Aku tertarik membaca tulisan Datuk Johan Jaafar bertajuk Melayu Memang Mudah Lupa, Sanggup Buang Warisan, Budaya, Tradisi Bangsa Selepas Nikmati Kejayaan dalam sebuah akhbar tempatan. Berikut adalah beberapa petikan yang dirasakan sesuai untuk dikongsi bersama.
"...Melayu melupakan sejarah kerana mereka percaya sejarah itu basi yang tidak penting. Mereka terlupa sejarah sentiasa berulang dan menghukum sesiapa yang alpa dan sombong".
"Sejarah membuktikan bangsa maju selalunya menggunakan kekuatan silam untuk menjana tenaga baru menghadapi cabaran masa depan. Bangsa di Asia yang berjaya seperti orang Cina, Korea dan Jepun tidak pernah menafikan masa dan sejarah lalu. Malah, sebenarnya mereka bangga dibentuk sejarah dan warisan panjang serta tradisi silam yang gemilang".
"Saya tidak nampak logiknya membakar warisan dan budaya semata-mata kerana orang Melayu perlu maju dan berjaya. Saya tidak nampak sebab mengapa bahasa harus dipinggirkan atas nama kejayaan...saya juga tidak melihat alasan mengapa adat dan budaya Melayu perlu dibuang demi membina kecemerlangan baru".
"Orang Melayu terlalu mudah melupakan sejarah bangsa sendiri. Orang Melayu sebenarnya sudah mempunyai kerajaan dan sistem pemerintahan terancang sejak ratusan tahun. Orang Melayu sudah berniaga sejak zaman awal kerajaan Chola. Orang Melayu sudah menjadi bangsa menghargai ilmu sejak zaman-berzaman".
"Ada orang berjaya kerana dasar Melayu menguntungkan mereka selama ini mula percaya itu tidak lagi relevan. Jenis manusia seperti ini semakin banyak. Orang inilah yang sebenarnya percaya mereka berjaya kerana berubah dan rela tercantas dari akar tradisi bangsa".
"Mungkin ada orang percaya selepas berjaya, mereka tidak perlu menjadi Melayu lagi..."..seorang usahawan Melayu dilaporkan berkata 'Apa susah-susah nak mempertahankan kemelayuan? Asal tidak makan babi dan masih Islam, Melayulah kita"...Ada satu ungkapan tepat untuk manusia seperti ini, 'Kacang Lupakan Kulit'".
Menyanggah dengan senyum
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
- SN Usman Awang
4 comments:
Jangan risau, orang Melayu akan bersatu. Sejarah telah membuktikannya.
Orang Melayu akan bersatu bila;
1. Hilang hak-hak istimewa.
2. Raja-raja dicabar dan digulingkan
3. Bangsa lain mula mengambilalih pentadbiran dan menguasai aspek ekonomi/politik dan sosial.
Bukankah sejarah telah membuktikan itu merupakan formula utama untuk menyatukan bangsa Melayu?
Fikir-fikirkan.
melayu mudah lupa. and cantiklah gambar dengan puisi usman awang tuh. mana dapat? :)
aku sangat musykil dengan kehadiran artwork itu.
hmmm.....
hayati - artwork tu mmg cantik kan.
hadi - apa yg ko musykilkan hehe..nanti aku bagi ko plak la touch n design ehh..
Post a Comment