Al-Fatihah.
8hb. April...tugas aku di sebuah bukit telah selesai. Balik ke Alor Setar terus ke rumah Tokwan sebab dia sedang sakit (kompilasi jantung, jangkitan paru-paru ditambah sakit tua..umur dah 91 tahun pun). Malam tu sempat aku bersama ayah dan Pakcik (adik ayah) memandikan Tokwan.
9hb. April...di pejabat lebih kurang jam 3.15 petang, sedang aku enak mendengar ucapan PM sebelum pengumuman Kabinet baru, Pakcik telefon. "Balik kaihh, Tokwan hang takdak dah" berbunyi di hujung talian.
Setelah berbincang kaum kerabat tertinggi, kami putuskan untuk simpan Tokwan pada hari tu juga. Aku juga turut memandikan arwah, mengkafankan arwah (ilmu pengurusan jenazah semasa di DPA sedikit-sebanyak dapat digunapakai). Arwah disembahyangkan oleh lebih 200 orang, sesuatu yang sangat diluar jangkaan.
Sebelah paginya hujan turun mencurah-curah seperti biasa kerana Alor Setar sekarang sentiasa dimandikan hujan. Namun pada petang itu, awan-awan yang sarat dengan air hanya menahan diri dari terjun sehinggalah Tokwan selesai disimpan. Rahmat yang Maha Kuasa.
Kira-kira jam 6.20 petang, talkin pun dibacakan. Sebelum itu, aku juga bersama-sama menurunkan arwah ke dalam liang lahad, mengiringkannya, menyendal tubuhnya dengan ketulan-ketulan tanah liat dan merungkaikan tali kafannya.
Walaupun suasana pilu masih menyelubungi, namun pemergian Tokwan begitu mudah dan tenang sekali. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.
* simpan - bermaksud dikebumikan bagi orang Kedah.
3 comments:
al Fatihah...
abang, takziah diucapkan. al-fatihah untuk tok wan.
takziah kepada ko dan family..nnti turun kl sound la ;)
Post a Comment