Wednesday, April 06, 2011

Jurutol 'Sayang'

hari ni aku kena tulis juga di sini. kali pertama terjadi aku malas nak ambil pusing. kali kedua terjadi lagi masih boleh sabar. pagi ni, terjadi lagi perkara yang sama walaupun dari individu (gadis) yang berbeza.

tiga kali ni cuma di tol jitra saja. di tol-tol lain di kl aku pernah juga mengalami perkara yang sama (maknanya dah lebih dari tiga kali pun terjadi perkara macam ni).

cik adik oiii, kalau tak mahu jari-jemari saya atau kulit saya ni bersentuhan dengan jari-jemari atau tangan cik adik yang halus-mulus putih gebu (ada juga yang tak putih pun) tu, pakai la sarung tangan macam ada sesetengah jurutol wanita amalkan tu. mustahil la nak serah/ambil duit tol syiling tanpa bersentuhan walaupun sedikit cuma. kecuali serah satu-persatu kepingan syiling tu.

lagaknya nak ambil duit kita tu macam 'pepatung mandi/minum air' je. nak mengelak daripada bersentuhan sampai duit syiling ada yang terjatuh ke bawah. aku juga buka pintu kereta ambil balik duit tu. rasa macam nak campak je terus semua duit tu ke muka. pastu boleh buat muka tak bersalah, buat dono je..perasan ayu.

heyy cik adik, aku tak ingin sikit pun nak sentuh-sentuh/pegang-pegang/ambil kesempatan la. kita bukan kenal pun. tak ingin aku nak pegang tangan kau. aku ada ramai kawan-kawan pompuan yang lagi lawa dari kau pun..tak pernah aku nak sentuh-sentuh diorang pun.

lepas ni beli sarung tangan tebal-tebal, pakai pastu claim kat kompeni. dah taknak bersentuh dengan orang. bahagian latihan PLUS mungkin kena lakukan sesuatu. ini baru kes camni, blom kes lain lagi; muka masam, tak reti senyum, ambil duit macam peragut, tak ada budi bahasa dan macam-macam lagi.

Moshuchi Kata : mungkin jurutol dah muak tengok muka pemandu-pemandu....

9 comments:

leLabu said...

muka lu pun kelat sama kot bro!

kalau muka kita kelat, nanti tuhan bg jumpa muka jurutol yg kelat.

mcm gua ni, asal nak bayar tol jer dpt jurutol yg bleh tahan, cun, senyum dan tangan halus mulus gitu.

hahaha.

Encik Moshuchi said...

hehehe...tapi bro kadang2 bila kita senyum dulu n maniskan muka, macam badut je rasanya...langsung tak di pandang muka/tengok.

tapi skrg lu dak tak selalu jumpa jurutol kan...jurutol plak hangin dkt lu sbb tak payah bayar tol hehehe...

papaYA said...

Ko pakai touch n go lepas ni :D

marmalade said...

yati sokong cadangan rosli dan yaya. so lenkali abang guna touch and go and senyum je kat mesin pengimbas tuh. hihihi.

Al Hadi said...

Touch n Go je la.. tak sanggup aku nak beratur panjang2

j.e.j.a.r.i. said...

hohoho...sy pernah tgk rupa suami sy hangin gara2 sikap tolgate girl yg agak kurang sopan kayak gini... :D

buaya said...

salam ziarah

jom ke blog sy

jadi lah follower sekali k

Khairul Amri Ishak said...

moshuchi:

x pernah berlaku lg kat aku,
tp kt plaza tol jitra ye
insiden ni berlaku..

next time aku pi siasat sape pelakunya..hehe

p/s: blog aku kini
http://klissd3vils.blogspot.com

10q..

metallisme said...

hari2 diorg makan asap,tu yg jd mcm tu....klu x senyum,xde budi bahasa boleh komplen....kt blakang tiket @ resit tu ada tol free 1800 .....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.