Tuesday, July 12, 2011

Mencuci Jalan Di Hari Sabtu

sabtu lepas 9 julai 2011, suatu hari dengan suatu peristiwa yang mengundang bermacam-macam rasa di benak hati nurani rakyat malaysia. hari yang membuatkan timbul perasaan benci yang amat sangat, marah, geram di samping juga perasaan hiba dan sayu, sedih sehingga membuatkan aku termenung mengenangkan (memikirkan) semua ini.

umpama diludah mati emak dibuang mati bapak. namun jika dibiarkan bukan saja salah seorangnya yg akan mati malah kedua-duanya, emak dan ayah akan mati sekaligus, turut diikuti anak-anak, kakak-abang, adik-beradik dan mungkin sehingga ke cucu-cicit.

kenapa berperasaan begitu? tentulah berasa sedih kerana telah berlaku perkara yang buruk, perkara yang mengundang lebih banyak keburukan daripada kebaikan. dan paling sedih sekali ia dilakukan oleh bangsa sendiri, seagama sebangsa malah ada di antaranya kenalan-kenalan lama sewaktu usia muda remaja dahulu. sedih, cukup sedih sekali bilamana mereka dicucuk hidung seperti lembu oleh pihak/individu2 yang berkepentingan dan berniat jahat.

pada aku kesimpulannya mudah saja. aku sedar rakan-rakan yang telah dijangkiti 'demam kuning' ini sudah berhati batu. tidak boleh diasah dan dibentuk lagi. cuma satu sahaja yang aku ingin bertanya;

apakah ada suatu pihak lain yang lebih layak, lebih bagus dan lebih baik dalam mentadbir urus pentadbiran negara, menjaga kebajikan seluruh rakyat, memacu pembangunan negara dan berbagai lagi meliputi semua aspek pembangunan, kenegaraan, kerohanian, keselamatan, perpaduan dan sebagainya berbanding kerajaan yang sedia ada sekarang???

jika ada, aku tak salahkan kamu semua wahai rakan-rakan. tapi kenyataan yang perlu kita terima adalah tidak ada langsung. ada suatu pihak yang kita rasa boleh untuk menjadi alternatif dari segi tadbir urus berteraskan islam, namun semuanya sudah tinggal sejarah. pihak terbabit begitu mudah dibogelkan dan sehingga kini masih tenggelam punca. pihak seperti itukah yang kita harapkan???

jawapannya tidak ada. yang ada hanyalah pihak-pihak yang ingin menjahanamkan serta memporak-perandakan negara ini. mereka mengamalkan konsep matlamat menghalalkan cara dan juga permainan lego. apabila tidak suka, runtuhkan dengan harapan untuk membina yang baru. apakah begitu mudah untuk membina semula negara ini??? tidak semudah permainan lego wahai rakan-rakan.

jika kita berlawan, berlawanlah secara jantan. pilihan raya umum tempatnya, lawanlah dan mengubahlah. siapa menang siapa kalah sama-sama berpuas hati. janganlah kita bersikap etnosentrik; apa saja dari kita adalah betul dan apa saja dari orang lain adalah semuanya salah. janganlah menjadi bodoh begitu.

sedarlah. mengapa kita mahu menjadi lembu-lembu yang digembala oleh 'seorang pengembala yang sangat keji', dia selesa menunggang kita tetapi kita yang bergelumang dengan najis-najis. ada pula pihak yang sengaja mahu melihat kita bertelagah dan mereka ketawa dari kejauhan sehinggakan 'mata mereka yang sememangnya telah kecil bertambah-tambah kecil' jadinya sambil menunggu peluang untuk menangguk di air keruh.

belajarlah bersyukur. ingatlah bahawa dengan keamanan dan kemakmuran negara inilah kita dilahirkan, dibesarkan, beroleh pendidikan yang baik, beroleh kehidupan yang baik, adanya peluang-peluang untuk mempertingkatkan kehidupan dan sebagainya, asalkan kita berusaha mendapatkannya. belajarlah menghargai. di sinilah kita keluar dari perut ibu dan di tanah bertuah inilah juga kita akan masuk ke perut bumi kelak.

ambil masa, duduklah dengan tenang dan pandanglah jauh-jauh, fikirlah dalam-dalam. kita adalah orang-orang bijak.

moshuchi kata : tak rela tanah (bangsa) ini dipersenda-sendakan...

3 comments:

marmalade said...

:)
orang-orang seperti ini ternyata tidak tahu bersyukur. dan mungkin juga tidak mahu bersyukur. tidak ada apa yang baik datang dari kerajaan masa kini, semuanya buruk di mata mereka.

Hasina Terebuzzu said...

Waaaahhhhh!!! Aku "like" 1juta kali! Well said.. Sume kata2mu benar belaka! Kalo bule msukkan skali dr zaman jepun smpai skrg.. Kalo kt lua sana tak paham jugak.. Kita sekeh dia! Heheheh

Encik Moshuchi said...

sebenarnya rata-rata generasi muda sekarang dah tak ada kesedaran tentang kenegaraan..hidup mereka penuh dengan keseronokkan dan mengikut sesuatu secara membuta tuli, semuanya sebab longgarnya kita memperkasakan subjek sejarah di sekolah-sekolah.

semoga dengan wujudnya universiti yang khusus untuk sains sosial nanti, perkara ini dapat diperbaiki. tetapi dengan syarat subjek sejarah terus diletakkan di tempat yang tertinggi dan usaha-usaha menanam minat generasi muda terhadapnya harus berterusan.

satu lagi kita menghadapi masalah besar ialah negara kita mempunyai barisan pembangkang yang bukan membangkang untuk membina tapi membangkang untuk membinasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.