Sunday, April 26, 2009

Jangan Tegur Sangap

Sabtu. Aku cuti. Korang pun cuti. Tapi esoknya Ahad aku keja korang masih boleh melingkar atas tilam. Dari tengahari sehingga lewat petang aku dok mengadap 'kuda besi' aku je; basuh, gosok-gosok biar berkilat, tacap sana tacap sini. Ohh sangapnya.
Housemate ada pun..oh takde takde dah balik Penang pun. Hahh..baik tengok wayang malam ni, taklah boring sangat biar pun sorang-sorang je. Gila sangap. Ok juga layan Fast N Furious ni. Aku pun pergi la Alor Setar Mall, punyalah bersemangat. Alih-alih cerita yang ada hanya Bohsia, Jangan Tegur dan Snipper (filem Cina) Ermm..bertambahlah sangaplah aku, hampeh. Akhirnya korang tau aku pilih cerita apa kan..Jangan Tegur. Dalam panggung cuma 9-10 orang saja penonton yang semuanya couple, diorang pun dah mula "naik hantu" termasuk couple Cina tak berapa jauh dari tempat duduk aku. Nasib baik tak melompat-lompat. Lantak koranglah, jangan tegur hehehe.
Akhirnya cerita pun habis. Seram? Ermm..bolehlah puji sikit, cerita biasa-biasa je cuma garapan audio/bunyi suspen tu yang ok, masyuk je. Sangap tak hilang, aku pandu kereta menuju ke 'stadium'...

Setan Merah Mengganas Di Kedai Mamak

Dalam kesangapan, aku memandu membelah angin di bandaraya Alor Setar yang telah lama tidur. Nasib baik takde hantu yang ikut aku atau terjun atas bumbung kereta aku macam dalam cerita Jangan Tegur tu. Kalau tak, habis pulak duit nak repair bumbung kereta. Sementara menunggu jam 12.00 tengah malam, aku pusing-pusing di dalam kota, kelibat tikus-tikus longkang yang besar macam kucing melintas tanpa bersopan. Binatang sial, kalau aku terlanggar habis kotor tayar kereta aku. Anak-anak muda yang berpakaian serba hitam masih berseronok di kaki lima pasaraya. Apalah nak jadi, baik jadi security guard ada juga faedah. Iyelah, kalau dah suka berjaga malam sangat.


Akhirnya aku pun memecut ke kedai mamak tempat selalu aku lepak. Kata budak-budak ni kedai mamak tu kira macam Old Trafford la kat Alor Setar ni, hampeh. Sampai je, para penyokong dah penuh. Nasib baik seat untuk aku dah ada hehehe..pas bermusim. Wisel sepak mula pun berbunyi. Maka hilanglah sangap-sangap aku kat panggung wayang tadi. Kedai mamak tu semakin nak pecah bilamana penyokong-penyokong fanatik Setan Merah mula meliar. Manakan tidak, separuh masa pertama dah ketinggalan 0-2 kepada Totthenham. Aku pun dalam hati "Allamakkk..." sambil menghisap Milo Ais.


Tetapi segalanya berubah. Separuh masa kedua, Setan Merah bukan saja mengamuk di Old Traffod, England malah juga di Old Trafford Alor Setar. Riuh tinggi (bukan riuh rendah dah) dan lompat-melompat, sorak-menyorak bagai nak pecah kedai mamak. Namun mamak tersenyum saja hehehe sambil berjalan mengutip bayaran. Akhirnya Setan Merah menang 5-2. Huhhh..memang perlawanan yang best. Sangap aku pun hilang entah ke mana.

Thursday, April 23, 2009

Pesta Mandi Buih Mat Bangla

Waktu kejadian
Kira-kira jam 6.20 petang. Sewaktu aku pulang dari ofis, ternampak kelibat sekumpulan Mat Bangla sedang berpesta. Aku singgah.

Tempat Kejadian
Di sebuah premis terbuka dengan keluasan kira-kira 70 kaki persegi di Jalan Langgar - Alor Setar.

Jumlah Pengunjung
Orang ramai/awam yang terlibat adalah seramai 12 orang termasuk aku manakala kumpulan Mat Bangla seramai 8 orang (semuanya lelaki).

Aktiviti
Mat Bangla - memandikan k***t* dengan buih, menggosok dan mengurut bumper, menyental, membersih, menjilat habuk dengan vakum dan banyak lagilah.
Orang ramai/awam - hanya melihat saja dan ada yang terkangkang, tertido dan bersabar menunggu giliran mendapat service.

* Aku pun terlibat sama.

Wednesday, April 22, 2009

Lelaki Juga Menangis

Lelaki juga menangis apabila berhadapan dengan situasi yang menyedihkan, mengharukan, menyentuh perasaan atau apabila terlalu gembira. Cuma bezanya, tangisan lelaki sentiasa disembunyikan dari pandangan ramai atau secara terbuka. Lelaki kebanyakkannya menangis di dalam hati sehingga adakalanya tiada siapa yang mengerti atau memahami. Adakah kerana lelaki ego? Mungkin betul dan mungkin juga tidak, tetapi kerana mereka adalah lelaki.

Lelaki juga hanya sanggup menangis atau mengalirkan air mata hanya kepada orang-orang yang mereka sayangi dan cintai saja seperti ibu, kakak atau kekasih yang sangat dicintai. Tetapi lelaki tidak pula sanggup menangis atau mengeluarkan air mata di depan ayah atau abang walaupun mereka sangat rapat, kerana mereka adalah lelaki. Lelaki yang kelihatan cool dan keras sebenarnya adalah lelaki yang mudah menangis tetapi tiada siapa yang tahu bilamasa dan di mana mereka menumpahkan titisan-titisan air mata.

Lelaki juga menangis.

Melalui Saat-Saat...

Sejak dilahirkan sehingga hari ini dan saat ini, kita telah melalui beribu-ribu malah berjuta-juta saat yang tak termampu dihitung. Sehinggalah sampai waktu dan ketika di mana kita sudah menjadi 'manusia' yang boleh menilai dan berfikir, kita telah melalui berbagai saat suka dan duka dalam hidup. Saat-saat yang menyedihkan pasti kita tidak mahu mengingatinya dan berharap ia tidak akan kembali/berulang lagi. Manakala saat-saat yang mengembirakan dan membahagiakan, kita akan cuba peliharanya supaya ia kekal berpanjangan. Tetapi percayalah, di dalam kedua-dua saat itu, ianya adalah campuran bermacam-macam perasaan; cinta, sedih, bimbang, gembira, suka, lemah, kesal dan menyesal, ghairah, rela, puas, rindu, sayang, curiga, yakin..macam-macamlah. Aku gembira dan bersyukur kerana aku sekarang melalui saat-saat yang kedua itu.

Entri Bosan

Ada sesetengah orang, bila mata mengadap monitor dan jari-jemari di kotak-kotak kecil keyboard, idea menulis datang dan kotak-kotak kecik keyboard pun tup tap tup tap bergerak. Ada pula sesetengah orang pula perlukan lakaran idea dan nota ringkas awal bagi sesuatu perkara sebelum terus mengadap komputer untuk menulis. Aku pula, kedua-dua kaedah ini digunapakai. Namun untuk bahan yang serius dan berfakta kaedah kedua amatlah perlu.

Aku bosan sebenarnya ni. Tapi takpe, korang layanlah semua benda kat bawah ni. Setidaknya korang tahu apa yang aku suka dan akan lebih mengenali aku.

Aku suka berlari. Bukan lari dari rumah tapi berlari-lari anak dan separa laju..jogging la senang cakap. Jogging ni pernah menjadikan aku ketagih, kalau tak lari sehari rasa macam tak best, tak bleh tido dan badan sakit-sakit. Rasanya kalau dihitung jumlah berlari dan berjalan dalam hidup aku ni, sama banyak kot.

Tempat yang aku nak pergi (pergi jalan-jalan makan angin je) hehehe..kalau dah duit banyak la. Mungkin aku akan ajak/pergi dengan Brokos Hadi sebab dia memang sesuai pergi tempat camni. Apa pendapat lu beb? Hehehe...


Lelaki yang cukup memikat jiwa dan hati aku melalui perjuangan dan pengorbanannya. Beliau pengkritik dan penyindir yang hebat demi melihat kebangkitan bangsanya melalui cara serta jalannya yang tersendiri.


Subaru Impreza WRX STi. Inilah kereta idaman aku. Untuk jangka masa terdekat ini, model versi 5 pun sudah berbaloi kalau dimiliki. Bunyi 'kentutnya' yang lain dari lain kerana dijana oleh enjin yang juga lain dari lain (horizontal) membuatkan ia sangat berbeza dan berada dalam kelas yang tersendiri. Tanpa melihat wajah dan hanya mendengar bunyinya saja, sudah boleh mengetahui bahawa itu adalah Subaru Impreza WRX STi.

Hurmmm...suka gigit telinga dan cuping telinga. Kenapa? Entah. Tapi tentu mustahil kalau nak buat camtu kat telinga sendiri kan? Okay, tak boleh cerita panjang-panjang. Cukup.


Pulau dan pantai. Tempat paling aku suka kalau nak melancong atau merehatkan badan dari keserabutan. Sebab tu aku suka balik kampung, boleh lepak di pantai dan mandi laut. Ermmm..ingat nanti nak buat challet la kat pantai belakang umah tu.


Hahaha..inilah sukan kegemaran aku selain bolasepak. Mendayung (Rowing) ni satu sukan yang bagus untuk badan kerana ia menggunakan setiap inci otot badan. Paling seronok, perasaan bila berada dalam bot tu dan semasa ia meluncur laju meninggalkan lawan. Aku pernah mewakili Universiti Malaya melalui kelab UM Aviron selama 3 tahun dalam Regatta Rowing Kebangsaan. Kenangan yang sukar dilupakan.


Nyam nyam...inilah buah paling aku suka. Dah lama tak makan durian. Paling best kalau makan kat tepi jalan sebelah gerai orang yang menjualnya. Suruh dia kopek/buka, pastu lepas makan tinggal kulit kat dia balik kehkeh..bijak bijak. Tapi geng takdak nak makan camtu..arrgghhh bosan bosan. Brokossssss...

Tuesday, April 21, 2009

Jawapan Tertunggak...TAG

20 Mac 2009 lalu seseorang telah tag aku..ermm pasal gambar dan jawab itu ini. Tak kisahlah, aku sangat-sangat menghargainya sebab sebelum ni aku tak pernah ditag oleh sesiapa. Tapi aku kecewakan dia sebab baru hari ni nak menjawab..maaflah ye.

Aku dikehendaki melampirkan gambar yang aku paling suka dan menghuraikannya. Okay..inilah gambarnya hehehe.


Inilah gambar paling aku suka (semua gambar aku suka sebenarnya hehehe). Gambar ni dirakam ketika Modul PTD Unggul di INTIM, Kemaman pada Februari 2007. Mereka semua adalah sebahagian ahli Kumpulan 2..kumpulan aku la tu.

Kenapa aku suka gambar ni? Tu..tengok tu budak yang melutut kat tengah-tengah tu..macam mengada je. Muka pun macam budak 17 tahun je (padahal 27 tahun masa tu) kehkehkeh.

Jadi, itulah gambar paling aku suka. Terjawab sudah. Ermm aku rasa takmau tag sapa-sapa la. Boleh ke? Boleh la eh.

Tak Puas Hati Dengan Aku

Memang tak puas hati, sepatutnya entri ni dulu tersiar sebelum Perihal Kencing tu..camne ntah bleh silap teknikal, hampehh.

Ramai orang (ramai ke?) yang tak puas hati ngan aku kebelakangan ni. Alaa dah tu nak buat camne, nak puaskan hati semua orang memang susah.

1) Beberapa teman rapat tak puas hati sebab blog aku tak diupdate selepas Entri Terakhir...sori la, aku sibuk dan takde mood la nak menulis. Ohh korang rindu kat aku eh? Kehkehkeh...

2) Beberapa orang staff aku yang "Alaa Encik Shuko ni...(yang pompuan la)" selepas aku 'bambu' dorang dalam mesyuarat pengurusan dan kewangan jabatan. Hahh main-main lagi..hehehe demi kebaikkan.

3) Pakcik aku yang "Amboii hang ni sibukkk memanjang" bila asyik dia je yang kena jenguk Tok aku selepas Tokwan 'takdak'. Alaa rileks la Pakcik..tu pun nak berkira. Aku dan Tok saling memahami..cehh hehehe.

4) Aku sendiri yang tak puas hati dengan diri aku bilamana kadang-kadang aku lemah dan tidak berdaya kerana melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya (tapi aku gembira).

Hahh..nape, masih tak puas hati ngan aku???

Perihal Kencing

Kencing. Kasar ke bunyinya? Atau buang air kecil baru sopan sikit? Betul la tu..yang penting tahu suasana dan ketika bila mengungkapkannya. Orang Kedah lagi senang, tak mau panjang-panjang.."Kencin" saja hehehe.

Teringat sorang teman rapat pernah bertanya adakah aku kencing berdiri. Uurrpp..camne tu nak jawab sebab teman tu pompuan huhuhu (kalau laki yang tanya buat jadah apa kan). Sambil gelak-gelak aku pun jawablah. Duduk dan kadang-kadang berdiri, tengok tempat juga la..kata/jawab aku. Lagipun lelaki memang camtu, berdiri lagi selesa kata aku lagi (sambil ketawa malu-malu).


Macam mana boleh terborak pasal tu aku pun tak tau, akhirnya ia tenggelam dalam bahak-bahak ketawa.

Sebut pasal kencing ni, orang Melayu atau orang tua-tua memang menyarankan supaya bila kencing hendaklah duduk kerana lebih sopan dan tertib bagi lelaki. Pompuan? pompuan memang la kena duduk, kalau berdiri..ermm camne eh? Bayangkan..bayangkan...hoiii!!!!. Bila berdiri ia menggambarkan perilaku yang kurang sopan/baik. Sebab itu adanya peribahasa "bapak kencing berdiri anak kencing berlari".

Bila tanya seorang teman ni pula, katanya orang tua-tua sarankan begitu bukan apa supaya seluar tak kotor kena lelehan air kencing bila kencing duduk. Tambahnya lagi, orang dulu-dulu selalu pakai kain pelikat je, sebab tu kena duduk bila kencing. Ermm macam-macam.

Kalau tengok kat tandas awam plak, lelaki-lelaki Melayu jarang yang kencing di mangkuk kencing tetapi sanggup tunggu giliran untuk masuk ke tandas/bilik. Padahal dalam tu tetap juga kencing berdiri. Cuma masih bersopan dan ada adab serta perasaan malu. Baguslah.

Tapi kencing berdiri memang suatu keselesaan kepada lelaki. Mungkin sebab tu juga kejadian organ sulit lelaki begitu..terarah ke luar hehehe. Teringat pula nasihat sorang teman paling rapat supaya jangan biarkan minyak kereta sampai kering, nanti kena kencing sorang sikit hehehe. Aku jawab "Lelaki takpe, sebab memang dah macam hodzel pam minyak pun" kehkeh.

Monday, April 13, 2009

Tok Mat Chai Dalam Kenangan

Al-Fatihah.

8hb. April...tugas aku di sebuah bukit telah selesai. Balik ke Alor Setar terus ke rumah Tokwan sebab dia sedang sakit (kompilasi jantung, jangkitan paru-paru ditambah sakit tua..umur dah 91 tahun pun). Malam tu sempat aku bersama ayah dan Pakcik (adik ayah) memandikan Tokwan.

9hb. April...di pejabat lebih kurang jam 3.15 petang, sedang aku enak mendengar ucapan PM sebelum pengumuman Kabinet baru, Pakcik telefon. "Balik kaihh, Tokwan hang takdak dah" berbunyi di hujung talian.

Setelah berbincang kaum kerabat tertinggi, kami putuskan untuk simpan Tokwan pada hari tu juga. Aku juga turut memandikan arwah, mengkafankan arwah (ilmu pengurusan jenazah semasa di DPA sedikit-sebanyak dapat digunapakai). Arwah disembahyangkan oleh lebih 200 orang, sesuatu yang sangat diluar jangkaan.

Sebelah paginya hujan turun mencurah-curah seperti biasa kerana Alor Setar sekarang sentiasa dimandikan hujan. Namun pada petang itu, awan-awan yang sarat dengan air hanya menahan diri dari terjun sehinggalah Tokwan selesai disimpan. Rahmat yang Maha Kuasa.

Kira-kira jam 6.20 petang, talkin pun dibacakan. Sebelum itu, aku juga bersama-sama menurunkan arwah ke dalam liang lahad, mengiringkannya, menyendal tubuhnya dengan ketulan-ketulan tanah liat dan merungkaikan tali kafannya.

Walaupun suasana pilu masih menyelubungi, namun pemergian Tokwan begitu mudah dan tenang sekali. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

* simpan - bermaksud dikebumikan bagi orang Kedah.

Kembali...

Aku kembali...

Kembali selepas lama tak mengadap blog ni, menulis sesuatu dan berkongsi sesuatu. Selepas 8hb. April...aku cuma sekadar membelek-belek dan membaca blog-blog korang, tapi aku sendiri belum ada mood nak menulis..rasa seperti tak tahu menulis dan tak tahu nak bercerita.

Kepala masih bengong-bengong dengan tugasan yang baru selesai..tugasan yang menuntut batang tubuh, biji mata dan kepala otak bekerja dalam suasana tegang dan menyongsang. Tak perlulah korang tahu semua tu.

Tapi bila buka blog Hadi senak perut aku asyik tergelak dan tersenyum. Well done Brokos (Brother Sickos) hehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.