Minggu lepas aku terpaksa 'berlari' pulang ke kampung kerana ada hal kecemasan walaupun 'cuti-cuti Malaysia' telah dibekukan kerana sekarang adalah waktu 'tak menang tangan'. Setelah berbudi dan berbicara dengan boss, aku dilepaskan. Dalam hati "wahhh seronoknya dapat balik mandi laut". Hal kecemasan tu tetap la penting, tapi mandi laut juga penting kerana sudah lama tubuh badan aku tidak berendam dalam 'air garam'.
Dari pintu rumah, kelihatan air laut dan deruan ombak mula memanggil. Selain berenang, aktiviti wajib seperti dulu-dulu juga tak dilupakan. Bersama ayah dan dua tiga orang lagi, kami memukat (pukat tarik). Ikan-ikan segar banyak juga yang 'pendek umur' dan malamnya mereka berenang-renang dalam minyak serta kuah asam pedas. Sedap sungguh, manis.
Di pantai inilah tempat aku bermain dulu. Macam-macam aktiviti. Kalau air surut, boleh bermain bolasepak lima pasukan sekaligus. Kalau musim tengkujuh atau ketika ombak menggunung, boleh main papan luncur walaupun selalu kena marah dengan ayah. Keadaan pantai tak banyak berubah cuma masa aku balik kali ni, airnya tidaklah sehijau kebiru-biruan macam kat Langkawi seperti selalu. Sisa-sisa (sampah) tengkujuh macam biasa masih mewarnai beberapa bahagian pantai.
3 comments:
dengan gaya pakaian kau tu, sesuai utk elak para salesman kad kredit hahahaha
tutup aurat lah :)
hadi - haha, nanti aku pi kl kita pakai mcm tu sama2 pi mid valley ok..
hayati - hehehe..belum beli sut mandi yg menutup aurat..
Post a Comment