kita di malaysia ada lebuh raya yang panjang iaitu lebuh raya utara-selatan PLUS yang panjangnya lebih kurang 800km. memang seronok kalau pandu laju di lebuh raya yang panjang dan lurus. tapi peraturan telah menetapkan kelajuan di lebuh raya (atau jalan raya seluruh negara) adalah pada kadar 110 km/j. dulu kecoh juga di parlimen pasal nak naikkan kadar laju ke 130 km/j tapi tak diluluskan.
berbalik pada soal laju ini, anda pernah memandu tidak lebih 110 km/j di lebuh raya? sentiasa mengikut peraturan kelajuan di lebuh raya? kalau ya, nah aku tabik 5 kali, syabas. tapi mesti ramai yang 'tidak' kan hehehe. termasuklah aku sendiri. yang pastinya ada masa kita mematuhi peraturan dan ada masanya kita langgar peraturan 110 km/j tu. (ini pasal kelajuan 110 km/j saja, aku taknak sentuh hal2/peraturan2 yang lain di lebuh raya).
bagi aku la (ni bagi aku, korang aku tak kisahlah macam mana kan), nak mematuhi kadar kelajuan 110 km/j tu di lebuh raya sepanjang masa pemanduan adalah mustahil. dan aku sendiri beri jaminan bahawa aku tak mampu nak mematuhinya. ada masa/tempat/situasi di lebuh raya aku ikut peraturan 110 km/j, tapi di waktu lain yang dirasakan sesuai akan mencanaklah jarum meter sehingga 160 km/j ke 170 km/j. tapi terus terang, bagi kereta aku yang berkeupayaan 1.7 (1700 cc) kelajuan 140 km/j adalah kelajuan yang paling selesa di lebuh raya.
apatah lagi bagi mereka-mereka yang punya kereta berkapasiti 2000 cc atau lebih, tentulah 150 km/j dan ke atas adalah kelajuan selesa mereka. dan peraturan had laju 110 km/j tidak punya apa-apa makna bagi mereka, langsung tak hirau atau pandang. salahkah mereka? kalau dah langgar peraturan memang salahlah kan.
bagi yang sentiasa tidak mempedulikan peraturan 110 km/j ni, saman polis bukanlah suatu bebanan bagi mereka. samanlah selalu, saman ekor pun, sampai masa mereka akan membayarnya. tapi nak ikut peraturan 110 km/j tu jangan haraplah. terutama yang berkereta besar/mewah/mahal/laju. kita sendiri pun boleh bayangkan, kalau naik/bawa kereta bmw siri 5 atau mercedes clk atau jenama mewah lain, takkan nak pandu dengan kelajuan maksimum 110 km/j?
jadi, kita (aku) kena fahamlah. kadar 110 km/j tu bukanlah untuk semua pengguna lebuh raya. bagi akulah, kalau kita (ada orang) rasa tak 'layak' untuk 110 km/j tu, pergilah berapa laju kau nak pergi sebab kereta kau besar/laju/mewah, kereta mewah kau tentu ada ciri2 keselamatan yang terbaik, kau tentu kerja besar duit banyak, kena saman rm300 satu saman apalah sangat kan, boleh bayar punya kalau dapat 10 saman sekalipun.
tapi kalau kita (ada orang) rasa cukuplah lajunya sekadar 110 km/j atau lebih sikit pun 120 km/j di lebuh raya, tak mengapa. selain kita mematuhi peraturan, kita juga sedar dan tahu kemampuan jentera kita, jangan seksa kereta kita dengan kelajuan yang di luar kekuatannya. lagipun tentu kita berfikir duit yang ada daripada bayar saman buta2 je baik buat benda lain yang lebih patut kan.
kepada yang laju2 di lebuh raya, kita jangan marahkan mereka. biarkan mereka. mereka tahu dan sedar apa yang mereka buat. terseksa jiwa raga mereka kalau memandu kereta besar/laju/mewah dengan kelajuan yang tak seberapa. kepada yang tak boleh nak laju2, takpe itulah had kita dan kita patut berbangga kerana sentiasa mematuhi peraturan 110 km/j. tapi kita juga kena pandai dan tahu di mana kedudukan kita yang sebetulnya, kena selalu peka tentang lorong kita.
ingat, di lebuh raya lorong paling kanan bukan untuk kelajuan 110 km/j tapi untuk yang lebih atas dari itu. mungkin 150 km/j ke atas dan silap2 hari bulan 200-240 km/j pun akan berada di lorong paling kanan itu. kita mungkin akan terasa panas hati kalau ada kereta di belakang yang dok bagi lampu/high bim kat kita supaya beri laluan kan? takpe, jangan salahkan mereka, itulah situasinya.
mungkin sebab itu kereta yang berkapasiti 1500cc dan ke bawah lebih banyak dihasilkan di negara kita supaya sesuai dengan kadar 110 km/j tu. tapi kita tetap langgar juga kan. ada juga kancil (maaf sape yang berkereta kancil) yang berada di lorong paling kanan di lebuh raya. tak salah, sekali lagi tak salah. kita juga (kancil) ada hak untuk berada di lorong paling kanan, tapi kita haruslah tahu bila waktu2 yang sesuai untuk berada di sebelah kanan dan bila waktu2nya pula beransur ke sebelah kiri.
itulah, memang sukar untuk mematuhi kadar 110 km/j tapi bukan bermakna kita langsung tidak mematuhinya. aku sendiri pun, sentiasa mematuhi kadar 110 km/j cuma kadang2 bila terasa nakal sikit pergi ke 140 km/j. lebih pada tu taknaklah sebab aku taknak seksa kereta aku tu.
laju bahaya, perlahan pun bahaya di lebuh raya. jadi kita faham2lah sendiri. kita harus tahu dan peka takat kemampuan kita/kereta, lorong yang sesuai, cuaca dan keadaan, aliran kenderaan padat atau kurang, faktor badan letih.ngantuk ke tidak dan sebagainyalah agar perjalanan kita selamat. supaya kita tak membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Moshuchi Kata : takde tempat/jalan di Malaysia yang boleh berlaju-laju...sabar jelah.
4 comments:
gi ah auto bahn. takde speed limit. drive selaju mana :) kalau drive 110 tuh, kira paling slow. takleh, nanti kena saman jugak. hahahahahahaha
ahahha..keta aku paling slow aku bawak kt highway 140km/j... so, paham2 je la maks dia takat mana! hehehe
Wat research balik pasal lorong kanan bukan utk 110km/h tu, baca balik buku amik lesen tu balik, baca tentang lorong kanan, kalau limit 110km/h, tu je la paling laju yg boleh pakai.
Research dulu sebelum wat conclusion, jgn terus wat Fakta Auta.
Cuma nak nasihat, bukan nak marah tau. peace =)
Anon 13, 2012 9:01 AM.
terima kasih sebab berkunjung, membaca dan memberi komen dlm blog saya.
saya setuju dengan anda, dan kita semua tahu bahawa bahawa limit kelajuan di lebuh raya malaysia adalah 110kmj dan kita semua perlu patuhinya.
cuma maksud penulisan saya dalam entri itu apakah kita semua mematuhinya? (kerana) tidak semua pengguna lebuh raya mematuhinya. saya sendiri kadang-kadang mengabaikannya, memang salah saya (kita). andai anda sentiasa mematuhi had tersebut sepanjang masa, saya ucapkan tahniah dan anda terkecualilah daripada maksud 'kita' tersebut.
dan saya juga tidak merasakan yang saya telah membuat kesimpulan yang konkrit untuk menimbulkan isu..ia cuma sekadar memberi nasihat juga supaya kita semua berhati-hati di lebuh raya.
saya telah memerhati, elok juga kalau anda turut membuat pemerhatian yang sama.
saya juga tidak marah :) peace juga hehe.
Post a Comment