Friday, July 15, 2011

Hidup Baru Di Putrajaya

suatu masa dahulu sekitar tahun 2004 semasa bergelar pelajar universiti malaya, aku pernah beberapa kali datang ke putrajaya kerana menjalani latihan mendayung/rowing di tasik putrajaya bagi menghadapi kejohanan sukan universiti-universiti malaysia.

tempat latihan adalah di kelab tasik putrajaya persint 8 berhadapan bangunan perdana putra dan masjid 'buah tembikai diukir'. waktu itu aku berasa sungguh bangga melihat cantiknya putrajaya. dan apabila diberitahu bahawa bangunan berkubah hijau itu adalah pejabat perdana menteri, aku menjadi kagum. dalam diam aku aku berangan (berazam) untuk bekerja di bangunan kubah hijau itu.

masa berlalu tahun berganti. pasukan universiti malaya menjadi juara dalam kejohanan pada tahun itu. setahun kemudian aku telah tamatkan pengajian dan tidak pernah datang lagi ke putrajaya. tetapi berkat keazaman yang tersimpan jauh dalam lubuk hati bertahun-tahun lamanya, akhirnya pada awal tahun 2007, aku kembali semula ke putrajaya. dan yang paling menyentuh hati aku menjejakkan kaki ke bangunan berkubah hijau yang diidam-idamkan dahulu. syukur kepada tuhan.

bukan mudah untuk ke sini jika tanpa usaha bersungguh-sungguh dan sentiasa mempunyai keazaman yang kuat. aku berasa sungguh bangga.

tidak lama aku di bangunan kubah hijau tersebut. aku dihantar bertugas ke negeri paling utara, perlis indera kayangan. tanpa bantahan dan rungutan, aku ke sana dengan hati terbuka kerana sedar itulah tanggungjawab yang telah diamanahkan. jika ke penghujung negeri sabah sekalipun aku akan tetap terima.

setelah mencurah bakti di negeri paling kecil yang terkenal dengan mangga harum manisnya, aku diamanahkan pula untuk mencurah bakti di negeri kelahiran, kedah darul aman. lama aku di sini. berbagai asam garam dan ragam kerenah manusia bergelar rakyat hijau kuning ini telah aku selami dan fahami. malah aku telah bertemu jodoh juga dengan orang dari negeri bertuah ini juga.

aku telah berkahwin namun masih berjauhan dengan isteri tercinta kerana kekangan tugas masing-masing. aku di kedah dan dia di kuala lumpur. namun aku harus terima dan harus bersabar walau apapun keadaan kerana percaya suatu hari nanti pasti ada jalannya. aku rela berjauhan buat sementara waktu dengan isteri di samping meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan.

berkat kesabaran selama lebih 9 bulan berjauhan, akhirnya aku kembali semula ke bangunan kebanggaan berkubah hijau ini. isteri aku juga akan turut ke sini kerana majikannya juga akan berpindah ke putrajaya. keadaan ini adalah seperti right timing kerana kami bertukar ke putrajaya hampir serentak, jarak masa yang tidak jauh. ini juga berkat kesabaran kami. aku selalu menasihati isteri supaya walau dalam apa keadaan sekalipun, bersabarlah kerana pasti ada jalan di depan.

beberapa hari lagi aku dan isteri sudah boleh tinggal bersama dalam sebuah rumah kecil kami. Tinggal bersama untuk memulakan kehidupan yang baru di tempat yang baru, tempat yang menjadi kebanggaan aku sebagai rakyat malaysia, iaitu putrajaya.

moshuchi kata : suka memasak di rumah :)...

9 comments:

papaYA said...

Awww, so sweet..
Aku juga tak lama lagi akan kembali ber'ofis di Putrajaya :)

Resm A. said...

nasib baik aku terserempak dengan ko ari tu...if not aku pon tak tau ko dah dok putrajaya...hehehe...

Hasina Terebuzzu said...

Lepas ni aku bajet mmg umah ko akan slalu wat makan2 la kan??? Hehehe...jgn lupa jemput kwn2 ;p

Encik Moshuchi said...

yaya - betul la yaya, ofis baru ko pun cantik hehehe..

akmal - hehe pasni jarang2 la pekena mee abu kan..

ina - insyaallah hehehe

IkraamSuarez said...

selamat menjadi orang putrajaya

Al Hadi said...

hahaha bagus! lagi senang nak melepak dan bergebang :p

but seriously, tahniah atas kemajuan kerjaya. at least dah setapak ke depan :D

Encik Moshuchi said...

ohh bergebang-gebang ye..kehkehkeh. dlm masa terdekat ni sblm posa, jom piknik sekali...

alaah malu i tau u cakap camtu...hihihi

Mr.Ein said...

pernah menghadapi dugaan yang sama...alhamdulillah..tuan akhirnya dapat juga tinggal bersama..inilah ujian buat orang beriman..

p/s: masa training rowing untuk MASUM dulu kami buat di empangan batu, gombak

Encik Moshuchi said...

mr.ein - hehe empangan batu mmg tempat latihan sejati..sbb di situ juga tempat berlawan. cuma kadang2 je berlatih di putrajaya..ambil mood hehehe.

rindu kan nak mendayung..sangat suka suka tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.