian, aku berkerja di beberapa tempat bagi mengutip pengalaman. Kemudian seperti 'sireh pulang ke gagang', aku kembali bertugas di Muzium Pahang. Sesuai dengan kelulusan dan bidang pengajian, aku dilantik sebagai Kurator Bahagian Arkeologi dan Penyelidikan LMNP walaupun jawatan tersebut berstatus kontrak.
Aku pun memulakan tugas baru ini sambil mempraktikkan semula ilmu-ilmu yang dipelajari di universiti dahulu. Di universiti, masa lebih banyak di dewan kuliah tetapi setelah berkerja dalam bidang ini, masa lebih banyak di kawasan lapangan (fieldwork) seperti di dalam gua-gua, di bukit dan hutan. Kerja-kerja carigali (arkeologi) amat menarik tapi bagi yang berminatlah. Aku agak bertuah kerana mendapat tunjuk ajar dari seorang tokoh arkeologi terkenal negara, yang berpusat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga telah bertindak sebagai Penasihat kepada Bahagian Arkeologi dan Penyelidikan.
Apa itu Kurator (Curator)? Kurator adalah gelaran bagi pegawai-pegawai atau pengarah-pengarah dalam bidang/institusi pemuziuman, hanya dalam pemuziuman sahaja. Sebab itulah amat penting bagi seseorang Kurator itu untuk mempunyai sifat-sifat curate/curative iaitu bersifat mengumpul, menyimpan, mengkaji dan menganggap setiap sesuatu benda/objek itu ada nilai-nilai estetikanya walaupun mungkin pada orang lain ia tidak begitu. Ini penting kerana seseorang yang tidak bersifat curate/curative, amat sukar baginya untuk menyesuaikan diri dalam bidang pemuziuman, suatu bidang yang berkerja dengan objek-objek (artifak/monumen) lama, usang, bersejarah dan harus dipelihara.
Tetapi malangnya, jodoh aku dalam bidang pemuziuman tidak lama. Sebenarnya dalam diam-diam aku mula merisik bidang Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD). Setelah melepasi satu demi satu tapisan kelayakan yang bukan calang-calang, aku berjaya diterima ke dalam perkhidmatan elit ini. Walaupun berasa berat hati, tapi demi masa depan yang lebih terjamin dan pengalaman dalam bidang yang lain, aku meninggalkan bidang pemuziuman. Beberapa ketika selepas itu, aku dikhabarkan akan ditanggung oleh Muzium Negara untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang arkeologi. Semuanya sudah terlambat. Tapi aku juga tidak pernah menyesal dengan apa yang aku lakukan, jalan mana yang telah aku pilih. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki dan jodoh. Hanya Dia yang menentukan.
Walaupun begitu, aku masih seorang kurator yang kuat bersifat curate/curative. Aku suka mengumpul objek-objek tertentu yang aku rasakan suatu hari nanti ia akan ada kegunaan, kepentingan dan nilai-nilai tertentu. Mungkin pada pandangan orang lain tidak begitu, tidak mengapalah. Malah perspektif tentang perkara-perkara berkaitan sejarah, kesenian dan warisan, kebudayaan, senibina dan monumen, artifak zaman lampau dan seumpamanya masih tetap sama dalam jiwa. Minat tentang semua itu tetap ada dalam diri.
Keterangan gambar : Beberapa batang pensil yang aku kutip/kumpul/simpan dari berbagai tempat yang aku hadiri (mesyuarat/bengkel/seminar/hotel/dll). Itu yang berada di pejabat, dan yang tersimpan di rumah masih ada banyak lagi, berpuluh-puluh batang. Tidak termasuk objek-objek lain lagi yang tidak ditunjukkan di sini. Perkara ini kadangkala menimbulkan pertanyaan kenapa, untuk apa simpan dan sebagainya di kalangan orang lain. Kadangkala sukar untuk menjelaskannya. Kenapa aku kumpul/simpan? Sebab aku seorang kurator dan bersifat curate/curative. Aku seorang pengumpul.
Moshuchi Kata : Walaupun orang-orang Barat telah jauh maju ke depan, mereka suka mengunjungi muzium-muzium untuk melihat asal-usul mereka...orang kita bagaimana?
10 comments:
part navy tuh mana bang? "ga-ters" bang, "ga-ters"! hahahahahahahaha adoiiiiiiii
yati pun kira kurator ah sebab yati suka kumpul postcards! :)
Aku suka pergi muzium :)
menarik hobi kunmpul pensel.
hobi saya mengumpul pinggan mangkuk bone china, barangan kristal, silverware. sangat makcik-makcik kan? :)
tapi tak semua orang suka pergi muzium..
hahaha..pinggan mangkuk? sesuailah tu..muzium pun suka kumpul pinggan mangkuk, tp yg tenggelam dalam perut kapal karam di laut ratusan tahun dulu..hehehe
assalamualaikum
walaupun da 2 tahun, owg komen je yo. kalau tengok tak tengok nasib la.
nak tanya pendapat je .
owg minat nak jadi antropologi. tapi kerja tu kabur lak kat malaysia. ye ke? ramai tak setuju. katanya tak de masa depan.
selain kerja kat muzium @ u (kalau dpt la) , cerok mana bidang ni berguna di malaysia?
Anonymous June 5, 2012 2:04 AM,
waalaikumsalam,
takpe takde masalah, walau bertahun-tahun pun komen ni akan timbul dan sy akan cuba beri maklum balas. terima kasih kerana beri komen/pendapat/pertanyaan.
jadi sekarang ni saudara/saudari adalah lulusan antropologi atau bercadang untuk mengikuti pengajian dlm bidang antropologi? baguslah masih ada lagi orang yg meminati bidang ni..walaupun mungkin tak ramai sangat di malaysia ni.
sebenarnya bidang ni bukan tiada masa depan, tapi sebab ramai di kalangan kita yang tidak tahu dan faham apakah bidang antropologi yang sebenarnya. memang ini adalah bidang tulen/asal daripada Barat, mereka dah mendalami dan menguasai bidang ni sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi.
antropologi ni suatu bidang yg luas, yg bercabang-cabang skop/pengkhususannya. kalau nak terangkan kat sini memang tak boleh. takpelah..tapi secara umumnya antropologi ni adalah bidang yg mengkaji (cuba memahami) tentang manusia (sejak dari manusia prasejarah) dan juga budaya-budayanya. atau nak ringkas lagi, antropologi ni mengkaji manusia yg primitif, yg belum moden/maju dari segi pemikiran dan cara hidup. berbeza dgn sosiologi, ia bidang yg mengkaji manusia juga tetapi manusia yg telah maju dan moden.
antropologi ni sangat berkait rapat dgn bidang yg lain terutamanya sejarah. jadi kalau tak boleh menguasai atau minat sejarah, tak sempurna/lengkap nak mendalami antropologi.
selain itu nak jadi antropologist kena ada minat yg betul2 mendalam. kalau tak, kita tak boleh nak buat kajian secara mendalam atau sempurna. sebagai contoh kalau nak kaji sesuatu puak atau masyarakat primitif, kita perlu menjadi sebahagian daripada mereka..belajar dan mengamalkan cara hidup seperti mereka sepanjang kajian tersebut.
sebagai contoh, sebelum kuasa barat khususnya inggeris menguasai tanah melayu, mereka telah mengkaji tentang budaya, pemikiran, sikap, cara hidup dan lain2 tentang orang melayu..pegawai2 mereka menguasai pelbagai bidang termasuklah antropologi selain bidang ketenteraan dan pentadbiran. mereka boleh bercakap bahasa melayu, menulis jawi dan hidup dgn orang melayu. ini salah satu contohlah..sebenarnya banyak lagi di seluruh dunia.
sambungan...
berbalik kpd soalan saudara/ri..bidang antropologi skop pekerjaannya tidak hanya tertumpu dlm bidang pemuziuman atau menjadi pengajar/pensyarah atau menjalankan kajian di universiti sahaja, walaupun itu adalah terasnya/core.
begitu juga apa pentingnya bidang ni di malaysia? bidang ni pada saya sangat penting di malaysia kerana kita mahupun kerajaan masih ada lagi ruang2 kosong iaitu belum 'mengenali' seluruh rakyat. masih ada sebilangan rakyat/puak yg hidup di pedalaman sabah dan sarawak, masih ada banyak puak2 orang asli di tengah2 hutan semenanjung, masih ada perkampungan2 melayu yg jauh terpencil..yg memerlukan banyak kajian utk dibuat.
ini penting supaya kita boleh mengetahui budaya kehidupan mereka seterusnya boleh melakukan tindakan2 wajar untuk memajukan mereka samada dari segi pemikiran, pendidikan, cara hidup, infrasturuktur dan lain2 tanpa mengenepikan budaya dan adat resam mereka. contohnya di malaysia kita ada jabatan hal ehwal orang asli (jheoa). tapi saya berpendapat, belum ada seorang pegawai jabatan ini yg betul2 memahami, menjejaki atau mempunyai maklumat selengkapnya/keseluruhan puak2 orang asli.
selain menjalankan kajian utk universiti2 bagi yg berkhidmat dgn universiti, antropologist juga boleh bekerja dlm ngo2 berkaitan atau pihak swasta yg berkaitan..juga bergerak secara freelance menjadi penulis atau jurugambar melalui hasil kajian yg mendalam yg dibuat. buku boleh diterbitkan begitu juga dgn gambar2 foto yg diambil, boleh dibukukan.
para antropologist barat sanggup berbulan-bulan/bertahun-tahun hidup di amazon, papua, pulau2 pasifik dan lain2 tempat bersama puak2 asli kawasan tersebut utk membuat kajian. mungkin kita tidak sesanggup itu barangkali hehehe. apapun itulah apa yg antropologist buat.
sebenarnya seronok kalau dapat bercakap lagi, tapi di sini agak terbatas utk berkongsi banyak perkara tentang bidang ni. harap saudara/ri mendapat sedikit gambaran tentang apakah bidang antropologi ini. terima kasih.
wah! terima kasih balas.panjang lak tu . terharu.
sebenarnya owg bukanlah lulusan antropologi atau pelajar u . hanya pelajar lepasan spm yang masih mencari-cari kerjaya masa depan.
owg memang minat sejarah. tapi owg nak kaji sejarah yang betul.sejarah yg tulus.kajian yang mendalam.
owg juga nak tahu pasal masyarakat sendiri. owg nak kenal siapa itu keturunan orang melayu sampai ke nabi adam. owg nak bangunkan negara dengan cara mengkaji tntg manusia.kalau owg pergi popular atau mph,buku-buku sejarah yang owg nak tak jumpa pun.owg patut cuba cari kat perpustakaan negeri atau perpustakaan u kot.insyaAllah lepas ni owg cari lagi.sblm tu, owg ada survey blog2 macam mistisfile.seronok sangat baca!
jadi,owg kaji la apa kerjaya yang mengkaji cara hidup manusia .masyarakat.akhirnya, jumpa juga nama dia. ramai yang tak tahu kalau owg cakap kerjaya ni. rasa diperlekeh pun ada juga.
satu masalah lagi ,
owg ni perempuan. aba owg kata kalau nak jadi benda tu kena kaji jauh-jauh.entah kena pergi nsk hutan mana.gua ke. (dah minat..apa salahnya).katanya nanti macam nak jaga anak.susah(bukannya da kahwin pun)..huish. hancur cita2 anak aba ni.macam mana nak meyakinkan seorang bapa tentang pilihan anaknya..
kalau boleh owg nak kaji antropologi dalam cabang linguistik dan budaya.memandangkan malaysia ni banyak bahasa dan budaya. owg rasa mendalaminya sangat byk faedah
ohh saudari rupanya..
buku2 ilmiah seperti bidang ni mmg jarang ada di kedai2 buku moden..bukan tidak ada. mungkin saudari boleh mencarinya di kedai buku DBP ataupun di kedai-kedai buku universiti seperti di UM dan UKM..insyaAllah ada.
mengkaji antropologi dalam cabang linguistik mmg menarik dan tak banyak orang yg memperluaskannya lagi di negara ini. betul tu, di malaysia ada berpuluh-puluh suku kaum dan tentunya juga akan ada berpuluh-puluh bahasa juga..kan.
sambunglah belajar lagi, belajar dlm bidang yg kita minat. atau mungkin nak cari kerja/pengalaman dulu..takda masalah, yg mana2 dulu pun boleh.
ada masa free ajaklah bapa tonton filem 3 Idiot (hindustan lakonan Amir Khan)..mungkin hati dia boleh terbuka :)
kalau la owg ada kwn mcm rancodas. memang cerita tu menarik dan unik. namun, hati seorang laki tak layan drama apatah lagi hindustan sukar diubah. redha je la
apa-apa pun terima kasih atas semua maklumat.
Post a Comment