Kebelakangan ini banyak kejadian berbalas tembakan antara pasukan Polis dan penjenayah yang tentunya akan berpihak kepada pasukan keselamatan itu. Namun ada sesetengah pihak yang kurang berpuas hati (tidak berpuas hati sebenarnya) dengan kaedah begitu dan mengatakan tindakan begitu kejam dan sebagainya.
Inilah yang peliknya masyarakat kita, apabila berasa terancam atau terancam atau menjadi mangsa sesuatu kejahatan oleh penjahat/penjenayah, berbuih-buih mulut menyalahkan pihak keselamatan kerana tidak bertindak dan sebagainya. Kini apabila pasukan keselamatan bertindak seperti sepatutnya, masih mahu menyalahkan, masih ingin mencari salah orang lain, tidak pernah sedar dan berterima kasih.
Terang-terangan semua yang mati ditembak adalah penjahat/penjenayah. Mereka bukan pencuri roti di kedai runcit atau penyeluk saku sepuluh dua puluh ringgit tepi jalan tetapi jelas mereka adalah pembunuh, perompak, perogol, pengedar dadah dan sebagainya mengikut kepakaran masing-masing dan jenayah yang mereka lakukan sangat serius serta secara besar-besaran. Lebih jelas bahawa mereka sangat berbahaya ialah mereka mempunyai kelengkapan senjata/senjata api yang berbagai, rekod jenayah yang tak sudah-sudah malah tidak teragak-agak untuk menembak (membunuh) anggota pasukan keselamatan.
Kita kena sedar perkara ini, soal keselamatan negara dan ketenteraman awam tidak boleh dikompromi sama sekali. Walau siapapun mereka; warga asing dari berbagai negara, warga tempatan sendiri yang berbilang bangsa, warna kulit dan sebagainya, jenayah/kejahatan mesti ditumpaskan. Janganlah kita dipengaruhi emosi yang cetek dalam menangani perkara penting seumpama ini.
Apakah apabila rumah dan harta benda kita dirompak, saudara-mara dibunuh, anak-anak gadis dirogol atau ketika parang berada di leher baru kita hendak sedar?
Semoga dengan tindakan-tindakan begini, jenayah dapat dikurangkan, penjenayah menjadi semakin takut dan keselamatan negara (kita) sentiasa terjamin. Syabas pasukan Polis DiRaja Malaysia.
4 comments:
Puteri Kenchana Dewi?? Awww...
Jahat ke if aku kate, tembak jer mereka2 itu.. Takyah susah2 bagi makan dalam jail.. ooopss..
Kat China lagi kejam..
Sekali kena dakwa, jgn harap dapat kuar as Not Guilty sbb bila berlaku Not Guilty, bermakna polis mereka dah tangkap salah orang.. Ego kerajaan mereka lagi terok...
puteri purnama dewi tuh yang aku paling tak tahan. hahahahahah.
tembak jer semua penjenayah. lagi bagus kalau tembak orang2 yg nak defend penjenayah tu
ramai sangat pendatang asing...macam kita plak di negara orang lain.....
Post a Comment