Bagi aku, sejak aku mengenali SE dan beberapa kali menaikinya, bas SE adalah pilihan aku kalau hendak ke Kuala Lumpur. Malah semasa suasana orang ramai seperti memboikot atau bimbang menaiki bas SE, aku tetap memilih bas SE. Jika dari Alor Setar ke Kuala Lumpur, tambangnya adalah RM40 iaitu RM1 lebih mahal dari harga tiket bas ekspres syarikat-syarikat lain. Namun begitu aku suka memilih bas SE kerana keselesaan dan mutu perkhidmatan yang disediakan amat berbaloi.
Perjalanan lima ke enam jam tak akan terasa letih dan memenatkan badan malah rasa seronok dan selesa. Kita boleh tidur dengan nyenyak. Bas SE adalah bas berenjin Scania yang baru dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lengkap. Bagi aku yang paling penting ialah mutu perkhidmatan yang disediakan. Di SE, mutu perkhidmatan yang baik dan bersistematik bermula ketika di kaunter membeli tiket lagi. Layanan pekerja kaunter yang mesra dan mereka semua termasuk pemandu-pemandu sangat kemas dan bersikap membantu. Keadaan bas terutama dalaman bas seperti kusyen dan ruang begitu selesa. Perkara inilah yang aku utamakan kerana perjalanan yang jauh sehingga lima ke enam jam, kita perlukan keselesaan dan keselamatan yang sempurna.
Berdasarkan pemerhatian aku, sekarang ini penerimaan orang ramai terhadap SE semakin baik. Penumpang-penumpang SE semakin banyak. Baguslah. Kita perlu mempunyai pemikiran yang positif. Ajal dan maut di tangan Tuhan dan di mana-mana sekalipun jika sudah sampai ajal kita, kita tak boleh mengelak. Sebab itu dalam suasana fobia terhadap SE, aku tetap memilih SE. Menaiki bas SE tak jauh bezanya dengan menaiki pesawat MAS Kelas Ekonomi, malah mungkin lebih baik/selesa dari itu.
Moshuchi Kata : SE kena bagi diskaun kat aku nih...buat promotion plak hehehe...
Cerita lebih menarik/lanjut baca kat sini (terima kasih zermye adnan) :-http://zermyeadnan.blogspot.com/2009/12/siapa-itu-tuan-punyer-wisma-datuk-sani.html
5 comments:
waaahhhh.. berapa komisyen ko dpt utk promote bas sani ni?? eh.. betul ke sani ni yg penyanyi & pelakon tuh? dh dpt datok? rezeki dia la... bagus!
hehehe..
skrg ni (lepas kejadian kemalangan tu)..sani ekspress buat cabutan tiket bertuah kat penumpang2..menang wang tunai rm10k...cabutan setiap bulan..dah banyak orang yg menang...baguslah idea tu..
aahh dia la..dia dapat 'datuk' dari sultan pahang. aku tak kisah/setuju kalau dapat datuk walaupun muda2..sbb kita nampak apa pencapaian dan sumbangan dia pada masyarakat..tak macam datuk2 muda yg lain, buat bisnes tapi entah bisnes apa pun taktau..tak nampak, tak membantu masyarakat...
bangga jugalah ada anak melayu yang berwawasan mcm dia..walaupun mungkin dari keluarga yg senang, tapi dia berusaha juga utk berjaya sendiri..
giler kaya dato sani ni. siap ada wisma kalau tak silap arr...
waaaahhhhh.. 10K?? kaching!!! $$$ hahahhaa.. sure la org berebut2 nk naik... saspek la sama si sani tuh! =)
Bas SE dah jadi sebahagian dri idup sy.. Ulang alik dari Klang ke Segamat.. Ok kot service dia.. :-)
Post a Comment