Sunday, April 26, 2009

Jangan Tegur Sangap

Sabtu. Aku cuti. Korang pun cuti. Tapi esoknya Ahad aku keja korang masih boleh melingkar atas tilam. Dari tengahari sehingga lewat petang aku dok mengadap 'kuda besi' aku je; basuh, gosok-gosok biar berkilat, tacap sana tacap sini. Ohh sangapnya.
Housemate ada pun..oh takde takde dah balik Penang pun. Hahh..baik tengok wayang malam ni, taklah boring sangat biar pun sorang-sorang je. Gila sangap. Ok juga layan Fast N Furious ni. Aku pun pergi la Alor Setar Mall, punyalah bersemangat. Alih-alih cerita yang ada hanya Bohsia, Jangan Tegur dan Snipper (filem Cina) Ermm..bertambahlah sangaplah aku, hampeh. Akhirnya korang tau aku pilih cerita apa kan..Jangan Tegur. Dalam panggung cuma 9-10 orang saja penonton yang semuanya couple, diorang pun dah mula "naik hantu" termasuk couple Cina tak berapa jauh dari tempat duduk aku. Nasib baik tak melompat-lompat. Lantak koranglah, jangan tegur hehehe.
Akhirnya cerita pun habis. Seram? Ermm..bolehlah puji sikit, cerita biasa-biasa je cuma garapan audio/bunyi suspen tu yang ok, masyuk je. Sangap tak hilang, aku pandu kereta menuju ke 'stadium'...

4 comments:

Al Hadi said...

hehehehe.. baik la ko tengok Queens of Langkasuka. lagi best

j.e.j.a.r.i. said...

PM...Queen of Langkasuka tu kan Moshuchi nak tgk dengan j.e.j.a.r.i...
hehehe :P

IkraamSuarez said...

shuko....pegi tgk bohsia la...mesti x sangap...hehe

Encik Moshuchi said...

PM - mmg aku nak tengok pun (dengan jejari hehe)..

jejari - kan..kan..

ikraam - takyah tengok wayang, kat alor setaq malam2 pun dah macam dalam filem..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGHARGAAN

Terima kasih kerana singgah di MOSHUCHI KATA. Selagi nafas bersarang di dada, selagi itu kita akan berkata-kata. Yang baik dijadikan pedoman, yang sebaliknya dijadikan sempadan. Komen-komen/kritikan membina yang ditinggalkan amat dihargai. Senyum-senyum selalu.