Sejak dilahirkan sehingga hari ini dan saat ini, kita telah melalui beribu-ribu malah berjuta-juta saat yang tak termampu dihitung. Sehinggalah sampai waktu dan ketika di mana kita sudah menjadi 'manusia' yang boleh menilai dan berfikir, kita telah melalui berbagai saat suka dan duka dalam hidup. Saat-saat yang menyedihkan pasti kita tidak mahu mengingatinya dan berharap ia tidak akan kembali/berulang lagi. Manakala saat-saat yang mengembirakan dan membahagiakan, kita akan cuba peliharanya supaya ia kekal berpanjangan. Tetapi percayalah, di dalam kedua-dua saat itu, ianya adalah campuran bermacam-macam perasaan; cinta, sedih, bimbang, gembira, suka, lemah, kesal dan menyesal, ghairah, rela, puas, rindu, sayang, curiga, yakin..macam-macamlah. Aku gembira dan bersyukur kerana aku sekarang melalui saat-saat yang kedua itu.
6 comments:
pergh.. syahdu siot. ko ni mcm sedih je Mala nak gi US
ermm..memang sekarang aku dalam suasana yang sendu beb..gembira kadang-kadang terharu.
hehe..sedih tu tak la sangat tapi harap dia gembira di sana, kerja beres dan selamat pergi balik.
sendusl 1. sedih dan pilu: dgn hati yg ~, kutulis surat kepadanya;
2. sedu: Lajos mengeluh dlm ~ yg menyayat;
ref: Kamus Dewan Eja Pro @PC flat screen Prisma ku ini..huhu
amboi, siap cari makna lagi eh..bagus2 hehe. betul la makna tu, tapi sendu juga bermaksud 'perasaan yang berbunga-bunga' bagi lelaki yang ganas/rock hehehe.
hadddiiiiiiiiiiiiii! nak kena sula ke?
Hayati - PM mmg dah lama teringin nak disula..jom pakat sula *&#*@# PM.
Post a Comment