Friday, July 20, 2012

Esok Isteri Bersalin

Minggu lepas aku dah pun hantar isteri balik kampung (kampung isteri) di Jitra. Pastu aku balik Putrajaya semula (kerja..walaupun berat juga hati). Harap-harap dalam tempoh seminggu tu takde apa-apa yang berlaku. Kalau boleh biarlah aku ada bersama semasa isteri nak bersalin. Alhamdulillah semuanya okey sehingga hari ni..Jumaat. Ini bermakna esok adalah due isteri.

Lepas solat Jumaat kejap lagi ni, aku akan terus balik Kedah. Mudah-mudahan anak ini akan lahir seperti tarikh dijangkakan..21 Julai 2012 bersamaan 01 Ramadhan 1433. Sepanjang seminggu ni pun, aku selalu suruh isteri selalu pujuk si kecil supaya "tunggu papa" hehehe. InsyaAllah semoga semuanya baik-baik saja.

Moshuchi Kata : InsyaAllah...

2 comments:

sW33tdARLiNG said...

selamat bersalin untuk isteri.. insyaAllah, baby tunggu papa balik... semoga semuanya selamat

sW33tdARLiNG said...

update ler entry baru.. isteri dah nak abis berpantang dah punnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.