Bayi kami mengikut perkiraan doktor dijangka lahir pada 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433. Bagus dan berkat juga lahir di bulan Ramadhan ni kan. Cumanya isteri sedikit terbebanlah..tak boleh berpuasa pastu nanti kena pula ganti puasa yang banyak. Apapun itu semua bukan alasan kan..asalkan segalanya selamat dan baik-baik saja.
Orang kata, selalunya lahir awal seminggu atau dua minggu. Orang katalah, kebenarannya entahlah. Cuma kalau sebelum 13 Julai ni dah sampai masanya nak bersalin, maka bersalin di Putrajaya lah. Tapi kalau sehingga 13 Julai masih okey, kami akan balik Alor Setar. Isteri akan bersalin di sana saja. Lagipun kebanyakkan isteri ni bila bersalin nak suami dekat dengannya dan satu lagi nak dekat dengan maknya (balik kampung).
Aku tak kisah pun mana-mana, tapi kalau di Alor Setar tu taklah bimbang sangat sebab emak (mertua) boleh tengok-tengokkan.
Moshuchi Kata : semoga segalanya baik-baik saja...
No comments:
Post a Comment